Tag Archives: atas

Belum Rezeki Mawi-Ekin Timang Anak

Belum Rezeki Mawi-Ekin Timang Anak, Mawi-Ekin musik, Mawi-Ekin mtv, Mawi-Ekin berita, Mawi-Ekin Web, Mawi-Ekin galeri, Mawi-Ekin foto, Mawi-Ekin portofolio, Mawi-Ekin album, Mawi-Ekin info, Mawi-Ekin filem, Mawi-Ekin terbaru, Mawi-Ekin pos, Mawi-Ekin surat, Mawi-Ekin mail.

Belum Rezeki Mawi-Ekin Timang Anak

3182009_gosmawikina

KL, 18 MAC 2009:  Kalau sesuatu pasangan itu dah berkahwin, tentu impian seterusnya adalah mahu timang anak. Tapi simpati pula Murai Batu pada Mawi & Ekin kerana hajat untuk timang anak cepat-cepat belum kesampaian kerana Ekin telah keguguran selepas mereka pulang dari bulan madu di Korea Selatan, hujung Januari lalu.

Kalau ikut perkiraan, Ekin, 30, mungkin juga bunting pelamin, tapi Ekin tak sangka pendarahan luar biasa yang terjadi ke atas dirinya baru-baru ini rupanya satu keguguran.

“Nak buat macam mana, belum ada rezeki. Selepas ke klinik, baru doktor sahkan pendarahan itu datang daripada janin dalam kandungan Ekin. Doktor cakap Ekin terlalu aktif dan stress. Kandungan Ekin ketika itu baru berusia 3 minggu,” kata Ekin. Bagi Mawi, dia sendiri menerima kejadian itu sebagai ketentuan Tuhan. Mawi juga mendengar nasihat doktor agar Ekin tidak membuat kerja-kerja yang terlalu lasak.

“Saya memang dah bersedia nak jadi ayah, tapi kenalah bersabar dulu,” kata Mawi yang semakin tembam, berbeza dengan Ekin yang agak susut.

Dalam pada itu, saham mereka berdua masih tinggi kerana diberi peluang menjadi pasangan penyampai trofi pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH08) di Genting Highlands, pada 12 April depan. Jadi peminat mereka kenalah panjat gunung Genting atau tunggu depan kaca TV pada hari itu.

Kita juga nak tengok bagaimana keputusannya apabila Mawi berentap dengan Aizat dan Rocker Otai, Amy Search dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular. Mampukah Mawi mempertahankan gelaran Bintang Paling Popular? Tunggu…

Noryn Aziz Dilamun Cinta Lagi?

Noryn Aziz Dilamun Cinta Lagi?, Noryn Aziz musik, Noryn Aziz mtv, Noryn Aziz berita, Noryn Aziz Web, Noryn Aziz galeri, Noryn Aziz foto, Noryn Aziz portofolio, Noryn Aziz album, Noryn Aziz info, Noryn Aziz filem, Noryn Aziz terbaru, Noryn Aziz pos, Noryn Aziz surat, Noryn Aziz mail.

Noryn Aziz Dilamun Cinta Lagi?

norynaziz2sf6

KL, 18 MAC 2009: Tidak ada angin, tidak ada ribut, alih-alih Murai Batu dengar penghibur terkenal, Noryn Aziz yang semakin cantik dan anggun jelita itu sudah pun bercadang untuk berkahwin dengan jejaka pilihannya.

Hai, dengan siapa pula Noryn bercinta? Tak pernah pula Murai Batu dengar kisah percintaannya dengan mana-mana lelaki sebelum ini kecuali Mr F.

Korek punya korek, selidik punya selidik, akhirnya Murai Batu dapat tahu juga siapa orang itu. Wah, nampaknya bukan calang-calang  bakal suami pilihan Noryn itu kerana beliau seorang kenamaan daripada keluarga diraja yang cukup berkarisma dan bijak.

Pernah Murai Batu terserempak dengan bakal suami Noryn itu di pusat beli-belah di Pavilion, KL. Auranya memang luar biasa kerana mampu membuat orang terpaku apabila melihatnya. Walaupun sedar dia sering menjadi perhatian ramai orang, Noryn tetap bijak membawa diri, pergerakan serta tutur kata. Kalau boleh, Murai Batu teringin nak dpatkan pengakuan itu daripada mulut Noryn sendiri. Tapi, lepas dapat tahu yang Noryn kini sedang berada di London atas urusan nyanyian bersama AirAsia X, jadi terpaksalah Murai Batu pendamkan hasrat itu buat sementara waktu.

Beginilah Kasihnya Seorang Sahabat

Beginilah Kasihnya Seorang Sahabat, Akademi Fantasia 7 musik, Akademi Fantasia 7 mtv, Akademi Fantasia 7 berita, Akademi Fantasia 7 Web, Akademi Fantasia 7 galeri, Akademi Fantasia 7 foto, Akademi Fantasia 7 portofolio, Akademi Fantasia 7 album, Akademi Fantasia 7 info, Akademi Fantasia 7 filem, Akademi Fantasia 7 terbaru, Akademi Fantasia 7 pos, Akademi Fantasia 7 surat, Akademi Fantasia 7 mail.

Beginilah Kasihnya Seorang Sahabat

3112009_qhaudarila

KL, 17 MAC 2009: Segala yang menjadi persoalan dalam Akademi Fantasia 7 (AF7) telah pun terjawab. Pelajar, tenaga pengajar, pengetua dan pengkritik tetap, semuanya dah pun kita tahu. Biasalah, macam-macam komen Murai Batu dengar. Ada yang suka, ada yang benci dan ramai juga yang tidak puas hati dengan itu dan ini.

Sebut lagi pasal pelajar, kemesraan antara mereka dah mula terjalin. Kata orang putih, true colours mereka dah mula keluar menerusi Diari AF dan Diari EXT.

Dan sedang asyik membelek koleksi foto AF7 yang Murai Batu dapat ini, terharu pula Murai Batu melihat foto yang satu ini. Mesranya Aril mengucup dahi rakan pelajarnya yang botak macam Mawi itu, Qhaud!

Khabarnya, foto kandid ini dirakamkan oleh jurugambar Astro, Mazlan Yunus, ketika berakhirnya sidang media untuk pengumuman 20 calon pelajar AF7 dulu. Murai Batu tidak pasti apa yang menyebabkan Aril mengucup dahi Qhaud itu tetapi pada firasat Murai Batu, ia tentu atas rasa kemesraan dan kasih sayang sesama sahabat. Macam iklan hari raya pun ada!

Murai Batu harap-harap, semua 14 pelajar AF7 akan terus rapat dan saling bantu-membantu dalam akademi. Biarlah selalu berbaik-baik sangka dan jangan ada penyakit hasad dengki. Kalau tenaga pengajar atau pengetua terbaca tulisan Murai Batu ini, sampaikan salam Murai Batu buat mereka semua.