Tag Archives: Ayu Raudhah Web

Ayu Raudhah Buat Kejutan Jumpa Zaquan Di Alor Setar

Ayu Raudhah Buat Kejutan Jumpa Zaquan Di Alor Setar

DEMI cinta yang mendalam terhadap si kekasih, pelakon Ayu Raudhah yang sedang hangat bercinta dengan pemain bola sepak kebangsaaan, Zaquan Adha Abd. Radzak memberitahu dia sanggup ke Alor Setar selepas tamat penggambaran drama untuk meraikan hari jadi kekasihnya itu.

Zaquan yang menyambut hari lahir yang ke 22 tahun pada 8 Ogos lalu menerima kejutan apabila Ayu datang bertemunya yang terlibat dengan pelawanan bola sepak di Kedah.

“Memang pada awalnya saya sudah beritahu tidak dapat meraikan hari jadinya kerana dia ada perlawanan di Kedah dan saya pula ada penggambaran drama di Hulu Langat, Selangor.

“Tapi nak dijadikan cerita, penggambaran habis awal dan saya terus fikir untuk ke Alor Setar jumpa dia malam itu.

Tanpa berfikir panjang saya terus ke sana. Nasib baik juga Kak Ita (Rozita Che Wan) ada penggambaran di sana, jadi dia yang ajak Zaquan keluar makan pada malam itu,” ujarnya yang sedang menjalani penggambaran Nujum Cyber.

Ayu memberitahu pengorbanan tersebut merupakan hadiah hari jadi pertama sejak mereka menjalinkan hubungan cinta.

“Penat memang penat sebab selepas jumpa, saya terus balik semula ke Kuala lumpur kerana ada penggambaran keesokkan paginya. Tapi saya puas dan gembira kerana dapat beri kejutan pada dia.

“Biarpun saya hanya bawa kek dan bunga tapi saya nampak dia benar-benar menghargainya,” katanya ketika ditemui mStar Online baru-baru ini.

Jelas pelakon Nurkasih ini, harapan untuk mendirikan rumah tangga semakin jelas. Dia yakin keputusan yang bakal dibuat ini benar-benar tepat demi masa depan mereka.

Dalam pada itu, Ayu memberitahu berita mengenai kenyataan yang sering dikeluarkan akhbar tidak menjejaskan hubungannya dengan keluarga Zaquan.

Namun Ayu berharap agar ia tidak terlalu diperbesarkan bagi menghormati keluarga mereka.

“Sebelum kami bercinta lagi banyak gosip yang bukan-bukan timbul. Saya kalau boleh tidak mahu berita-berita negatif yang boleh menyebabkan keluarganya terasa hati.

“Dari awal lagi dia ada beritahu saya tidak mahu hubungan kami terlalu diperbesarkan,” jelasya.

Ayu Raudhah, Ayu Raudhah foto, Ayu Raudhah web, Ayu Raudhah info, Ayu Raudhah maklumat, Ayu Raudhah hiburan, Ayu Raudhah misteri, Ayu Raudhah berita, Ayu Raudhah filem, Ayu Raudhah malaysia, Ayu Raudhah kawan, Ayu Raudhah artis, Ayu Raudhah bf1

Gambar Ayu Raudhah Yang Merembes

Gambar Ayu Raudhah Yang Merembes,Ayu Raudhah mtv,Ayu Raudhah berita,Ayu Raudhah Web,Ayu Raudhah galeri, Ayu Raudhah foto,Ayu Raudhah portofolio,Ayu Raudhah album, Ayu Raudhah info,Ayu Raudhah filem,Ayu Raudhah terbaru,Ayu Raudhah pos,Ayu Raudhah surat, Ayu Raudhah mail, Ayu Raudhah model,Ayu Raudhah model antarabangsa,Ayu Raudhah bergaya,Ayu Raudhah terkenal, Ayu Raudhah popular,Ayu Raudhah myspace,Ayu Raudhah youtube,Ayu Raudhah facebook, Ayu Raudhah friendster,Ayu Raudhah tagged,Ayu Raudhah yahoo massanger,Ayu Raudhah blog,Ayu Raudhah menarik, Ayu Raudhah unik,Ayu Raudhah wajah,Sherry IbrahimAyu Raudhah rahsia,Ayu Raudhah biodata,Ayu Raudhah hiburan,Ayu Raudhah terkini,Ayu Raudhah seksi,Ayu Raudhah misteri,

Gambar Ayu Raudhah Yang Merembes

Merembes? hehe. Ayu taklah terkenal seperti kakaknya yang janda tu, Rozita Che Wan. Namun penampilan Ayu bolehlah dikatakan sedikit sebanyak berjinak-jinak dengan persada bidang lakonan. Susuk tubuhnya juga bolehlah berisi sedikit berbanding kakaknya. Tengoklah gelang-gelangnya, seperti mak cik2 kat kampung sahaja perngayaannya, tak mengapa, mari lihat gambar penuh dibawah ini.

ayuraudhah

ayuraudhah2

ayuraudhah3

ayuraudhah4

ayuraudhah8


Ayu Raudhah dah fikir majlis kahwin

Ayu Raudhah dah fikir majlis kahwin

Pelakon Ayu Raudhah Che Wan sudah mula merancang tema majlis persandingannya dengan pemain bolasepak kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Razak. Untuk majlis sebelah keluarganya, Ayu memilih tema fairy-tale.

Walaupun tarikh pernikahan belum ditetapkan, namun keluarga kedua-dua pihak sudah bersetuju untuk menyatukan mereka pada bulan Januari depan.

Keluarga Zaquan juga sudah membuat kenyataan kepada media pasal persetujuan memilih bulan Januari depan untuk tujuan itu.

Ayu mahukan majlis sederhana.Mereka juga dijangka akan bertunang beberapa jam sebelum majlis pernikahan dijalankan kerana Ayu sendiri tidak mahu menempuh dugaan semasa bertunang.

Apatah lagi semasa kisah cinta mereka diketahui umum, ada cerita kurang enak yang datang. Namun ia tidak menggoyahkan hubungan suci kedua-dua mereka.

“Sebenarnya memang Ayu nak pilih tarikh 1 Januari 2011 untuk meraikan hari bersejarah itu nanti.

Tapi ia terpaksa ditunda ke tarikh lain disebabkan terlalu ramai yang memilih tarikh tersebut,” kata Ayu kepada majalah HARMONI edisi 15-30 September yang sedang hangat di pasaran. Ayu menghiasi cover edisi tersebut.

Zaquan Adha
Keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada mereka untuk memilih tarikh untuk disatukan.

Namun sehingga hari ini belum ada tarikh yang sesuai kerana kedua-dua mereka sibuk dengan komitmen masing-
Sudah sedia pikul tanggungjawab.masing.
Sudah sedia pikul tanggungjawab.”Insya-Allah… Ayu
memilih konsep fairy-tale untuk majlis bersanding di Kedah nanti. Warna-warna segar menjadi pilihan untuk menghidupkan suasana luar biasa pada majlis itu,” jelasnya.

Ayu, 26, mahukan satu majlis yang sederhana sahaja yang penuh dengan ketenangan, sempurna dan harmoni.

Dia menyerahkan kepada kakaknya untuk untuk membuat persiapan majlis perkahwinannya dengan teruna yang tiga tahun lebih muda daripadanya itu.

“Bila bercakap pasal perancangan majlis perkahwinan, timbul juga rasa berdebar dalam hati Ayu,” akuinya yang tidak menyangka minatnya terhadap Zaquan akhirnya bakal membawa mereka ke jenjang pelamin.

Ayu mengakui mula meminati Zaquan semasa melihat iklan billboard yang menampilkan wajah jejaka itu memperagakan jenama Nike.

Pada masa itu dia tidak tahu Zaquan seorang bintang bolasepak negara. Mereka kemudian dipertemukan oleh kenalan Ayu yang juga seorang pemain bolasepak.

“Macam mimpi… tak sangka pula orang yang yang selama ini dipuja dari jauh berada di depan mata. Selepas pertemuan itu hubungan kami semakin rapat,” imbau Ayu.

Ayu Raudhah, Ayu Raudhah foto, Ayu Raudhah web, Ayu Raudhah info, Ayu Raudhah  maklumat, Ayu Raudhah hiburan, Ayu Raudhah misteri, Ayu Raudhah berita, Ayu Raudhah filem, Ayu Raudhah malaysia, Ayu Raudhah kawan, Ayu Raudhah artis, Ayu Raudhah bf1