Tag Archives: bagus

Johan Raja Lawak Peluk Ozlyn

Johan Raja Lawak Peluk Ozlyn, Johan Raja musik, AJohan Raja mtv, Johan Raja berita, Johan Raja Web, Johan Raja galeri, Johan Raja foto, Johan Raja portofolio, Johan Raja album, Johan Raja info, Johan Raja filem, Johan Raja terbaru, Johan Raja pos, Johan Raja surat, Johan Raja mail.

Johan Raja Lawak Peluk Ozlyn

“Terus terang, saya akui memang kami bercinta dan kami memang dalam perancangan mendirikan rumah tangga. InsyaAllah, kami akan berkahwin pada Jun nanti, tapi tahunnya belum tahu lagi. Kami memilih bulan Jun kerana bagus untuk mereka yang berbintang Gemini.

johan

Kami tahu dan kami baca sendiri cerita itu di akhbar. Saya ingin membuat pembetulan di sini bahawa kami sebenarnya bukan bercium atau berpeluk. Apa yang kami buat sebenarnya adalah berbisik. Mungkin perbuatan itu menyebabkan ramai yang menyangka yang kami sebenarnya bercium. Kami berbisik pun ada sebab iaitu pada masa kejadian itu, saya terdengar ada orang yang bercerita hal yang kurang baik mengenai diri kami. Terlanjur individu itu sudah mengata kami, jadi saya sengaja mendekatkan diri di wajah Ozlyn sambil menjerit perkataan I Love You di khalayak ramai. Kira kami berlakon, buat begitu sebab nak bagi individu itu lagi panas dengan kami.

johan1

Saya hairanlah, mengapa apabila kami berbuat begitu, orang pandang serong, tapi bila artis lain buat perkara sama, tidak ada siapa yang pertikaikan. Kami cuma laga pipi, dan perkara ini juga dilakukan artis lain apabila mereka berjumpa. Lagi pun, adalah lebih baik apabila kami, yang memang mengaku bercinta buat begitu, daripada mereka yang tidak mengaku bercinta, tetapi buat perkara yang serupa. Mengenai isu peluk itu, ingin saya jelaskan walaupun kami berpeluk tapi tidak sampai melekapkan dada masing-masing. Ozlyn hanya bergantung di leher saya dan saya sifatkan pelukan itu sebagai pelukan memberi semangat” ujar Johan lagi.


One Buck Short Takluk Planet Indie!

One Buck Short Artist, One Buck Short, One Buck Short musik, One Buck Short mtv, One Buck Short berita, One Buck Short Web, One Buck Short galeri, One Buck Short foto, One Buck Short portofolio, One Buck Short album, One Buck Short info, One Buck Short film, One Buck Short terbaru, One Buck Short pos, One Buck Short surat, Lisa.

One Buck Short Takluk Planet Indie!

1262007_obsa

Daripada sebuah band muzik yang kerap menyertai pertandingan Battle of The Bands di merata tempat serta menjayakan persembahan di kolej pengajian mereka, nama One Buck Short ketika ini semakin meledak dalam scene muzik indie tempatan.
Selain muncul dalam pelbagai gigs yang diadakan di ibu kota, mereka juga sudah mula mendapat permintaan yang tinggi daripada pihak penganjur untuk muncul sebagai artis pembuka tirai dalam konsert artis antarabangsa.
Bermula dengan Konsert Good Charlotte yang diadakan di Bukit Jalil, awal tahun ini, One Buck Short sekali lagi terpilih untuk menjadi artis pembuka tirai bagi konsert My Chemical Romance yang akan berlangsung di Stadium Merdeka, KL, Ahad ini, 9 Disember.

Bukan setakat itu saja, mereka juga sudah mula mendapat tawaran daripada pihak luar untuk beraksi dalam beberapa gigs serta festival muzik yang diadakan di negara luar seperti China dan Singapura.
Sungguhpun begitu, One Buck Short yang dianggotai Mundzir Abdul Latif atau Mooky sebagai sang vokalis, Rahul Kukreja aka Rahul (gitarist), Izal Azlee aka Izal (bassist) serta Imran Fadzil a.k.a Imran (drummer) mengakui mereka masih tetap One Buck Short sebagaimana 6 tahun dulu.
“Kejayaan yang  kami kecapi hari ini langsung tidak membuatkan kami berubah sedikit pun. Kami masih tetap melakukan perkara biasa yang kami lakukan sebelum ini iaitu membuat latihan, jamming serta menghiburkan kelompok pendengar kami dengan persembahan yang bagus.
“Rasanya ia mungkin bertitik-tolak dengan sikap kami sendiri yang begitu dedikasi dan mencintai apa yang kami lakukan selama ini. Dari masa ke semasa juga, kami sentiasa berusaha memperbaiki mutu show kami ini.
“Bagi kami, tiada apa yang lebih penting melainkan memberikan kepuasan kepada audiens yang menonton show kami serta mereka yang menyokong perjuangan muzik kami selama ini,” kata Mooky dalam pertemuan khas dengan murai.com.my.
Band muzik punk rock  yang semakin berpengaruh ini turut mempunyai cita-cita serta impian yang besar untuk melebarkan lagi kerjaya seni muzik mereka di dalam industri muzik tempatan.
“Kalau boleh kami mahu peminat  evolve bersama muzik. Kami juga mahu membuat persembahan di semua tempat. Paling utama ialah untuk beraksi di seluruh Asia. Setakat ini, kami sudah pun beraksi di China dan Singapura.
“Sambutan yang kami terima daripada ketiga-tiga negara ini cukup baik sekali, terutama di Singapura. Selepas ini, kami berhasrat untuk beraksi pula di Thailand, Filipina, Indonesia serta Dubai,” kata Mooky lagi.
Selepas muncul dengan EP, Where is The Mouse? yang memuatkan single hit mereka, That Day, akhirnya One Buck Short akan muncul dengan album pertama mereka berjudul Halal & Loving It dalam masa terdekat ini.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai  kemunculan album tesebut, Mooky berkata, album yang memuatkan 12 track itu mengetengahkan pelbagai isu tipikal yang berkaitan dengan remaja Malaysia pada hari ini temasuklah yang berkaitan dengan dadah dan seks bebas.
“Malah, kami juga turut mengetengahkan pandangan kami sendiri terhadap suasana politik yang sedang berlaku dalam negara kita ini. Dalam pada itu, kita juga akan memuatkan tiga lagu dalam bahasa Melayu.
“Walaupun pada asasnya, One Buck Short sebuah band muzik yang berteraskan genre punk rock, namun kami turut memuatkan pelbagai elemen yang berbeza di dalam muzik kami.
“Misalnya, anda akan dapat memdengar bagaimana kami mengadukan penggunaan alat muzik tradisional seperti kompang serta elemen dikir barat di dalam muzik kami. Ini adalah satu cara untuk kami mengekalkan diri kami sebagai sebuah band muzik daripada Malaysia.
“Sebagai rakyat Malaysia yang sejati, kami tidak mahu membiarkan diri kami terpinggir daripada akar umbi budaya sendiri dan siapa tahu pada album yang akan datang, kami akan cuba pula menyelitkan elemen muzik tradisional Cina dan India.
“Mengenai  penggunaan Halal & Loving It sebagai judul album ini, harapan kami adalah supaya lebih ramai pendengar yang akan menerima lagu-lagu kami dan menyanyangi kami sebagai sebuah band,” pintanya.

Benarkah Hujan Dah Besar Kepala?

Hujan Artist, Hujan lagu, Hujan musik, Hujan mtv, Hujan berita, Hujan Web, Hujan galeri, Hujan foto, Hujan portofolio, Hujan album, Hujan info, Hujan film, Hujan terbaru, Hujan pos, Hujan surat, Hujan.

Benarkah Hujan Dah Besar Kepala?

482008_buletinhujana

playful dan tidak serius apabila diwawancara beberapa wakil daripada pihak media.
Lebih teruk daripada itu, Hujan dikatakan sudah menganggap diri mereka sebagai rockstar apabila meminta wakil daripada sebuah syarikat rakaman datang berlutut serta menyembah mereka jika mahu menawarkan kontrak sebagai artis rakaman mereka.
Soalnya,apakah benar tuduhan yang dilemparkan ke atas Hujan itu sebagaimana yang didakwa segelintir pihak? Sedangkan pada awal pembabitan dalam scene underground lagi, sudah berkali-kali mereka mengingatkan bahawa mereka masih belum bersedia untuk bergelar artis rakaman.

Malah, dalam jangka waktu terdekat ini Hujan yang dianggotai Noh selaku vokalis, AG (gitaris), Dugong (basist) dan Ambobzeela (drummer) mengakui, mereka masih lagi mahu berseronok bermain dengan genre muzik free alternative rock terutama sekali dalam pelbagai gigs yang disertai mereka.
“Sebenarnya kami sangat terkejut apabila dilemparkan dengan pelbagai tuduhan yang seperti itu. Siapalah kami ini hendak besar kepala atau pun mengada-ngada? Siapa jugalah kami ini hendak minta orang datang tunduk, berlutut serta menyembah kami semua?

“Rasanya tuduhan seperti itu bukan saja sama sekali tidak benar, malah sangat keterlaluan sekali. Apatah lagi untuk budak-budak yang masih baru belajar seperti kami ini,” kata Noh.

Dia berkata lagi: “Kami ini bukannya ikon atau rockstar yang semudah itu mahu pengaruh orang. Kami tidak pernah cuba untuk pengaruh sesiapa. Termasuklah Raingers – peminat kami semua. Tapi, bila mereka mahu datang dan sokong Hujan, itu adalah hak mereka.

“Terus-terang, kami sendiri pun tidak sangka yang kami ini akan mendapat sokongan yang begitu besar dan luar biasa sekali daripada peminat kami semua terutama dari kalangan mereka yang masih lagi di alam persekolahan.”
Tidak serius jawab soalan wartawan?

Mengenai dakwaan mereka tidak begitu serius tatkala diwawancara segelintir wakil pihak media, Noh berkata, keadaan seperti itu timbul apabila mereka tidak begitu gemar ditanya mengenai isu atau cerita yang berkaitan dengan diri dan peribadi mereka.
“Kami bermain muzik kerana kami suka bermain muzik. Sebab itulah kami jadikan muzik sebagai punca pendapatan hidup kami. Inilah hidup kami. Inilah yang kami lakukan sehari-harian.
“Disebabkan itu, kami lebih suka kalau orang bertanyakan mengenai kerja muzik kami berbanding hal-hal berunsur peribadi. Kalau ada wartawan yang tidak suka, kami minta maaf.

“Satu lagi, adakalanya memang ini cara kami menjawab pertanyaan. Sebab kami, mahu orang rasa dekat dan mesra dengan kami. Tapi, adakalanya, tidak semua orang boleh terima cara kami ini,” kata Noh.


Siapa di belakang Hujan?

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa perjalanan Hujan sebagai indie band muzik banyak sekali dipengaruhi komposer Aidit Alfian.
“Orang yang berada di belakang kami adalah Aidit dan dia banyak sekali memberitahu kita apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak. Mudah kata, dia selalu beri tunjuk ajar pada kami.
“Barangkali disebabkan itulah, ramai otai-otai dalam industri ini yang tahu serba-sedikit mengenai Hujan. Misalnya M Nasir, Arab serta arwah Loloq sendiri. Mereka pun turut menyokong perjuangan kami dan sering bagi kami semangat.
“Alhamdullilah setakat ini, kami banyak berpeluang bermain dengan band-band muzik yang besar. Misalnya dengan Pop Shuvit yang sudah mencipta nama yang besar di Jepun. Kalau boleh kami mahu jadi besar seperti mereka,” kata Noh.


Hujan jadi trendsetter?

Sejak Hujan muncul dalam scene underground tempatan, banyak radio dan stesen televisyen yang mahu memutarkan serta memaparkan lagu Melayu daripada band muzik indie kita dan ia satu petanda yang cukup baik sekali.

“Tidak adil sebenarnya mengatakan bahawa Hujan adalah trendsetter kepada perubahan yang seperti ini. Namun, sebagai band muzik tempatan yang bermain secara bebas, kita memang sentiasa mahu membebaskan kekangan serta pengaruh band muzik luar di dalam setiap stesen radio mahu pun televisyen kita.
“Juga membuktikan bahawa band muzik tempatan juga bagus serta boleh membuat perubahan serta kejutan yang selama ini sangat-sangat dimahukan oleh kalangan peminat generasi muda di luar sana,” kata Noh.

Dia menyambung: “Itulah yang cuba kami lakukan dengan menerapkan pengaruh serta nilai-nilai bahasa Melayu kita sendiri ke dalam muzik Hujan. Tidak sangka pula, apa yang kita lakukan itu berjaya diterima masyarakat.
“Sebenarnya banyak lagi band muzik tempatan yang sudah mula tunjukkan taring serta kehebatan mereka. Lihatlah Estranged. Siapa sangka mereka akan memenangi pertandingan Anugerah Juara Lagu yang selama ini lebih banyak ditumpukan kepada golongan artis mainstream? ” ujar Noh.