Tag Archives: bajet

Odui Odu Dinobat Filem Pendek Terbaik

Odui Odu Artist, Odui Odu, Odui Odu musik, Odui Odu mtv, Odui Odu berita, Odui Odu Web, Odui Odu galeri, Odui Odu foto, Odui Odu portofolio, Odui Odu album, Odui Odu info, Odui Odu film, Odui Odu terbaru, Odui Odu pos, Odui Odu surat, Odui Odu mail.

Odui Odu Dinobat Filem Pendek Terbaik

2282009_kifipena

KUALA LUMPUR, 28 Feb 2009: Kisah kehidupan seorang nenek tua yang miskin dan hidup sebatang kara tetapi masih mampu merasai kewujudan roh suaminya, telah mengangkat Odoi Odu (Oh Grandma) sebagai pemenang utama  Anugerah Filem Pendek Astro Kirana 2008/2009, malam tadi.

Kejayaan itu sekaligus melayakkan produser, pengarah serta pelakonnya, Farizie Morinding dari Ranau, Sabah untuk membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000, trofi serta bajet menghasilkan filem cereka bernilai RM100,000 hasil tajaan Tayangan Unggul Sdn Bhd.


Odoi Odu (Oh Grandma)
yang dihasilkan menggunakan Bahasa Dusun, Sabah turut menerima kemenangan menerusi kategori Cerita Terbaik dan Lakonan Terbaik dalam majlis anugerah kali ke-2 yang dianjurkan Astro Kirana dengan kerjasama Tayangan Unggul serta stesen XFM di KL Convention Centre (KLCC).

“Demi untuk menyertai pertandingan anugerah filem pendek ini, banyak cabaran serta dugaan yang terpaksa saya tempuhi. Antaranya saya tidak mampu melakukan kerja-kerja suntingan kerana ketiadaan kompuiter peribadi dan pertolongan yang saya harapkan daripada beberapa rakan pula berdepan dengan pelbagai kesulitan.
“Hampir saya berputus asa untuk meneruskan kerja seni saya. Tapi, saya cuba kumpulkan semula kekuatan dan akhirnya berkat daripada kesabaran, saya tetap berhasil untuk melakukannya,” katanya pada sidang media sejurus selepas berakhirnya majlis itu.

Selaku pemenang tempat kedua menerusi filem pendek berjudul Mirror, Christopher Low pula berdepan dengan cabarannya sendiri dalam menghasilkan karyanya.
“Dalam drama ini saya cuba tampilkan cerita tentang tudung dan untuk melakukannya, ia memaksa saya untuk membuat tinjauan serta kajian di Terengganu. Dengan tempoh masa yang cukup terhad, saya cuba untuk menghasilkan Mirror. Ia bukanlah mudah kerana Mirror sebuah filem pendek dalam Bahasa Melayu sedangkan, sebagai pengarah, saya tidak begitu fasih berbahasa Melayu.

“Bayangkanlah bagaimana sukarnya apabila saya terpaksa berkomunikasi dengan seorang makcik di Terengganu sewaktu penggambaran dilakukan,” katanya yang membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000 berserta trofi. Selain itu, Mirror turut memenangi anugerah Suntingan Terbaik.

Takpelah, Itu Bukan Gambar Bogel Sarah…

Sarah ,Sarah Artist, Sarah lagu,Sarah musik, Sarah mtv, Sarah berita, Sarah Web,Sarah galeri, Sarah foto,Sarah portofolio,Sarah album,Sarah info,Sarah film,Sarah terbaru,Sarah pos ,Sarah surat ,Sarah mail.

Takpelah, Itu Bukan Gambar Bogel Sarah…

1212008_putrisaraha


KUALA LUMPUR,  4 DIS 2008: Seantero Malaya sudah tahu filem pertama lakonan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 23, bersama Mawi iaitu Aduh Saleha, masih terbengkalai dan mencetuskan kontroversi.

Selain itu, keghairahan Sarah yang berkongsi foto peribadinya bersama teman lelaki dalam sebuah laman komuniti tidak lama dulu, turut membuatkan namanya hangat diperkatakan. Teruknya juga dia dikecam.

Di tengah-tengah kontroversi itu jugalah Sarah yang baru saja menerima diploma dalam jurusan Pengurusan Hotel Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, dipilih pula untuk berlakon dengan Nabil Raja Lawak dalam filem Lu Fikirlah Sendiri de Movie.

“Mengenai filem Aduh Saleha yang tertangguh, itu bukannya salah Sarah. Cuma mungkin rezeki tidak menyebelahi Sarah lagi kerana masalah bajet untuk filem itu. Kalau nak cakap Sarah kecewa, memang Sarah kecewa dan sedih. Tapi apa nak buat, Sarah sendiri tak tahu bila agaknya filem ini akan dapat meneruskan pengambarannya semula.

“Sekarang tumpuan Sarah hanya kepada filem Lu Fikirlah Sendiri de Movie. Sarah pegang watak sebagai teman wanita Nabil, anak orang kaya yang sombong,” katanya kepada murai.com.my.

Filem berbentuk komedi romantik muzikal itu diarah oleh Aminah Rhapor dan masih menjalani penggambaran sekitar Lembah Klang.

Filem berbajet  RM1.5 juta yang diterbitkan SDAF Pictures Sdn Bhd itu turut menampilkan Tasha AF4, Umi Nazeera, Zizan Raja Lawak dan Meet Uncle Hussein serta penampilan istimewa Mila, Amy Search, Faizal Tahir, Zaibo Aziz M Osman, Harun Salim Bachik dan Liza Othman.

Sarah berkata, dua ‘tragedi’ yang menimpanya sebelum ini bagaimanapun tidak melemahkan semangatnya untuk terus aktif berlakon walaupun bidang berkenaan hanyalah sekadar pengisi masa lapangnya semata-mata.

Menyedari bidang pelajaran begitu penting, Sarah berkata dia bakal meneruskan pengajian ke tahap ijazah pula dalam bidang serupa tahun depan yang memungkinkan dia terbang di Perancis pula.

“Sarah tidak serik walaupun filem Aduh Saleha belum menjadi kenyataan. Harap-harap Lu Fikirlah Sendiri de Movie akan siap seperti yang dirancangkan.

“Tentang penyebaran gambar peribadi itu, Sarah tak mahu cakap lebih-lebih sebab orang yang menjadikannya sebagai kontroversi, hanya kerana Sarah berlakon filem Aduh Saleha. Baiklah Sarah berdiam saja. Sarah tak kisah apa orang nak cakap sebab Sarah tahu apa yang Sarah buat. Lagipun takpelah, itu bukanlah gambar bogel Sarah. Jadi biarlah Sarah diamkan saja,” katanya.

Terbaru Puteri Sarah yang meraikan ulang tahunnya yang ke-23 turut menerima tawaran berlakon drama Kisah Yusof dan Dendam. Gara-gara popularitinya itu, Sarah juga terpilih oleh pembaca majalah fesyen EH! sebagai salah seorang selebriti 20 Yang Anggun.