Tag Archives: baju

LADY GAGA JADI LELAKI

LADY GAGA JADI LELAKI

Kehadiran bintang pop, Lady Gaga pada pembukaan Anugerah Video Muzik MTV (VMA) kelmarin menampilkan kelainan apabila dia memakai pakaian lelaki seperti dalam klip videonya, You and I.

Lady Gaga yang cukup dikenali dengan gaya pelik pada tahun lalu memilih untuk memakai baju yang diperbuat daripada daging. Kali ini dia menukar dirinya dengan mengenakan sut lelaki berwarna hitam dan kemeja-T putih.

Dia kemudian menyampaikan lagu You and I sambil diiringi oleh sekumpulan penari dan gitaris rock lagenda, Brian May daripada kumpulan Queen. Gaga meneruskan persembahan dengan menari di atas pianonya, sebelum menggoncang botol dan membuka penutupnya.

Sementara itu, penyanyi Britney Spears pula merupakan selebriti pertama diumumkan sebagai penerima anugerah video pop terbaik menerusi lagu Till the World Ends dalam program yang ditonton secara meluas itu.

LADY GAGA, LELAKI, bintang pop, Lady Gaga, Anugerah, Video, Muzik, MTV, (VMA) pakaian, lelaki, klip, videonya, You, I, Lady Gaga, memakai, baju, daging, su, lelaki, berwarna, hitam, kemeja-T putih, Till, World, Ends, Queen, Brian May, video, pop, sut lelaki, hiburan antarabangsa, hiburan wanita

Avril Lavigne promosi fesyen budak

d363f8bf541ebb94

Avril Lavigne promosi fesyen budak

Setahun selepas melancarkan koleksi Abbey Dawn miliknya untuk remaja di gedung Kohl, Avril Lavigne kini melanjutkan rangkaian untuk fesyen pakaian bagi kanak-kanak lebih muda.

Rangkaian pakaian kanak-kanak Abbey Dawn akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu lalu dan menjadi versi lebih comel bagi gaya rock and roll penyanyi itu, memaparkan baju-t dengan grafik tengkorak dan seluar ketat panjang selesa.

“Kami memiliki baju hud zebra dengan telinga,” katanya, “dan saya bertanya, “Bolehkah saya muat dalam saiz besar? Kerana saya amat sukakannya!”

Sebagai tambahan untuk membantu kanak-kanak menemui ruang jahat dalam diri gadis mereka, Lavigne akan melancarkan pewangi baru dengan Proctor & Gamble digelar Black Star musim panas ini.

“Ia adalah saya dalam sebuah botol,” katanya mengenai minyak wangi itu yang mengambil masa dua tahun untuk dihasilkan.

Beliau juga merakamkan album barunya yang dijangka dikeluarkan November ini. Lavigne berkata usaha dalam fesyen dan kecantikan itu adalah gambaran sebenar gaya peribadinya. Walaupun beliau mula berubah daripada seorang tomboy dengan papan luncur memakai kasut sukan kepada kasut tinggi, beliau sudah pasti untuk terus kekal dengan gaya asalnya.

“Saya mencampurkan elemen rock and roll dengan barangan mewah. Kini, saya sukakan Chanel,” katanya.

Avril Lavigne, Avril Lavigne musik, Avril Lavigne video, Avril Lavigne foto, Avril Lavigne cinta, Avril Lavigne berita, Avril Lavigne awek, Avril Lavigne kontraksi, Avril Lavigne Hiburan, Avril Lavigne malaysia, Avril Lavigne Melayu, Avril Lavigne Indon, Avril Lavigne Indonesia, Avril Lavigne gambar, Avril Lavigne cerita, Avril Lavigne pilihan, Avril Lavigne kl, Avril Lavigne bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan

Harapan Jay Jay Musnah Satukan Carefree!

Harapan Jay Jay Musnah Satukan Carefree!, Carefree musik, Carefree mtv, Carefree berita, Carefree Web, Carefree galeri, Carefree foto, Carefree portofolio, Carefree album, Carefree info, Carefree filem, Carefree terbaru, Carefree pos, Carefree surat, Carefree mail, Carefree model, Carefree model antarabangsa, Carefree bergaya, Carefree menawan, Carefree hebat, Carefree tubuh cantik, Carefree badan fit, Carefree tubuh fit, Carefree badan langsing, Carefree terkenal, Carefree popular, Carefree myspace, Carefree youtube, Carefree facebook, Carefree friendster, Carefree tagged,  Carefree yahoo massanger, Carefree blog, Carefree menarik, Carefree unik, Carefree wajah, Carefree rahsia,  Carefree biodata, Carefree hiburan, Carefree terkini, Carefree seksi.

Harapan Jay Jay Musnah Satukan Carefree!

KUALA LUMPUR, 8 MAC 2008 : Angan-angan Jay Jay untuk menggabungkan semula anggota kumpulannya, Carefree selepas  27 tahun berpecah, musnah selepas tidak mendapat persefahaman di kalangan anggotanya.

Sebelum ini Carefree dijemput untuk mengadakan konsert bersama Black Dog Bone di Istana Budaya (IB) pada 8-10 Mei 2009 nanti, sempena hari ibu yang dinamakan Konsert Untukmu Ibu – Black Dog Bone & Carefree.

Perancangan untuk membawa Carefree kezaman kegemilangannya pada 1970-an gagal apabila 4 daripada 8 ahlinya tidak dapat memberi kerjasama. Bagaimanapun konsert itu tetap diteruskan dengan penampilan Black Dog Bone, Jay Jay dan Rahim Othman, salah seorang ahli kumpulan Carefree.
Selaku vokalis, Jay Jay turut meluahkan rasa kecewanya kerana peluang  untuk membuat reunion ini mungkin tidak muncul lagi di masa akan datang.

“Saya mewakili kumpulan Carefree ingin meminta maaf kepada semua ahli jawatankuasa penganjuran dan kepada sesiapa yang terbabit. Apa yang berlaku bagi saya adalah keajaiban. Tidak perlu saya dedahkan sebab-sebab utama Carefree menarik diri kerana ia isunya terlalu sensitif.

472009_carefreea

“Nak kumpulkan ahli asal Carefree bukannya senang kerana kami ramai. Jika nak menggantikan salah seorang daripada kami dengan orang lain memanglah mudah, tetapi saya tidak mahu kerana ia tidak tidak menunjukkan Carefree sebenarnya. Selepas Carefree dibubarkan dengan rasminya pada 31 Disember 1982 kami tidak pernah berkumpul semula.

“Ada di antara kami ada yang jadi ahli perniagaan malah masuk dalam bidang politik. Bagi saya, tawaran mengadakan konsert istimewa seperti ini mungkin datang sekali dalam hidup, terutama membuat persembahan di IB,” kata Jay Jay.

Selain Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan (M) Bhd, Datuk Abdul Aziz Ishak, Pengarah Konsert Ali Bakar, Jay Jay dan Rahim Othman, turut hadir pada majlis itu 2 lagi ahli kumpulan Carefree, Nana dan Lokman.

Konsert Untukmu Ibu dianjurkan oleh IB dan Utusan Melayu (M) Berhad dengan kerjasama Box-Office (M) Sdn Bhd. Ia bermula pada jam 8 – 10.30 malam.  Konsert Black Dog Bone dengan undangan Jay Jay dan Rahim Othman ini turut diiringi kumpulan Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Tiket dijual dengan harga RM65, RM85, RM155 dan RM205. Ia boleh ditempah dengan menghubungi talian 03-41498600, atau melayari www.ticket2u.biz. Ia juga boleh didapati di kaunter Box Office, Istana Budaya.

Kumpulan Carefree  yang dianggotai oleh Jay Jay, Simon Justin Leo, Charles Paiva, Raja Rahman (Boy), Raja Rashid (Wan), Nana Pawan Chik, Lokman, Rahim Othman memiliki banyak lagu-lagu hit mereka terutamanya Rindu Bayangan, Kini Baru Kau Sedar, Joget Mak Enon, Belaian Jiwa, Si Baju Hijau, Menyesal Tak Berguna, Dendangan Laguku dan banyak lagi.

Mereka muncul dengan album sulungnya berjudul Kebebasan yang memuatkan lagu Rindu Bayangan pada tahun 1979 sebelum melancarkan album Kebebasan II dan Kebebasan III. Mereka mula diperkatakan apabila Nana dan Lokman keluar ketika album Kebebasan III. Akhirnya pada 31 Disember 1982, Carefree terpaksa akur dengan perpecahan secara rasmi.