Tag Archives: bakat

Pengakuan Berani Demi Anak Wayang!

Pengakuan Berani Demi Anak Wayang!,Anak Wayang berita,Anak Wayang Web,Anak Wayang galeri, Anak Wayang foto,Anak Wayang portofolio,Anak Wayang album, Anak Wayang info, Anak Wayang filem,Anak Wayang terbaru,Anak Wayang popular, Anak Wayang myspace,Anak Wayang youtube,Anak Wayang menarik, Anak Wayang unik,Anak Wayang wajah,Anak Wayang rahsia,Anak Wayang hiburan, Anak Wayang terkini,Anak Wayang seksi,Anak Wayang misteri,

Pengakuan Berani Demi Anak Wayang!

4232009_awujihitama

KL, 27 APRIL 2009: Dalam kesibukan Akademi Fantasia 7 (AF7) Murai Batu pun mula ambil tahu tentang program realiti mega daripada Astro iaitu Anak Wayang. Bukan apa Murai Batu makin teruja nak tengok macam mana pula dramatiknya program itu nanti. Adakah ia satu fenomena baru macam AF juga?

Yang nyata, ramai sungguh peminat datang ke semua sesi uji bakat Anak Wayang dan yang hadir pula ada macam-macam ragam dan attitude. Maklumlah karektor pelakon biasanya berbeza daripada penyanyi kerana mainan dalaman mereka tu kata orang, lebih sedikit. Hah, macam petua Kak Ogy Ahmad Daud pula yang suka sangat menggali.

Antara lokasi yang sempat Murai Batu tinjau adalah di Quality Hotel, Shah Alam, baru-baru ini. Mereka bukan saja diminta berlakon tetapi diwawancara tentang latar belakang diri dan pengalaman.

Tapi apa yang sangat memeranjatkan Murai Batu, ada peserta sanggup mendedahkan pengalaman pahit yang pernah menimpa diri dan keluarga mereka. Malah seorang peserta itu dengan berani mengakui ada ahli keluarganya pernah berlakon filem porno! Mak oi, gemparnya? Kenapa sampai begitu sekali nak raih perhatian juri?

Mengurut dada sekejap Murai Batu. Tapi itulah ragam yang Murai Batu maksudkan tadi. Nak tegelak pun ada, nak terbeliak mata pun ada!

Murai Batu dapat tengok, ada calon peserta menangis, teruja melampau, berpakaian pelik, ada aura gila glamormalah ada yang gaya seperti orang psiko! Minta-mintalah semua itu untuk karektor saja dan bukan  betul-betul! Hebatnya uji bakat itu sampai habis jam 4 pagi!

Jadi kita tunggu nanti pengumuman siapa 25 calon Anak Wayang akan akan diumumkan pada sidang media tidak lama lagi. Bagi yang masih kurang faham, 25 peserta yang terpilih nanti akan dipecah-pecahkan kepada 5 kumpulan dan mereka bersaing untuk satu-satu watak dalam Pentas Anak Wayang di Astro Ria.

Sesiapa yang terpilih itu akan terus berlakon dalam drama bersiri Kecuali Cintamu di Astro Prima pada minggu berikutnya bersama pelakon terkenal. Hai, itu sudah jalan pintas sebab kalau ikut proses lakonan biasa zaman dulu-dulu, orang  baru sekadar jadi Pak Pacak saja selama bertahun-tahun sebelum dapat watak penting.

Temubual Radhi ex-OAG isu Rumahtangga

Temubual Radhi ex-OAG isu Rumahtangga,Radhi  OAG mtv,Radhi  OAG berita,Radhi  OAG Web,Radhi  OAG galeri, Radhi  OAG foto,Radhi  OAG portofolio,Radhi  OAG album, Radhi  OAG info, Radhi  OAG filem,Radhi  OAG terbaru,Radhi  OAG pos,Radhi  OAG surat, Radhi  OAG mail, Radhi  OAG model,Radhi  OAG model antarabangsa,Radhi  OAG bergaya,Radhi  OAG hebat,Radhi  OAG badan fit, ,Radhi  OAG terkenal, Radhi  OAG popular, Radhi  OAG myspace,Radhi  OAG youtube,Radhi  OAG facebook, Radhi  OAG friendster, Radhi  OAG tagged, Radhi  OAG yahoo massanger,Radhi  OAG blog,Radhi  OAG menarik, Radhi  OAG unik,Radhi  OAG wajah,Radhi  OAG rahsia,Radhi  OAG biodata,Radhi  OAG hiburan, Radhi  OAG terkini,Radhi  OAG seksi,Radhi  OAG misteri,

Temubual Radhi ex-OAG isu Rumahtangga

Satu Malaysia tahu dia gila-gila dan keanak-anakkan, sama seperti Radhi yang kita kenal sewaktu dia mula-mula muncul dengan band OAG 15 tahun lalu.

Namun kegilaan itu, katanya, tidak dibawa hingga kepada kes mahkamah yang melibatkan dirinya dan isteri, Shazlin Sharif, 30.

radhiisteri

Mohd. Radhi Razali, 31, tidak hadir pada prosiding sebutan kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan oleh isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 23 April lalu.

Bukan sekali tetapi lebih empat kali dan akhirnya waran tangkap dikeluarkan bagi mencabar ‘kedegilan’ Radhi.

radhiisteri2

Pasangan itu bernikah pada 1 Januari 2005 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd. Rifdhi Muslim, 4 tahun.

Bagaimanakah kehidupan anda sekarang?

Saya sedang fokus kepada proses rakaman album solo saya yang akan menyelitkan sebuah lagu berjudul Infiniti. DVD dan VCD konsert OAG di Istana Budaya juga akan dikeluarkan kelak.

Mulai bulan hadapan hingga Julai nanti saya akan masuk studio. Material sudah ada sekitar 12 buah lagu. Album solo ini adalah luahan isi hati saya yang sebenar dan memaparkan warna perubahan saya.

radhiisteri3

Perubahan apakah yang anda maksudkan?

Sudah lama saya impikan album solo cuma sekarang baru terhasil. Saya bersama OAG sejak berusia 15 tahun dan sampai sekarang masih terbawa-bawa kinjaan saya pada usia muda.

Saya mahu berubah. Saya mahu jadi diri sebenar. Saya sebenarnya perlu berubah. Album ini terlalu peribadi. Mungkin boleh dikatakan album selepas cerai atau album krisis pertengahan usia.

Isteri saya tidak sukakan saya yang dahulu. Dia mahu saya berubah. Saya sudah berubah banyak untuk dia. Saya jadi warak untuk dia.

Kalau perihal kehidupan di luar lingkungan muzik, apakah yang anda ingin ceritakan?

Saya tahu awak mahu tahu perihal kes mahkamah. Demi Allah saya memang tidak tahu tentang sebutan kes itu dan tidak diberitahu tentang perlu hadir ke mahkamah. Kalau saya tahu saya akan pergi. Betul.

Maksudnya langsung tiada komunikasi antara kamu dan isteri hingga sekarang?

Tidak ada. Saya hairan kerana waktu saya pergi mengambil anak, dia tidak beritahu langsung hal mahkamah tersebut. Apa salahnya dia SMS saya dan beritahu.

Tapi hal ini sebenarnya sangat peribadi. Saya mahu bercakap dengan dia tapi bagi dia, muka saya pun dia tidak mahu pandang.

Komunikasi yang baik perlu dari mata ke mata tetapi ini sepertinya tidak boleh terjadi. Jadi bagaimana mahu berbincang?

radhiisteri4

Apakah masalah anda sebenarnya?

Saya seorang yang sukakan kehidupan yang indipenden sedangkan Shazlin suka tinggal di rumah besar keluarganya. Seperti yang saya cakap dahulu, saya seperti kahwin dengan mentua saya.

Saya sudah pindah rumah untuk hidup dengan keluarga saya, sudah beli kereta untuk keperluan kami. Saya tidak tahu apa yang tidak cukup lagi. Dia mahu berada di dalam zon selesanya. Zon mewahnya.

Anda duduk sendiri sekarang?

Ya, di rumah kami di Damansara. Sukar menghadapi kehidupan seorang. Kadangkala seperti datang satu perasaan yang membunuh. Suicidal!

Bukanlah saya mahu membunuh diri tetapi satu perasaan yang seperti saya tidak mahu berbuat apa-apa langsung. Saya sunyi di rumah dan resah fikirkan anak saya.

Saya memang tidak boleh hidup tanpa anak saya. Saya kahwin sebab mahukan keluarga sendiri tetapi sekarang jadi begini. Shazlin tidak rasa apa yang saya rasa. Saya tidak mahu tuduh tetapi saya tidak tahulah kalau dia sudah ada orang lain dalam hidupnya.radhiisteri51

Anak kamu, Rifdhi, sekarang ada ikut minat dan bakat kamu?

Saya rindukan keletahnya. Dia sudah boleh menyanyi dan nyanyiannya lebih baik daripada saya. Dia cepat hafal lagu-lagu saya dan aktif. Lagu yang paling dia suka ialah Permaisuri.

Anak Dhani Minta Rp 50j (RM20k)

Anak Dhani Minta Rp 50j (RM20k),Dhani mtv,Dhani berita,Dhani Web,Dhani galeri, Dhani foto, Dhani portofolio, Dhani album, Dhani info, Dhani filem,Dhani terbaru,Dhani pos,Dhani surat, Dhani mail, Dhani model, Dhani model antarabangsa, Dhani bergaya, Dhani hebat, Dhani badan fit, ,Dhani terkenal, Dhani popular, Dhani myspace,Dhani youtube,Dhani facebook, Dhani friendster, Dhani tagged, Dhani yahoo massanger,ZDhani blog, Dhani menarik, Dhani unik,Dhani wajah, Dhani rahsia, Dhani biodata, Dhani hiburan, Dhani terkini,Dhani seksi, Dhani misteri,

Anak Dhani Minta Rp 50j (RM20k)

al-dhani

Dengan kemampuan bermuzik di bawah (gambar) rata-rata anak seusia mereka, Al, El, dan Dul dilatih menyanyikan lagu sulung bertajuk Superman oleh ayahnya, Ahmad Dhani. Dengan disatukan dalam sebuah band muzik yang bernama Lucky Laki di mana Al pada gitar, El pada drum, dan Dul pada bass, Dhani yakin anak-anaknya itu sudah boleh mewarisi bakat ayahnya yang bersama Dewa 19.

Saat ditemui di rumahnya di daerah Pondok Indah, Jakarta, Jumaat (10/04) kelmarin saat pengambaraan video klip Superman, Al menuturkan jika bayarannya harus Rp10 juta (RM4000) per orang.

“Kalau mau manggung, satu orang pokoknya Rp10 juta,” kata Dhani yang tegas.

Dul malah ingin lebih mahal lagi. “Pokoknya Rp50 juta beserta kru bandnya. Asal manggungnya Sabtu dan Minggu dan tidak disponsori rokok,” tuturnya.

al-dhani-1

dul-dhani

el-dhani1