Tag Archives: bangsar

Moluccas kini berdua

Moluccas kini berdua

SEJAK awal penubuhan kumpulan Moluccas yang dianggotai oleh Milly Pita Carin Loppies, Lea Naomi Risamasu dan Maria Da’ Silva, kumpulan yang berasal dari Kepulauan Maluku, Indonesia Timur itu tidak habis-habis dilanda masalah.

Pada mulanya, Moluccas dianggotai Pita, Naoimi dan Audrey tetapi berlaku pergeseran dalaman menyebabkan Audrey meninggalkan kumpulan tersebut dan kekosongan itu diisi oleh Maria.

Setelah melahirkan dua album, SE (2002) dan US2U (2008), Moluccas cuba untuk kekal bertiga, namun usaha itu gagal kerana dua anggotanya membawa haluan sendiri.

Biarpun pernah dinobatkan sebagai Duo/Kumpulan baru terbaik di Anugerah Planet Muzik (APM) 2003 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, ternyata itu bukan jaminan bagi Moluccas mengekalkan anggota sedia ada.

Melihatkan senario yang boleh mematikan kumpulan tersebut, sebagai pengasas Moluccas, Pita berkata, sudah tentu dia tidak mahu nama itu berkubur.

“Moluccas tetap ada dan Moluccas yang baru, kini berdua. Saya bersama Audrey. Ya, Audrey kembali menganggotai Moluccas setelah kami bertemu dalam satu festival muzik jazz di Indonesia, baru-baru ini.

“Jadinya, Naomi dan Maria sudah keluar. Mereka kini lebih selesa menyanyi di gereja-gereja,” jelas Pita.

Pita berkata demikian kepada Hits seusai majlis pelancaran Facebook dan Twitter Indopek di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kekuatan vokal yang dipamerkan Pita ketika membuat persembahan di majlis tersebut mengundang persoalan, mengapa dia tidak mahu tampil solo?

“Sebenarnya begini, saya akan tampil dengan album single solo pertama yang judulnya kita rahsiakan dahulu.

“Namun saya tidak pernah terfikir untuk berdiri secara solo. Alasannya bukan kerana keadaan industri muzik yang meruncing tetapi saya selesa berdua atau bertiga.

“Selepas pelancaran album single solo pertama saya nanti, akan ada album Mollucas iaitu gabungan saya dan Audrey untuk peminat,” katanya yang sudah lima tahun menetap di Malaysia kerana berkahwin dengan rakyat tempatan.

Moluccas, kini, berdua, SEJAK, awal, penubuhan, kumpulan, Moluccas, dianggotai, Milly Pita Carin Loppies, Lea Naomi Risamasu, Maria Da’ Silva, berasal, Kepulauan Maluku, Indonesia Timur, landa, masalah, Facebook, Twitter, Indopek, Bangsar, Kuala Lumpur, rakyat, tempatan, solo, festival, muzik, jazz, Anugerah, Planet, Muzik, (APM), berlangsung, Stadium, Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, jaminan, mengekalkan, anggota, single, solo, berkahwin, rakyat, tempatan, Pita, secara, solo, Malaysia

 

Satria Neo Iqram, Remuk Kemalangan

Satria Neo Iqram, Remuk Kemalangan

Syukur Alhamdulillah kepada pelakon Iqram Dinzly dan Fouziah Gous yang selamat dan tidak mengalamai sebarang kecederaaan dikala mereka ditimpa kemalangan jalan raya dekat Karak. Satria Neo kuning milik Iqram kelihatan remuk di bahagian belakang badan kereta tu.

Dorang ni dikatakan dalam perjalanan ke Karnival Amal Syawal NSTP di Bangsar. Ala dah nasib menimpa mereka, berlaku lah kejadian yang tidak diminta ini.

Takpelah Iqram, pas ni beli lagi kereta baru, kalau boleh beli 4v4, baru tahan sikit, remuk pun cikit jerk kot. Haha. Bukan Karak ni tempat misteri berlakunya kemalangan ker.

Satria, Neo, Iqram, Remuk, Kemalangan, Syukur, Alhamdulillah, pelakon, Iqram Dinzly, Fouziah Gous, selamat, kecederaaan, jalan, raya, Karak. Satria Neo, kuning, milik, remuk, bahagian, belakang, badan, kereta, perjalanan, Karnival, Amal, Syawal, NSTP, Bangsar, hiburan asia, hiburan melayu, hiburan malaysia, artis melayu, artis tempatan, web artis, foto artis, gambar artis, galeri artis

Elyana sedia bergelar isteri

hi_01.2

Elyana sedia bergelar isteri

SALING lamar melamar, itulah yang terjadi dalam sejarah percintaan penyanyi dan pelakon terkenal Elyana bersama kekasih hati yang kini telah sah menjadi tunangnya pada Sabtu lalu.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, tanpa segan memberitahu selain dilamar oleh kekasihnya, Khairul Anuar Hussin sebanyak tiga kali sepanjang tiga tahun tempoh percintaan mereka, dia juga pernah melamar kekasihnya itu.

Pelik dan agak lucu, umpama perigi mencari timba. Namun kata Elyana disebabkan hubungan cintanya seperti air laut yang ada pasang surut, meskipun sebagai seorang gadis dia tetap beranikan diri melamar Khairul untuk dijadikan suaminya.

“Dia ada lamar saya dan saya pun ada lamar dia. Semuanya kerana hubungan kami bukan selalunya baik, ada kala kami bergaduh dan berjauhan.

“Bila berjauhan baru terasa berapa pentingnya dia buat saya. Selepas berfikir panjang sampai bila harus terus seperti itu, akhirnya akhir tahun lalu saya telah melamarnya,” ucapnya dalam tawa.

Tambah anak kedua daripada empat adik-beradik ini lagi, keputusan untuk melangsungkan pertunangan bukannya atas paksaan sesiapa sebaliknya ia merupakan keputusannya sendiri selepas dirisik keluarga Khairul pada 11 April lalu.

Meskipun usianya baru menjangkau angka 22 tahun, tetapi dia telah bersedia daripada mental dan fizikal untuk melangkah ke alam baru sebagai tunangan orang sebelum memikul status isteri.

“Orang selalu cakap muda lagi buat apa nak kahwin awal, tetapi bagi saya itu hanyalah pandangan orang sebab yang nak bertunang dan kahwin itu saya.

“Memang saya sudah bersedia untuk menjadi isteri dan saya telah lama berfikir tentang keputusan yang diambil sebab perkara ini bukan boleh main-main. Bertunang satu perkara yang besar dan hubungan yang terjalin lebih serius daripada bercinta,” ungkapnya yang ditemui pada majlis pertunangan yang berlangsung di sebuah banglo, Jeumpa D’ramo di Bangsar.

Walaupun gembira apabila impian untuk membawa hubungan cinta ke tahap lebih serius tercapai, Elyana tetap diselubungi perasaan takut kerana bimbang tidak dapat buat yang terbaik untuk pasangannya.

“Memang ini hari yang ditunggu-tunggu tetapi saya tetap rasa takut kerana bimbang akan kekurangan diri. Khairul seorang yang memahami, serasi dan mengambil berat akan diri saya serta keluarga.

“Jadi, saya bimbang saya tidak boleh beri kegembiraan seperti mana yang diberikan kepada saya. Saya berharap jodoh kami panjang sehingga ke majlis perkahwinan kelak,” tuturnya yang mengakui bahagia bersama Khairul.

Michael Jackson,Elyana musik,Elyana video,Elyana foto,Elyana cinta,Elyana berita,Elyana awek,Elyana kontraksi,Elyana Hiburan,Elyana malaysia,Elyana Melayu,Elyana Indon,Elyana Indonesia,Elyana gambar,Elyana cerita,Elyana pilihan,Elyana kl,Elyana bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan