Tag Archives: bapa

Majlis Pertunangan Emelda Rosmila Dan Adlin Aman Ramlie

Majlis Pertunangan Emelda Rosmila Dan Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosmila musik, Emelda Rosmila mtv, Emelda Rosmila berita, Emelda Rosmila Web,Emelda Rosmila galeri, Emelda Rosmila foto, Emelda Rosmila portofolio, Emelda Rosmila album, Emelda Rosmila info, Emelda Rosmila filem, Emelda Rosmila terbaru, Emelda Rosmila pos, Emelda Rosmila surat, Emelda Rosmila mail.

Majlis Pertunangan Emelda Rosmila Dan Adlin Aman Ramlie

34578189

prk000012824

Selepas empat tahun bercinta, pelakon dan hos, Emelda Rosmila Abdul Hamid, 29, serta Adlin Aman Ramlie, 37, yang juga anak pasangan pelakon AR Tompel dan Ruminah Sidek mengikat tali pertunangan, semalam.

Emelda atau lebih dikenali dengan panggilan manja Mel, memakai baju kurung rona putih rekaan Kia Konggo dihiasi selendang sedondon memilih hari pertunangan (14/3), sempena tarikh lahirnya yang ke-29.

“Kami sudah merancang majlis ini tahun lalu, tetapi memandangkan bapa saya, Abdul Hamid Mad Ally, 64, meninggal dunia Februari tahun lalu kerana sakit jantung, majlis ini tertunda.

“Lagipun, kesibukan kerja menyebabkan saya dan Adlin terpaksa memikirkan tarikh sesuai untuk pertunangan ini,” kata Emelda selepas majlis itu di rumahnya, Kampung Melayu, Batu Lapan (14/3).

Rombongan Adlin dari Kuala Lumpur yang disertai enam kereta tiba di rumah Emelda jam 12.30 tengah hari dengan membawa tujuh hantaran.

Emelda yang terkenal menerusi drama Manjalara memilih Adlin sebagai suami kerana terpikat dengan kematangan pelakon yang memegang watak sebagai Sultan Mahmud dalam filem Puteri Gunung Ledang itu.

Mel menerima sebentuk cincin emas putih bertatah berlian, sementara Adlin menerima cincin perak sebagai tanda pertunangan.

Mengikut perjanjian, pihak lelaki memberi hantaran RM30,000, mas kahwin RM1,001 dan majlis perkahwinan diadakan 23 Mei ini.

Sementara itu, Adlin yang menyemai harapan bersama Mel sehingga ke akhir hayat berkata, majlis perkahwinan mereka diadakan sederhana dan secara ‘rewang‘ iaitu kenduri gotong-royong di kampungnya di Meru, Klang.





Luna berbuka puasa dengan Ariel

Luna berbuka puasa dengan Ariel

Luna Maya yang dinamakan sebagai suspek dalam kes video lucah bersama kekasihnya, Ariel Peterpan, dilapor berbuka puasa bersama teman lelakinya itu Ibu Pejabat Polis Jakarta, semalam.

Lebih bermakna buat model itu, acara berbuka puasa semalam turut dihadiri bakal mertuanya, ibu bapa Ariel yang kebetulan menemani anak mereka.

“Luna hadir ke sini semalam bagi menemani kekasihnya berbuka puasa. Ibu bapa Ariel turut ada sama,” kata seorang penyiasat di sini hari ini.

Luna yang bakal menyambut hari jadinya yang ke-27 esok juga pasti gembira kerana dia diberi kebenaran untuk meraikannya bersama Ariel yang sedang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Jakarta, di sini.

Jurucakap polis kebangsaan, Marwoto Soeto ketika ditemui hari ini berkata, bagaimanapun aktres itu perlu mengikuti beberapa syarat tertentu.

“Kebetulan esok Luna perlu lapor diri seperti yang diarahkan. Jika sambutan hari lahirnya diadakan di ruang tamu, tiada masalah bagi kami,” katanya.

Berkaitan kes video lucah yang turut melibatkan seorang lagi pengacara televisyen, Cut Tari, beliau berkata, kertas siasatan kedua-dua suspek wanita itu telah dilengkapkan dan akan diserahkan kembali kepada pihak pendakwa raya Jumaat ini.

“Lokasi perbicaraan masih belum ditentukan, tetapi lebih baik jika ia dibuat di lokasi mereka merakam video lucah itu.

“Kita perlu berbincang dengan pendakwa raya untuk tujuan itu dengan mengambil kira beberapa faktor antaranya lokasi kejadian,” ujarnya.

Luna berbuka, Luna berbuka foto, Luna berbuka web, Luna berbuka info, Luna berbuka maklumat, Luna berbuka hiburan, Luna berbuka misteri, Luna berbuka berita, Luna berbuka bio, Luna berbuka malaysia, Luna berbuka kawan, Luna berbuka artis, Luna berbuka bf1

Lagu Dato’ Siti Nurhaliza – Demi Kasih Sayang

Lagu Dato’ Siti Nurhaliza – Biarlah Rahsia, Dato’ Siti Nurhaliza musik, Dato’ Siti Nurhaliza mtv, Dato’ Siti Nurhaliza berita, Dato’ Siti Nurhaliza Web, Dato’ Siti Nurhaliza galeri, Dato’ Siti Nurhaliza foto, Dato’ Siti Nurhaliza portofolio, Dato’ Siti Nurhaliza album, Dato’ Siti Nurhaliza info, Dato’ Siti Nurhaliza filem, Dato’ Siti Nurhaliza terbaru, Dato’ Siti Nurhaliza pos, Dato’ Siti Nurhaliza surat, Dato’ Siti Nurhaliza mail.

Lagu Dato’ Siti Nurhaliza – Demi Kasih Sayang

[media id=92 width=500 height=400]

50


Kegagalan menempatkan diri di tempat terbaik dalam beberapa pertandingan nyanyian berprestij seperti Wirawan Seni Remaja EON, Asia Bagus dan lain-lain bukanlah suatu halangan bagi Siti Nurhaliza. Bagi Siti, di sebalik kegagalan itu, mungkin tersembunyi hikmah yang tersendiri. Malah dia juga sedar persaingan yang harus dihadapinya bersama peserta-peserta lain yang tidak kurang hebatnya. Justeru, Siti sentiasa mengingatkan dirinya agar tidak terlalu kecewa atau cepat berputus asa kerana dia masih mempunyai ruang dan kesempatan yang lain.

Apabila dia mendapat tahu RTM akan menganjurkan pertandingan Bintang HMI, Siti tidak teragak-agak untuk mencuba nasib. Seperti juga pertandingan-pertandingan nyanyian yang lain, dia sering berdebar menunggu jawapan sama ada penyertaannya diterima atau sebaliknya. Namun kerana nasibnya sudah ditentukan, dia berjaya terpilih ke uji bakat Bintang HMI yang diadakan di Kuala Lumpur. Apabila menerima sahaja berita yang dia terpilih ke uji bakat, Siti yang pada ketika itu masih menetap di Kuala Lipis, Pahang, termenung sendirian memikirkan bagaimanakah dia akan memulakan langkah tersebut.
Kuala Lumpur ketika itu terlalu asing baginya, pasti ibu dan bapa merasa sukar untuk melepaskannya sendirian. Bagaimanapun, Siti bernasib baik kerana dia mempunyai abang iaitu Ayie yang ketika itu sememangnya sedang menetap di Kuala Lumpur dan bergelar artis. Kepada Ayie, ibu dan bapanya memberi tanggungjawab untuk menjaga adiknya. Pemergian Siti ke Kuala Lumpur direstui dan diiringi dengan doa. Kehadirannya ke pertandingan uji bakat yang diadakan di Auditorium P. Ramlee dalam keadaan tergesa-gesa akibat hujan lebat di Kuala lumpur sehingga menyebabkan dia terkandas di jalan.
Keadaan yang tidak diingini itu hampir-hampir membuatkan penyertaannya ditolak. Namun selepas menjelaskan keadaan yang sebenar di mana dia datang dari jauh, pihak RTM memahami keadaan itu dan memberi peluang kepada Siti untuk menampilkan persembahan. Dalam keadaan penat dan tidak selesa, Siti bagaimanapun telah memberikan persembahan yang baik menerusi lagu Kaulah Segalanya yang dipopularkan oleh Ruth Sahanaya. Persembahannya mendapat perhatian pihak jura yang sama sekali tidak menyangka, peserta yang datang paling jauh pada hari itu memberikan persembahan yang cukup cemerlang.