Tag Archives: berangan

Michelle berangan berhenti berlakon

Michelle berangan berhenti berlakon

Nama Michelle Williams (gambar)semakin meniti di bibir peminat-peminat industri hiburan atas kecemerlangannya, tetapi dia menyatakan lebih berminat untuk menjadi pencuci kain untuk meneruskan hidupnya satu hari nanti.

Dalam sesi temu bual bersama majalah Hobo baru-baru ini, pelakon filem My Week With Marilyn itu mengaku dia semakin penat dengan suasana Hollywood.

“Saya sering berangan untuk berhenti berlakon dan bekerja sebagai tukang cuci kain atau pembantu tukang masak, mahupun penulis surat cinta kepada orang lain untuk meneruskan hidup.

“Namun yang jelas, saya tidak suka menjadi ketua dan berfikir untuk berhenti berlakon hanyalah umpama menipu diri sendiri.

“Apabila kita merasakan kita ada pilihan, semuanya nampak seperti masih di bawah kawalan tetapi jika ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan, ia menjadi serba tidak kena.

“Bagi saya, apabila kita semakin baik dalam sesuatu perkara, ia akan berlalu pergi dari hidup kita dan sebab itulah saya membayangkan saya ada pilihan lain,” katanya.

Walaupun dalam realitinya, dia belum lagi merancang untuk meninggalkan dunia hiburan, namun Williams yang kini menjalani pengambaran filem Oz: The Great and Powerful bersama Mila Kunis berkata, dia bersedia menempuh cabaran seterusnya.

Michelle, berangan, berhenti, berlakon, Michelle, Williams, meniti, bibir, peminat, industri, hiburan, kecemerlangan, berminat, menjadi, pencuci, kain, hidupnya, nanti, Artis musik, Artis awek, Artis berita, Artis cerita, Artis cinta, Artis foto, Artis gambar, Artis hiburan, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis kl, Artis kontraksi, artis malaysia, Artis Melayu, Artis pilihan, Artis video, berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan Indonesia, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, gambar artis, foto artis, galeri artis, web artis, artis tempatan, Week, With, Marilyn, mengaku, semakin, penat, suasana, Hollywood

Watie tangguh nikah puasa lalu

Watie tangguh nikah puasa lalu

Terjerat dengan pelbagai kontroversi, Watie Sadali mengakui dia sedikit tertekan dengan perjalanan kehidupannya sekarang.

Pernah berangan untuk mengundurkan diri daripada bidang seni ini, Watie bagaimanapun terpaksa melupakan hasratnya kerana ini merupakan punca rezeki utamanya untuk membesarkan anak tunggalnya, Afiq Danial, 7 tahun.

Diheret dengan pelbagai masalah, Watie sebaiknya enggan membawa perkara ini ke tengah dan kebiasaannya hanya mendiamkan diri kerana enggan menimbulkan masalah yang lebih besar.

Terkilan dengan apa yang berlaku ke atas dirinya, jelas Watie, dia paling terkesan dengan kontroversi yang mengatakan dirinya seorang perampas, apabila dia dituduh menyebabkan perkahwinan pelakon, Joey dan isterinya berantakan.

Lantas disebabkan perkara ini juga, Watie yang menjadualkan pernikahan bersama Joey pada bulan Ramadhan yang lalu terpaksa menangguhkan niat mereka untuk membina masjid kerana enggan perkara ini menjadi lebih keruh.

“Saya tidak pernah melarikan diri daripada kontroversi, namun ada ketikanya saya terkilan dengan kontroversi yang datang dalam kerjaya dan kehidupan saya sehingga membuatkan saya mahu merajuk dan berhenti daripada terus aktif. Tapi saya harus terima semua ini sebab ini sahaja punca rezeki saya dan saya harus bekerja untuk menjaga Afiq Danial. Masalah saya bersama Joey masih lagi tergantung, walaupun selepas Joey telah sah bercerai dengan isterinya, namun ia bukan satu perkara yang mudah untuk kami berdua. Ramai yang cakap, bila kes Joey selesai, senang untuk kami bersama, sebenarnya tidak sebab masih banyak perkara yang belum selesai antara saya, dia dan bekas isterinya.

“Sebenarnya kami merancang untuk nikah bulan puasa yang lalu, tetapi apabila keluar satu kenyataan daripada bekas isterinya dalam salah satu media, saya terpaksa bukan keputusan untuk batalkan rancangan ini, sebab saya sangat terkilan dengan apa dikatakan oleh bekas isterinya itu. Jadi buat masa ini, hubungan saya dan Joey masih tergantung buat sementara waktu, dan kami perlukan sedikit masa untuk selesaikan dahulu apa yang perlu” luah Watie.

Bertanyakan tentang teman lelakinya, Joey, jelas Watie dia sangat menyayangi Joey kerana sifat lelaki itu yang sangat baik dan dilihat seperti lelaki Melayu terakhir.

“Joey tidak ada cacat celanya, dia terlalu baik sehinggakan dia sanggup menerima apa sahaja keputusan saya sekarang ini. Dia tidak pernah memaksa, dan apa sahaja keputusan yang saya buat diterima dengan begitu baik sekali. Saya sangat sayangkan dia, walaupun dia bukanlah lelaki yang kaya ataupun siapa-siapa, bagi saya yang sudah pernah berkahwin, lelaki sepertinya sangat sukar untuk ditemui dan dia ibarat lelaki Melayu terakhir” jelas Watie yang terlibat dalam drama bersiri, Cuak di Astro Citra.

Watie foto, Watie hiburan, Watie info, Watie menarik, Watie menawan, Watie aktris, Watie pelakon malaysia, Watie mtv, Watie musik, Watie popular, Watie seksi, Watie terbaru, Watie terkenal, Watie terkini, Watie web, Watie, tangguh, nikah, puasa, Terjerat, kontroversi, Watie, Sadali, sedikit, tertekan, perjalanan, berangan, mengundurkan, bidang, seni, hasratnya, punca, rezeki, membesarkan, anak, tunggalnya, Afiq Danial