Tag Archives: berhenti

Michelle berangan berhenti berlakon

Michelle berangan berhenti berlakon

Nama Michelle Williams (gambar)semakin meniti di bibir peminat-peminat industri hiburan atas kecemerlangannya, tetapi dia menyatakan lebih berminat untuk menjadi pencuci kain untuk meneruskan hidupnya satu hari nanti.

Dalam sesi temu bual bersama majalah Hobo baru-baru ini, pelakon filem My Week With Marilyn itu mengaku dia semakin penat dengan suasana Hollywood.

“Saya sering berangan untuk berhenti berlakon dan bekerja sebagai tukang cuci kain atau pembantu tukang masak, mahupun penulis surat cinta kepada orang lain untuk meneruskan hidup.

“Namun yang jelas, saya tidak suka menjadi ketua dan berfikir untuk berhenti berlakon hanyalah umpama menipu diri sendiri.

“Apabila kita merasakan kita ada pilihan, semuanya nampak seperti masih di bawah kawalan tetapi jika ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan, ia menjadi serba tidak kena.

“Bagi saya, apabila kita semakin baik dalam sesuatu perkara, ia akan berlalu pergi dari hidup kita dan sebab itulah saya membayangkan saya ada pilihan lain,” katanya.

Walaupun dalam realitinya, dia belum lagi merancang untuk meninggalkan dunia hiburan, namun Williams yang kini menjalani pengambaran filem Oz: The Great and Powerful bersama Mila Kunis berkata, dia bersedia menempuh cabaran seterusnya.

Michelle, berangan, berhenti, berlakon, Michelle, Williams, meniti, bibir, peminat, industri, hiburan, kecemerlangan, berminat, menjadi, pencuci, kain, hidupnya, nanti, Artis musik, Artis awek, Artis berita, Artis cerita, Artis cinta, Artis foto, Artis gambar, Artis hiburan, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis kl, Artis kontraksi, artis malaysia, Artis Melayu, Artis pilihan, Artis video, berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan Indonesia, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, gambar artis, foto artis, galeri artis, web artis, artis tempatan, Week, With, Marilyn, mengaku, semakin, penat, suasana, Hollywood

Nazirah berhenti kerja demi Nabil

Nazirah berhenti kerja demi Nabil

Sah bergelar suami isteri selepas di ijabkabulkan tanggal 30 September yang lepas, pelakon dan pelawak, Ahmad Nabil Ahmad, 28 tahun dan pasangannya, Nazirah Ayub, 22, kini bersedia untuk mengharungi segala ombak dan badai yang mungkin akan menduga mereka nanti.

Memahami tugas suaminya sebagai penghibur yang mempunyai ribuan peminat, menurut Nazirah atau zira, dia bukanlah seorang wanita yang terlalu cemburu dan menerima kerjaya Nabil dengan sebaik mungkin.

“Saya menerima dirinya dan kerjayanya sekali, jadi saya faham tugas dia dan tidak cemburu. Lagipun, saya memang bukan perempuan yang mudah cemburu” jelas Nazirah yang merancang untuk mengerjakan umrah bersama Nabil.

Berhasrat untuk menimang tiga orang anak dalam perkahwinan ini, Nabil bagaimanapun mengakui dia dan isterinya, masih belum sedia untuk memiliki anak dalam masa terdekat ini.

“Buat masa ini, untuk tahun pertama berkahwin, saya rasa biarlah kami berdua dahulu. Mungkin tahun kedua nanti baru kami fikirkan soal anak. Walaupun begitu, saya merancang untuk memiliki tiga orang anak” jelas Nabil.

Tidak Bekerja

Nazirah yang sebelum ini merupakan seorang pramugari nekad berhenti kerja semata-mata untuk memberi tumpuan dalam rumah tangga.

“Sekarang saya tumpukan perhatian dalam rumah tangga sahaja, mungkin selepas memiliki anak pertama barulah saya akan fikirkan untuk bekeja semula, tetapi bukan lagi sebagai pramugari” jelas Nazirah.

Nazirah, berhenti, kerja, demi, Nabil, Sah, bergelar, suami, isteri, ijabkabulkan, tanggal, September, lepas, pelakon, pelawak, Ahmad Nabil Ahmad, tahun, pasangannya, Nazirah Ayub, artis melayu, artis seksi, artis malaysia, artis hiburan, artis foto, artis gambar, hiburan artis, hiburan cinta, artis wanita, aktres seksi, Nazirah berhenti foto, Nazirah berhenti galeri, Nazirah berhenti mtv, Nazirah berhenti portofolio, Nazirah berhenti pos, Nazirah berhenti seksi, Nazirah berhenti seksi, Nazirah berhenti terbaru, Nazirah berhenti Web, galeri, imej, Imej Terbaru Nazirah, berhenti, pramugari