Tag Archives: berlakon

Michelle berangan berhenti berlakon

Michelle berangan berhenti berlakon

Nama Michelle Williams (gambar)semakin meniti di bibir peminat-peminat industri hiburan atas kecemerlangannya, tetapi dia menyatakan lebih berminat untuk menjadi pencuci kain untuk meneruskan hidupnya satu hari nanti.

Dalam sesi temu bual bersama majalah Hobo baru-baru ini, pelakon filem My Week With Marilyn itu mengaku dia semakin penat dengan suasana Hollywood.

“Saya sering berangan untuk berhenti berlakon dan bekerja sebagai tukang cuci kain atau pembantu tukang masak, mahupun penulis surat cinta kepada orang lain untuk meneruskan hidup.

“Namun yang jelas, saya tidak suka menjadi ketua dan berfikir untuk berhenti berlakon hanyalah umpama menipu diri sendiri.

“Apabila kita merasakan kita ada pilihan, semuanya nampak seperti masih di bawah kawalan tetapi jika ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan, ia menjadi serba tidak kena.

“Bagi saya, apabila kita semakin baik dalam sesuatu perkara, ia akan berlalu pergi dari hidup kita dan sebab itulah saya membayangkan saya ada pilihan lain,” katanya.

Walaupun dalam realitinya, dia belum lagi merancang untuk meninggalkan dunia hiburan, namun Williams yang kini menjalani pengambaran filem Oz: The Great and Powerful bersama Mila Kunis berkata, dia bersedia menempuh cabaran seterusnya.

Michelle, berangan, berhenti, berlakon, Michelle, Williams, meniti, bibir, peminat, industri, hiburan, kecemerlangan, berminat, menjadi, pencuci, kain, hidupnya, nanti, Artis musik, Artis awek, Artis berita, Artis cerita, Artis cinta, Artis foto, Artis gambar, Artis hiburan, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis kl, Artis kontraksi, artis malaysia, Artis Melayu, Artis pilihan, Artis video, berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan Indonesia, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, gambar artis, foto artis, galeri artis, web artis, artis tempatan, Week, With, Marilyn, mengaku, semakin, penat, suasana, Hollywood

Bienda Terus Berlakon

Bienda Terus Berlakon

Biarpun mengalami alahan teruk sehingga hari ini, Bienda tidak merancang untuk berehat daripada menerima sebarang tawaran berlakon atau mengacara sehingga usia kandungannya mencecah sembilan bulan.

Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli yang sudah hamil empat bulan berharap akan terus menerima tawaran berlakon.

Anak kepada penyanyi Sheeda ini mengakui selektif memilih watak kerana tidak mahu mengambil risiko ke atas kandungan pertamanya itu.

“Buat masa ini saya terpaksa berehat dahulu memandangkan keadaan saya kurang sihat. Alahan yang saya hadapi sangat teruk menyebabkan berat saya turun secara mendadak. Selepas menerima rawatan, kini saya semakin sihat. InsyaAllah dalam dua minggu lagi saya boleh kembali berlakon mahupun mengacara sekiranya kesihatan mengizinkan” katanya ketika dihubungi Zass semalam.

“Saya rasa kekok duduk di rumah lama-lama. Rasa bosan pun ada. Apabila menonton televisyen, rasa cemburu tengok pelakon lain dan saya hanya duduk sahaja. Kerana itu saya berazam untuk terus aktif walaupun dapat berlakon beberapa babak sahaja” katanya.

Biarpun jadual kerjayanya sudah tidak seperti dahulu lagi, Bienda tetap mendapat sokongan suaminya untuk terus aktif.

“Saya pernah berhasrat untuk tidak terlalu aktif demi menjaga kandungan pertama ini. Tapi, saya rindu untuk ke lokasi dan berlakon. Kerana itu, saya tekad untuk aktif semula. Dalam masa sama, ia juga seperti senaman untuk saya. Lagipun, suami memberi keizinan kepada saya” katanya.

Mengakui teruja merasai nikmat menjadi seorang ibu, Bienda berharap dirinya akan beransur sihat dan dapat melakukan pelbagai aktiviti seperti sedia kala.

Bienda, Terus, Berlakon, mengalami, Bienda, merancang, berehat, menerima, tawaran, berlakon, mengacara, usia, mencecah, sembilan, bulan, Nor Razlinda Razli, hamil, empat, bulan, berharap,  menerima, tawaran, berlakon, Anak, penyanyi, Sheeda, mengakui, selektif, watak, mengambil, risiko, kandungan, pertamanya, senaman, suami, keizinan, aktiviti, beransur, sihat, artis melayu, artis malaysia, hiburan tempatan, artis wanita, hiburan terkini, artis cantik, hiburan asia, artis foto, artis gambar

Miera Liyana Tak Gila Populariti

Miera Liyana Tak Gila Populariti

GADIS remaja ini masih terlalu ‘hijau’untuk mengenali sepak terajang dunia seni. Malah, daripada tutur bicara dan bahasa tubuhnya sahaja jelas mempamerkan pemilik nama Miera Leyana Kasmi, 17, atau mesra disapa Miera ini masih naif untuk mengharungi pancaroba sebagai anak seni.
Namun, berbekalkan minat yang mendalam terhadap dunia lakonan, dia sanggup belajar dan menerima pelbagai cabaran termasuklah mendapat kecederaan di lokasi penggambaran semata-mata untuk menjadi pelakon yang berkaliber.

Melihat kesungguhan dan keletahnyabercerita, gadis kelahiran Johor Bahru, Johor ini lantas diuji dengan pertanyaan sejauh manakah dia merasakan populariti itupenting bagi pendatang baru sepertinya.

Sambil tersenyum, Miera menjawab, niatdan tujuannya menceburi dunia lakonan bukan untuk mengejar populariti dan status glamor seperti kebanyakan anak seni lain. Sebaliknya, semangat dan minat terhadapbidang itu yang mendorong gadis manis iniuntuk terjun ke pentas lakonan.

“Saya menceburi bidang lakonan sebab minat dan hobi saya yang suka berlakon. Terus-terang saya katakan, saya suka berlakon dan tidak kisah pun tentang glamor. Saya juga tidak gilakan populariti.

“Jika diikutkan memang tiada seorang pun dalam keluarga yang terlibat dalam bidang seni. Kira, saya adalah yang pertama dalam keluarga yang terjun ke dalam bidang ini.

“Pada awalnya, agak susah juga untuk meyakinkan ibu bapa dan keluarga. Namun, mujurlah selepas berbincang mereka memahami minat saya dan memberikan ‘lampu hijau’ untuk saya bergiat serius, dengan syarat saya perlu bijak menguruskan pelajarandan menjaga nama baik dan maruah keluarga,” katanya.

Bercerita lagi, Miera berpendapat, minat terhadap lapangan seni ini hanyalah bersifat sementara dan tidak kekal.

Walaupun aktif berlakon pada waktu ini, dia bagaimanapun tidak merancang untuk menjadikan bidang ini sebagai kerjaya.

Pada Miera, berlakon hanya sekadar hobidan bukanlah sesuatu yang akan terus dilakukannya pada masa depan. Tambahan pula bagi gadis remaja sepertinya yang masih di bangku sekolah, tentunya dia menyimpan impian dan cita-cita sendiri untuk hari muka.

Jika diizinkan Tuhan, Miera bercitacitauntuk meneruskan pengajian dalam bidang undang-undang selepas tamat persekolahan demi untuk merealisasikan impian bergelarseorang peguam satu hari nanti.

“Saya tidak kisah pun jika tidak dikenali kerana bagi saya bidang lakonan ini hanyalah sebagai hobi dan suka-suka. Saya tidak fikir akan terus kekal berlakon sampai bila-bila. Lakonan hanyalah minat dan hobi saya.

“Sudah tentulah sebagai remaja saya ada cita-cita dan impian lain di masa depan. Sebenarnya saya berhasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang selepas tamat sekolah nanti sebab hendak jadi peguam,” katanya.

Sebagai orang baru, Miera tidak pernah bersendirian melayari perjalanan karier yangberusia kurang dari tiga tahun ini. Katanya,apabila melibatkan soal lakonan, dia sentiasa diawasi oleh ibu yang setia di sisi pada setiap waktu.

Tidak kiralah apa jua bentuk tawaran dan waktu yang terpaksa diluangkan, dia mengakui cukup bertuah kerana memiliki orang tua yang bukan sahaja memahami, malah menyokong minatnya itu.

“Saya sangat bertuah kerana memilikiibu bapa yang bukan hanya menyokongmalah sentiasa berada di sisi saya untuksetiap urusan lakonan saya. Ibu terutamanyasanggup menemani saya di lokasi berjamjamlamanya untuk memantau keselamatandan gerak-geri saya.

“Maklumlah, saya masih belasan tahundan terlalu naif dalam bidang ini jadi ibulebih senang untuk menemani saya padasetiap masa. Sokongan itu membuatkan sayaselesa dan sedar bahawa mereka memangterbuka dan memahami kecenderungansaya,” katanya lagi.

Bercerita lanjut, ujarnya, demipeperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)yang bakal diduduki pada hujung tahunini, dia kini mula memperlahankan rentaklakonannya untuk fokus kepada pelajaran.

“Selepas menamatkan penggambaranfilem Apokalips baru-baru ini, sebolehnyasaya mahu memperlahankan rentaklakonan buat masa ini sebab inginmenumpukan perhatian pada pelajaran.

Peperiksaan SPM pun hanya tinggalbeberapa bulan saja, jadi saya perlu berikeutamaan pada pelajaran dulu,” katanya.

Koyak tisu kaki dan bengkak lengan

Bergelar remaja, Miera mengakui,dia cintakan cabaran. Berpegang padakenyataan itu jugalah gadis yang menetapdi Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpurini sanggup meneruskan komitmennyadalam filem Apokalips walaupun setelah mendapatkan kecederaan yang serius di lokasi penggambaran filem itu, baru-baruini.

Menurut Miera kecederaan yangmenyebabkan tisu kakinya koyak danlengannya bengkak dan lebam itu berlakuketika dia dan beberapa pelakon lain terlibat dalam sebuah babak pertarungan.

Namun, dek keterujaan dan semangatnyayang berkobar-kobar untuk menjayakanwatak Qi Qi yang bergandingan denganAman Chai (lakonan Adam AF), Mieraenggan berehat selepas mendapat rawatan.Malah, dia meminta kebenaran kepadapengarah Mamat Khalid untuk meneruskanbabak-babaknya seperti biasa.

“Gara-gara terlalu teruja ketika berlakondalam filem itu, saya mendapat kecederaanyang agak serius ketika terlibat dalam babakpertarungan secara beramai-ramai sehinggatisu kaki saya koyak dan lengan menjadibengkak dan lebam.

“Walaupun pihak produksi arahkan sayasupaya berehat sahaja selepas dirawat tetapisaya tidak mahu sebab hendak teruskanjuga. Mungkin sebab saya masih muda danterlalu teruja dengan cabaran-cabaran dilokasi penggambaran memberikan kekuatanitu,” ceritanya yang bakal dilamar untuksekuel filem itu pada hujung tahun ini.

Miera Liyana, Miera Liyana foto, Miera Liyana web, Miera Liyana info, Miera Liyana maklumat, Miera Liyana hiburan, Miera Liyana misteri, Miera Liyana berita, Miera Liyana bio, Miera Liyana malaysia, Miera Liyana kawan, Miera Liyana artis, Miera Liyana bf1