Tag Archives: berwajah

Fiza Sering Fikir Nak Berubah

Fiza Sering Fikir Nak Berubah

Pelakon Fiza Halim atau Fiza Elite tidak pernah sunyi dengan cerita kontroversi. Kisah rumah tangga percintaan serta imejnya yang seksi sering jadi perbualan.

Kini pada usia yang baru mencecah 30 tahun pada 18 Ogos lalu, Fiza berasakan dirinya mahu berubah. Malah dia juga sudah terfikir untuk menukar imej kepada wanita bertudung. Dia menunggu serunya betul-betul sampai untuk menukar imej.

“Memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja. Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita berubah dalaman juga. Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?… tapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung… itulah dia” kata Fiza pasal perasaan dalam dirinya sekarang.

Dia tidak melalui apa-apa perkara pelik atau sesuatu yang menggerakkannya, sebaliknya ia datang dengan sendiri. Apatah lagi cabaran membesarkan anak sendirian, serta hubungannya dengan lelaki yang tidak menjadi.

“Secara tiba-tiba sahaja ia datang. Saya ada tanya kepada kawan-kawan pasal perasaan saya. Ada yang menyokong dan ada yang meminta saya bersabar kerana takut ia bukan datang dari dalam hati saya secara ikhlas. Saya tak tahu pasal apa… tapi sejak memikirkan mahu berubah, saya sudah memberikan baju-baju lama yang seksi kepada orang lain. Kalau membeli baju baru, saya pilih yang longgar. Saya fikir juga apa yang membuatkan saya jadi macam ini.

Saya teringat kata-kata saya sendiri yang pernah cakap kepada bekas suami untuk bertudung bila usia dan mencecah 30 tahun. Saya cakap kepada dia sejak lama dulu semasa saya berehat daripada berlakon. Agaknya kerana itulah saya mula terfikir pasalnya bila benar-benar dah masuk usia 30 tahun ini. Lagi satu, saya pernah melihat seorang kenalan yang melalui kesukaran selepas meninggal dunia.

Arwah meninggal ketika memakai pewarna di kuku. Bila dia meninggal, pewarna itu payah ditanggalkan membuatkan urusan kematiannya menjadi lambat. Saya terkenang-kenanag juga pasal perkara itu dan insaf apabila melihat keadaan jenazah” kata Fiza lagi.

Fiza juga tidak ghairah mencari peluang berlakon sehingga menjadikannya seorang ibu yang sibuk. Dia hanya berlakon sekadar memenuhi keperluan hidupnya dan anak-anak sahaja. Anak-anak menjadi keutamaannya sekarang.

“Kalau saya tiba-tiba nak bertudung, saya tak akan menjejaskan mana-mana pihak sebab saya tak banyak komitmen dengan produksi” katanya lagi.

Teliti cari teman hidup

Fiza sekarang selesa bersendirian membesarkan anak-anaknya Ferra Aryanna, 4, dan Feeya Adyria, 3. Bukan tak ada lelaki yang mendekati, tetapi hatinya belum terbuka sebab nampak kekurangan yang ada dalam lelaki yang didampinginya.

“Bukannya nak membandingkan, tapi saya akui payah nak jumpa lelaki macam bekas suami saya. Saya akui ada salah daripada saya sendiri. Semasa ada, saya buat kesilapan sehingga jadi macam ini (bercerai). Saya tak tahulah… bila dah lama berkawan akhirnya saya rasa saya tak boleh nak teruskan untuk tinggal bersama, sebab itu banyak tak menjadi” kata Fiza lagi.

Fiza masih berkawan dengan bekas suami dan keluarganya. Malah pada hari raya nanti, dia dan anak-anak akan beraya di rumah bekas mertua dahulu sebelum balik beraya di rumah keluarganya di Pulau Pinang.

Fiza majalah, Fiza model, Fiza treler, Fiza video, foto Fiza, Fiza aktris, Fiza tv, Pelakon,  berwajah, Fiza model, Fiza filem, Fiza cantik, Fiza penyanyi, Fiza album, Fiza artis malaysia, gambar Fiza, foto Fiza, galeri Fiza, Fiza seksi, Fiza web, Fiza profil, Pelakon, Fiza Halim,  Fiza, Elite, sunyi, cerita, kontroversi, Kisah, rumah, tangga, percintaan, imejnya, seksi, sering perbualan, Kini, usia, baru, mencecah, tahun, Ogos, lalu, Fiza, dirinya, mahu, berubah, Malah, juga, sudah, terfikir, menukar, imej, wanita, bertudung, menunggu, serunya, sampai, menukar, imej, menyokong, meminta, saya, bersabar, datang, hati, secara, ikhlas

Zain nak cari tapak di Indonesia

Zain nak cari tapak di Indonesia

Pelakon kacak berwajah Inggeris, Zain Saidin sudah lebih setahun menjadi pelakon sepenuh masa. Lakonannya semakin baik dan peminatnya juga bertambah ramai. Tapi nampaknya wajah kacukan miliknya tidak membawa tuah.

Dia sukar mendapat tawaran melakonkan watak utama dalam drama lakonan kerana tidak memenuhi tuntutan skrip yang menampilkan pemuda Melayu sebagai peran utama. Zain terus dapat peluang dengan watak pembantu.

Ia pasti menimbulkan rasa tidak selesa apatah lagi dia tidak pernah merasakan dirinya sebagai orang asing kerana dibesarkan dengan cara Melayu sepenuhnya. Sedikit sebanyak situasi itu membuatkan Zain mula terfikir untuk mencari peluang di Indonesia.

Sementelah wajah persisnya memang mudah mendapat peluang dalam drama di sana. Wajah pan asian bukanlah masalah besar, malah memberi kelebihan kepada pelakon Indonesia. Lihat saja Ashraff Sinclair dan Miller. Apatah lagi bayaran berlakon di sana lebih lumayan bagi pelakon popular.

“Sebenarnya saya sudah dapat tawaran untuk berlakon di sana. Sudah beberapa pihak menyatakan kesediaan menerima saya. Saya menunggu masa yang sesuai untuk ke sana. Suami kakak saya, Sashakan orang sana, jadi dia ada kenalan yang bekerja dalam produksi.

Tapi saya belum bersedia kerana mahu menempatkan nama di sini dulu. Saya rasa nama saya belum cukup kuat di Malaysia.

Tapi kalau dalam masa setahun lagi saya masih lagi berada di peringkat ini, barulah saya akan mencuba nasib di sana pula. Bukannya membawa diri, sebaliknya mencari peluang untuk meningkatkan diri dalam bidang lakonan. Saya juga belum boleh bertutur bahasa Indonesia dengan baik, jadi dalam tempoh itu saya boleh belajar” kata Zain.

Zain, tapak, Indonesia, foto, Zain galeri, zain pelakon, Zain galeri foto, Zain gambar, Zain majalah, Zain model, Zain treler, Zain video, foto Zain, Zain aktor, Zain tv, Pelakon, kacak, berwajah, Inggeris, Zain Saidin, setahun, pelakon, sepenuh, masa, Lakonannya, baik, peminatnya, bertambah, rama, nampaknya, wajah, kacukan, membawa, tuah, sukar, mendapat, tawaran, melakonkan, watak, utama, drama, lakonan, memenuhi, tuntutan, skrip, menampilkan, pemuda, Melayu, peran, utama, Zain, dapat, peluang, watak, pembantu