Tag Archives: Bunkface

Butterfingers Rocking Istana Budaya!

Butterfingers ,Butterfingers Artist,Butterfingers lagu,Butterfingers musik,Butterfingerse mtv, Butterfingers berita, Butterfingers Web,Butterfingers galeri,Butterfingers foto,Butterfingers portofolio,Butterfingers album,Butterfingers info,Butterfingers film,Butterfingers terbaru,Butterfingers pos ,Butterfingers surat ,Butterfingers mail.

Butterfingers Rocking Istana Budaya!

2509716338_5484856e22

KUALA LUMPUR, 14 Jan 2008: Sejak kembalinya Butterfingers menerusi album studio keenam mereka, Kembali yang sudah pun 6 bulan berada di pasaran, band muzik Indie ini terus bergerak padu dalam mencetuskan ruang kreativiti baru dalam penghasilan muzik grunge butter mereka.

Kembalinya mereka pada saat dan waktu yang cukup tepat iaitu ketika scene muzik independent tempatan kembali bernafas semula dan sedang berada di kemuncaknya menerusi kemunculan pelbagai band indie baru yang berkaliber.

Bersama band indie yang baru ini, Butterfingers telah berjaya untuk mengetengahkan muzik mereka dengan lebih komersial lagi apabila ia mendapat liputan yang cukup meluas di kalangan pihak media, stesen radio dan televisyen tempatan.

Bagi meraikan kejayaan ini, Butterfingers bakal mengadakan konsert terbesar mereka menerusi yang akan diadakan di Dewan Lambang Sari, Istana Budaya (IB) pada 17 dan 18 Januari ini. Konsert ini menyaksikan kemunculan Butterfingers menerusi 4 siri persembahan yang berbeza bersama band undangan lain seperti Bunkface dan Hujan.

Pemain gitar Butterfingers, Loque ketika ditemui sewaktu menghadiri Festival Youth 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini berkata, konsert itu diadakan sebagai satu usaha untuk menaiktarafkan lagi muzik butter ke satu tahap atau peringkat yang lebih baik lagi.

“Lagipun, sampai bila kita hendak main di gigs atau konsert biasa saja. Sesekali kita kena juga tunjuk skil dengan bermain di tempat yang berprestij seperti di Istana Budaya. Sedikit sebanyak, ia juga boleh menguji skil dan kemampuan kami dalam bermain muzik.

“Pemilihan Istana Budaya juga adalah kemuncak kepada kembalinya Butterfingers menerusi album Kembali kerana selepas ini saya akan kembali meneruskan semula pengajian Berklee, manakala Emmet (vokalis) akan mula bekerja di Kanada.

“Ketiadaan kami nanti bererti Butterfingers akan senyap semula untuk tempoh waktu yang seketika dan kemudian apabila kami kembali semula, kami akan kembali secara all out. Di waktu penyepian kami ini nanti, kami akan berusaha untuk mengumpul sebarapa banyak bahan lagu dan memastikan ia akan muzik butter lebih padu daripada apa yang telah kami hasilkan setakat ini,” katanya.

Kesemua 4 siri persembahan daripada Butterfingers ini akan dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi pertama yang akan diadakan pada 17 Januari ini adalah 1996-2001 Unplugged dan Mari Hidup Kembali: Sesi Gitar Kapok. Ia turut membabitkan persembahan daripada band undangan Bunkface serta Hujan.

Bagi sesi kedua yang kan diadakan pada 18 Januari pula nanti adalah Transcendence: 10 year Anniversary Rock Out serta Mari Hidup Kembali: Sesi Gitar Karan dan ia akan menyaksikan Butterfingers rocking bersama himpunan lagu hits daripada 6 album mereka – 1.2 Miligrams, Butterworth Pushful, Trancendence, Malayneum, Selamat Tinggal dan Kembali.

Tiket untuk menyaksikan setiap siri persembahan ini berharga RM35. Bagi anda yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan keempat-empat siri persembahan, tiket dijual pada harga RM120. Jumpa di sana!

Bunkface Hangatkan Sunburst KL 2009

Bunkface ,Bunkface Artist,Bunkface lagu,Bunkface musik,Bunkface mtv, Bunkface berita, Bunkface Web,Bunkface galeri, Bunkface foto,Bunkface portofolio,Bunkface album,Bunkface info,Bunkface film,Bunkface terbaru,Bunkface pos ,Bunkface surat ,Bunkface mail.

Bunkface Hangatkan Sunburst KL 2009

l_6613cb2c71c82aca74c66d9288e27581

KUALA LUMPUR, 17 FEB 2009: Diberi peluang menjayakan festival muzik antarabangsa Sunburst KL 2009 yang bakal berlangsung bulan depan barangkali menjadi salah satu pencapaian terbaik bagi kumpulan Bunkface.

Lebih-lebih lagi apabila mereka dapat beraksi bersama barisan artis antarabangsa terkemuka serta beberapa band Indie senior lain iaitu Butterfingers, Meet Uncle Hussain serta Estranged.

“Kami rasa seperti tidak percaya apabila pihak penganjur menawarkan kami peluang untuk beraksi dalam Sunburst KL 2009. Maklumlah, kebanyakan artis yang pernah beraksi sebelum ini adalah dari kalangan mereka yang sudah established.

“Apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan kami yang masih setahun jagung ini. Tapi, dengan kepercayaan yang diiberikan ini, kami akan cuba sedaya upaya untuk membuat yang terbaik.

“Kami akan berusaha keras untuk memastikan persembahan kami nanti mempunyai tahap yang boleh dibanggakan atau pun setidak-tidaknya boleh dianggap setanding dengan band senior lain yang bakal beraksi nanti,” kata vokalisnya, Sam.

Berbeza pula dengan Butterfingers, kehadiran artis luar terkenal dalam festival muzik tidak sedikit pun membuatkan mereka rasa teruja, sebaliknya mereka lebih menekankan kepuasan peminat menerusi corak  persembahan mereka pada malam itu nanti.

“Sudah tentulah kami akan rasa seronok jika digandingkan bersama artis luar ini di atas pentas yang sama. Lebih-lebih lagi, kalau artis luar itu adalah Coldplay sebagaimana yang khabarkan sebelum ini.

“Tapi, ia bukanlah matlamat utama kami menerima tawaran untuk beraksi dalam Sunburst kali ini. Apa yang kami lakukan ini tidak lebih semata-mata untuk meraikan kemunculan kami bersama album Kembali. Malangnya, untuk persembahan ini, Loque tidak akan dapat bersama-sama dengan kami kerana dia sudah terbang ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pengajiannya di Berklee.

“Tentu dia akan rasa cemburu apabila mendapat tahu kami akan beraksi dalam festival muzik besar itu. Bagaimanapun tempat Loque akan digantikan dengan pemuzik lain yang tidak kurang hebatnya,” kata vokalisnya, Emmet.

Sementara itu, Estranged yang sekali lagi terpilih menganggap bahawa pemilihan mereka itu adalah bukti keyakinan pihak penganjur yang tidak berbelah-bagi terhadap kemampuan mereka selama ini.

“Yalah, bukan senang bagi penganjur untuk menawarkan sesebuah band muzik beraksi buat kali kedua berturut-turut. Atas sebab itu, kami ingin mengambil peluang ini untuk menonjolkan sesuatu yang baru atau lain daripada Estranged yang mungkin peminat tidak pernah tahu.

“Kami harap kali ini kami akan berjaya tampilkan apa yang ingin kami tampilkan. Itu pun kalau penganjur dapat mengikut tempoh masa show sepertimana yang telah ditetapkan di dalam jadual mereka.

“Sebab tahun lalu, penganjur berhadapan dengan masalah untuk menangani perkara ini. Kami tidak salahkan mereka kerana itu adalah percubaan pertama mereka menganjurkan festival muzik Sunburst. Jadi mestilah ada kelemahannya,” kata vokalisnya, Rich.

Meet Uncle Hussein yang turut diberi peluangkali kedua beraksi dalam Sunburst KL 2009 ini pula berazam untuk memberikan persembahan yang lebih baik lagi berbanding tahun lalu.

“Banyak benda yang kalau boleh ingin kami pelajari dalam festival ini nanti. Lebih-lebih lagi bila dapat bergandingan dengan artis luar dalam satu pentas yang sama. Orang selalu kata, kalau kita ingin berjaya, kita harus belajar dari orang yang berjaya,” katanya.

Sunburst KL 2009 anjuran Pineapple Concerst Sdn Bhd bakal diadakan di Polo Pavillion, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort pada 21 Mac ini.


Bunkface – Silly Lily

Bunkface, Bunkface, Bunkface musik, Bunkface mtv, Bunkface berita, Bunkface Web, Bunkface galeri, Bunkface foto, Bunkface portofolio, Bunkface album, Bunkface info, Bunkface film, Bunkface terbaru, Bunkface pos, Bunkface surat, Bunkface mail.

Bunkface – Silly Lily

[media id=2 width=500 height=400]

bunkface-large-msg-12338867789