Tag Archives: cerita

Shikin ada masalah ke?

Shikin ada masalah ke?

Beberapa kali juga Che Li nampak penyanyi dangdut Shikin hadir ke majlis rumah terbuka dengan hanya ditemani anaknya sahaja. Mengapa tak bersama suami?

Tak lama dulu ada juga khabar tak baik pasal mereka yang dikatakan mengalami masalah. Tapi selepas itu Che Li ada jumpa mereka dalam satu majlis bersama-sama. Sahlah cerita tak elok pasal rumah tangga mereka tidak benar.

Tapi baru-baru ini ada juga orang industri tanyakan Che Li pasal mereka. Che Li kata tak tahu sajalah sebab daripada pertemuan lalu itu Che Li buat andaian mereka masih rukun dan tiada masalah.

Bila bertemu Shikin tu, Che Li ada buat-buat tanya. Shikin hanya tergelak mengatakan suaminya bekerja pada hari itu. Sebab itu tak dapat nak bersama-sama menghadiri majlis rumah terbuka anjuran rakan-rakan media. Semasa hadir ke rumah terbuka seorang rakan artis pun Shikin kelihatan bersama anak dan rakannya.

Bila dibuat-buat tanya lagi Shikin ada buka mulut sedikit. Daripada apa yang dicakapkannya… bunyinya macam ada sedikit masalah. Tapi belumlah parah sebab mereka masih lagi tinggal bersama.

Shikin, ada, masalah, Beberapa, kali, Che Li, nampak, penyanyi, dangdut, hadir, majlis, rumah, terbuka, hanya, temani, anaknya, khabar, mereka, mengalami, masalah, selepas, satu, majlis, bersama, Sahlah, cerita, pasal, rumah, tangga, benar, Artis foto, Artis gambar, Artis hiburan, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis kl, Artis kontraksi, artis malaysia, Artis Melayu, Artis pilihan, Artis video, asam pedas ikan, berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan bf1, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan Indonesia, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan musik, Berita Hiburan pilihan

Gambar Marsha Kelihatan Sihat dan Cantik!

Gambar Marsha Kelihatan Sihat dan Cantik!

Marsha baru-baru ini ditemui ketika dia menghadiri majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh Alibi Music Sdn. Bhd. Memang sungguh ayu dan cantik sekali Marsha ketika itu, bahkan dirinya sangat sihat selepas cerita 2 minggu yang lalu dimana dia dianggap menelan 30 biji pil.

Tapi isu itu adalah dusta semata-mata. Marsha memberitahu ketika sidang media waktu itu, sebenarnya dia mengalami kemalangan kecil apabila telah terlanggar pembahagi jalan. Namun Marsha masih dapat terus memandu sehinggalah tiba di kediamannya.

Kemudian ketika berada di kawasan parkir, tiba-tiba Marsha pengsan dan apabila sedar Marsha telah berada di hospital. Itu sahaja cerita sebenar daripada Marsha, selain menafikan pengsan kerana putus cinta. Memang diakui Marsha, yang dia dan kekasihnya (orang Melayu dan Islam) sudah putus cinta beberapa minggu sebelum itu.

Gambar, Marsha, Kelihatan, Sihat, Cantik, Marsha, menghadiri, majlis, rumah, terbuka, Alibi, Music, Sdn, Bhd, sungguh, ayu, sihat, selepas, cerita, minggu, menelan, biji, pil, Artis musik, Artis awek, Artis berita, Artis cerita, Artis cinta, Artis foto, Artis gambar, Artis hiburan, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis kl, Artis kontraksi, artis malaysia, Artis Melayu, Artis pilihan, Artis video, berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan bf1, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan Indonesia, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu

Ayu Raudah kahwin Januari 2011

Ayu Raudah kahwin Januari 2011

NAMPAKNYA awal tahun 2011 nanti akan ada ada artis popular bakal naik pelamin. Ketika ini, bunyi kompang serta bau nasi minyak mula singgah sampai ke pejabat Papa di Jalan Chan Sow Lin.

Tentunya ramai yang bertanya apa benar berita yang disampaikan kepada Papa? Harap-harap sumber Papa yang berkongsi cerita ini bercakap benarlah ya. Tak baik tau cakap bohong di bulan puasa, itu yang Papa nasihatkan pada sumber itu sebelum dia menyambung cerita.

Sumber itu yang bersungguh-sungguh meyakinkan Papa memberitahu, aktres terkenal Ayu Raudah bakal berkahwin dengan teman lelakinya yang juga pemain bola sepak tampan, Zaquan Adha pada bulan Januari depan.

Tanpa memaklumkan tarikh sebenar, Papa menjangkakan pasangan romantis itu merancang untuk bernikah pada 1 Januari 2011 (010111). Cantik bukan tarikh itu?

Kalau benar, tentunya ramai yang bersyukur dan gembira kerana pasangan itu memang sama cantik, sama padan.

Tentunya debaran Zaquan sendiri berbeza kerana selama ini dia lebih berdebar untuk menyumbat gol ketika beraksi di padang bola.

Tetapi, kali ini debaran yang akan dilaluinya lagi hebat kerana dia bakal menjadi suami kepada artis wanita yang digilai ramai.

Andai benar apa yang sampai ke telinga Papa, izinkan Papa mahu menjadi orang pertama yang mengucapkan tahniah buat Ayu dan Zaquan.

Ayu Raudah, Ayu Raudah foto, Ayu Raudah web, Ayu Raudah info, Ayu Raudah maklumat, Ayu Raudah hiburan, Ayu Raudah misteri, Ayu Raudah berita, Ayu Raudah bio, Ayu Raudah malaysia, Ayu Raudah kawan, Ayu Raudah artis, Ayu Raudah bf1