Tag Archives: datang

Belum Rezeki Mawi-Ekin Timang Anak

Belum Rezeki Mawi-Ekin Timang Anak, Mawi-Ekin musik, Mawi-Ekin mtv, Mawi-Ekin berita, Mawi-Ekin Web, Mawi-Ekin galeri, Mawi-Ekin foto, Mawi-Ekin portofolio, Mawi-Ekin album, Mawi-Ekin info, Mawi-Ekin filem, Mawi-Ekin terbaru, Mawi-Ekin pos, Mawi-Ekin surat, Mawi-Ekin mail.

Belum Rezeki Mawi-Ekin Timang Anak

3182009_gosmawikina

KL, 18 MAC 2009:  Kalau sesuatu pasangan itu dah berkahwin, tentu impian seterusnya adalah mahu timang anak. Tapi simpati pula Murai Batu pada Mawi & Ekin kerana hajat untuk timang anak cepat-cepat belum kesampaian kerana Ekin telah keguguran selepas mereka pulang dari bulan madu di Korea Selatan, hujung Januari lalu.

Kalau ikut perkiraan, Ekin, 30, mungkin juga bunting pelamin, tapi Ekin tak sangka pendarahan luar biasa yang terjadi ke atas dirinya baru-baru ini rupanya satu keguguran.

“Nak buat macam mana, belum ada rezeki. Selepas ke klinik, baru doktor sahkan pendarahan itu datang daripada janin dalam kandungan Ekin. Doktor cakap Ekin terlalu aktif dan stress. Kandungan Ekin ketika itu baru berusia 3 minggu,” kata Ekin. Bagi Mawi, dia sendiri menerima kejadian itu sebagai ketentuan Tuhan. Mawi juga mendengar nasihat doktor agar Ekin tidak membuat kerja-kerja yang terlalu lasak.

“Saya memang dah bersedia nak jadi ayah, tapi kenalah bersabar dulu,” kata Mawi yang semakin tembam, berbeza dengan Ekin yang agak susut.

Dalam pada itu, saham mereka berdua masih tinggi kerana diberi peluang menjadi pasangan penyampai trofi pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH08) di Genting Highlands, pada 12 April depan. Jadi peminat mereka kenalah panjat gunung Genting atau tunggu depan kaca TV pada hari itu.

Kita juga nak tengok bagaimana keputusannya apabila Mawi berentap dengan Aizat dan Rocker Otai, Amy Search dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular. Mampukah Mawi mempertahankan gelaran Bintang Paling Popular? Tunggu…

Nasrizal Ngasri dan Sasha Rujuk Semula

Nasrizal Ngasri dan Sasha Rujuk Semula, Nasrizal Ngasri musik, Nasrizal Ngasri mtv, Nasrizal Ngasri berita, Nasrizal Ngasri Web,Nasrizal Ngasri galeri, Nasrizal Ngasri foto, Nasrizal Ngasri portofolio, Nasrizal Ngasri album, Nasrizal Ngasri info, Nasrizal Ngasri filem, Nasrizal Ngasri terbaru, Nasrizal Ngasri pos, Nasrizal Ngasri surat, Nasrizal Ngasri mail.

Nasrizal Ngasri dan Sasha Rujuk Semula

444556374_ecb099a999_o

Adalah someone ni makan tengah hari di satu pusat beli-belah di Bangsar, Kuala Lumpur. Dalam tergesa-gesa untuk sampai di tempat dijanjikan dengan rakan lain, mereka terserempak dengan pasangan Nasrizal Ngasri, 28 atau Bell dan isterinya, Nur Farhana Mahamad Fauri, 26, (Sasha) bersama anak mereka.

Dia berasa hairan bagaimana pasangan ini boleh bersama sedangkan tiga bulan lalu bukan main hangat kontroversi mengenai perceraian mereka dilaporkan di dada akhbar.

Memandangkan masing-masing ada tujuan di pusat beli-belah itu, dia hanya bertegur sapa dengan pasangan ini dan tidak sempat berborak panjang.

Tapi memikirkan hal positif, mungkin mereka masih berbaik walaupun sudah berpisah. Maklumlah, mereka ada anak jadi untuk kebaikan cahaya mata seorang itu ada bagusnya tidak bermusuh walaupun tidak sebumbung lagi.

Kelmarin (14/3) lain pula ceritanya apabila someone ni menghadiri majlis pertunangan kakak Bell, Darling Ngasri dan kebetulan Sasha turut hadir. Dia tidak melepaskan peluang bertanya perkara itu pada Sasha.

Sasha mengakui mereka sudah rujuk November lalu. Katanya, memang orang ramai tidak tahu mereka sudah kembali menjadi suami isteri kerana tidak ada wakil media yang datang bertanya.

Ceritanya lagi, sewaktu kecoh mengenai mereka mahu bercerai, pasangan ini mengambil keputusan rujuk kerana masalah berlaku disebabkan salah faham. Mereka tidak mahu memanjangkan lagi cerita dan apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.

Difahamkan lagi, Bell dan Sasha mahu membina hidup baru demi masa depan anak mereka. Baguslah dan ianya satu pujian atas tindakan diambil pasangan ini. Diharap apa yang sudah mereka lalui sebelum ini dapat dijadikan teladan supaya tidak lagi berulang kemudian hari.

Anak Riezman Khuzaimi Dibedah akibat Gegeran

Anak Riezman Khuzaimi Dibedah akibat Gegeran, Riezman Khuzaimi musik, Riezman Khuzaimi mtv, Riezman Khuzaimi berita, Riezman Khuzaimi Web, Riezman Khuzaimi galeri, Riezman Khuzaimi foto, Riezman Khuzaimi portofolio, Riezman Khuzaimi album, Riezman Khuzaimi info, Riezman Khuzaimi filem, Riezman Khuzaimi terbaru, Riezman Khuzaimi pos, Riezman Khuzaimi surat, Riezman Khuzaimi mail.

Anak Riezman Khuzaimi Dibedah akibat Gegeran

2364509033_d099592bd4

Wajah pasangan pelakon, Riezman Khuzaimi dan Kartina Ayob kelihatan lesu ketika ditemui di Pusat Perubatan Gleaneagles Intan, Ampang, (13/3).  Manakan tidak, dalam kesibukan mengejar penggambaran dan urusan kerja lain mereka juga perlu berulang alik ke hospital untuk menjenguk anak bongsu, Ruzain Nars yang baru genap berusia 6 bulan hari ini.Ruzain sudah lebih sepuluh hari dimasukkan ke wad. Pada mulanya Riezman dan Kartina menyangka keadaan anak mereka yang kerap muntah selepas diberikan susu dan mengalami ketegangan berpunca daripada masalah bronkitis yang pernah dialami sebelum ini. Justeru, mereka terkejut apabila dimaklumkan doktor bahawa Ruzain perlu dibedah segera kerana terdapat darah beku yang perlu dikeluarkan di kepalanya. Keadaan ini disyaki berpunca daripada gegaran ataupun goncangan yang kuat.

Kini, dia dan Riezman menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak berkuasa.

Apa pun, pasangan ini sempat melahirkan rasa terharu kerana ramai rakan termasuk di kalangan artis sudi meluangkan masa untuk datang melawat dan memberikan sokongan. Antaranya Deja Moss, Ahmad Idham serta Den Wahab dan isteri.

Dalam pada itu, Riezman bercadang untuk membawa pulang Ruzain buat sementara waktu bagi menyempurnakan kenduri kesyukuran yang dirancang secepat mungkin.

Kenduri itu bakal berlangsung di rumah baru mereka yang terletak di Kemensah, Ulu Kelang sebagai tanda memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.