Tag Archives: Davis

Amber tidak sabar

Amber tidak sabar

Sangat teruja dan tidak sabar untuk mengadakan persembahan sempena MASiF,” itulah kata Amber Davis.

Penyanyi popular dari Filipina Amber atau nama sebenarnya, Amber Alejo Rowley Davis, 26, kelahiran Mesa, Arizona, Amerika Syarikat itu bakal mengadakan dua persembahan pada Music, Arts and Style Internaional Festival (MASiF) yang berlangsung selama tiga hari mulai 15 September ini di Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Kata Amber, dia akan mengadakan persembahan tertutup yang lebih formal dan untuk persembahan itu lagu-lagu dendangannya lebih menjurus kepada irama balada.

Sementara persembahan di tempat terbuka pula, Amber lebih senang memilih tiga buah lagu yang rancak untuk disesuaikan dengan persekitaran.

“Setiap persembahan saya akan menyanyikan tiga buah lagu. Rasanya lagu balada lebih sesuai untuk persembahan tertutup sebab ia lebih formal. Manakala lagu rancak untuk penonton di tempat terbuka,” katanya kepada Utusan Malaysia melalui emel.

Menurut Amber, jemputan pihak penganjur ibarat bulan jatuh ke riba kerana sudah lama dia menyimpan hasrat untuk melawat Malaysia.

Katanya, sejak enam tahun lalu dia sudah menonton iklan pelancongan Malaysia Truly Asia dan sejak itulah menyimpan hasrat untuk datang ke sini.

Jelas Amber, dia amat tertarik dengan konsep festival yang memasuki tahun kedua penganjuran kerana ia berteraskan tiga genre seni iaitu muzik, lukisan dan fesyen.

Amber, Penyanyi, popular, Filipina, Amber, Amber, Alejo, Rowley, Davis, kelahiran, Mesa, Arizona, Amerika Syarikat, mengadakan, dua, persembahan, Music, Arts, Style, Internaional, Festival, (MASiF), berlangsung, selama, tiga, hari, mulai, September, Kuala Lumpur, City, Centre, (KLCC),tertutup, formal, lagu, dendangannya, irama, balada, hiburan asia, hiburan melayu, hiburan malaysia, aktris, pelakon wanita, pelakon tv, berita hiburan, hiburan kl, hiburan artis, Artis video, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan gambar, foto artis, gambar artis, galeri artis, artis seksi, artis cantik, artis kahwin, artis cinta, hiburan gosip, artis antarabangsa