Tag Archives: doktor

Shukery Hashim Menghidap Barah Pankreas

Shukery Hashim Menghidap Barah Pankreas,Shukery Hashim  mtv,Shukery Hashim  berita,Shukery Hashim  Web,Shukery Hashim  galeri, Shukery Hashim  foto,Shukery Hashim  portofolio, Shukery Hashim  album, Shukery Hashim  info, Shukery Hashim  filem,Shukery Hashim  terbaru, Shukery Hashim  pos,Shukery Hashim  surat, Shukery Hashim  mail, Shukery Hashim  model, Shukery Hashim  model antarabangsa, Shukery Hashim  bergaya, Shukery Hashim  hebat,Shukery Hashim  badan fit, ,Shukery Hashim  terkenal, Shukery Hashim  popular, Shukery Hashim  myspace,Shukery Hashim  youtube,Shukery Hashim  facebook, Shukery Hashim  friendster, Shukery Hashim  tagged, Shukery Hashim  yahoo massanger,Shukery Hashim  blog,Shukery Hashim  menarik, Shukery Hashim  unik,Shukery Hashim  wajah, Shukery Hashim  rahsia, Shukery Hashim  biodata,Shukery Hashim  hiburan, Shukery Hashim  terkini,Shukery Hashim  seksi,Shukery Hashim  misteri,

Shukery Hashim Menghidap Barah Pankreas

Pelakon veteran filem dan drama, Shukery Hashim di masukkan ke Hospital Selayang, Selangor sejak dua hari lalu kerana menghidap barah pankreas.

Akibat barah yang dihidapinya, berat badan pelakon itu merosot 10 kilogram dan doktor mencadangkan supaya beliau membuat rawatan kimoterapi.

syuk

Rakan rapatnya yang juga aktres terkenal, Azean Irdawaty berkata, keadaan Shukery agak serius kerana menghidap barah tahap keempat dan ia sudah merebak ke hati.

“Beliau bertanya kepada saya bagaimana dan apakah kesannya kerana saya pernah melalui pengalaman rawatan seperti itu,” katanya selepas melawat pelakon itu.

Azean sebelum ini menjalani rawatan kimoterapi kerana menghidap barah payu dara.

Shukery, berumur 55 tahun berasal dari Langkawi, memulakan kerjaya lakonan menerusi drama radio pada 1975 di RTM dan berlakon untuk TV pada 1987.

Beliau pernah berlakon filem seperti Rahsia arahan Othman Hafsham pada 1987. Selepas itu, berlakon dalam filem Syahadat, Ujang, Pesona Cinta, Seri Dewi Malam, Janji Diana dan terbaru filem Shh…Dia Datang.

Beliau dipilih sebagai Pelakon Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada 1990; Pelakon Drama TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (1994) dan Pelakon TV Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada 1995.

Azean berkata, ketika menziarahinya, keadaan Shukery agak murung dan pelakon itu memerlukan sokongan moral daripada rakan seperjuangan.

“Dia memang agak sedih. Dia ada menyuarakan kerisauan kepada saya mengenai nasib yang menimpa dirinya itu sama dengan apa yang dialami oleh M Rajoli.

“Semangatnya memang sudah merosot. Saya berharap ada kawan dapat menziarahinya untuk memberikan sokongan kepada Shukery,” kata Azean lagi.

Erra Lahirkan Anak Perempuan!

Erra Lahirkan Anak Perempuan!, Erra Fazira musik, Erra Fazira mtv, Erra Fazira berita, Erra Fazira Web, Erra Fazira galeri, Erra Fazira foto, Erra Fazira portofolio, Erra Fazira album, Erra Fazira info, Erra Fazira filem, Erra Fazira terbaru, Erra Fazira pos, Erra Fazira surat, Erra Fazira mail, Erra Fazira model, Erra Fazira model antarabangsa, Erra Fazira bergaya, Erra Fazira menawan, Erra Fazira hebat, Erra Fazira tubuh cantik, Erra Fazira badan fit, Erra Fazira tubuh fit, Erra Fazira badan langsing, Erra Fazira terkenal, Erra Fazira popular, Erra Fazira myspace, Erra Fazira youtube, Erra Fazira facebook, Erra Fazira friendster, Erra Fazira tagged,  Erra Fazira yahoo massanger, Erra Fazira blog, Erra Fazira menarik, Erra Fazira unik, Erra Fazira wajah, Erra Fazira rahsia,  Erra Fazira biodata, Erra Fazira hiburan, Erra Fazira terkini, Erra Fazira seksi, Erra Fazira misteri.

Erra Lahirkan Anak Perempuan!

KUALA LUMPUR, 30 MAC 2009: Pelakon dan penyanyi jelita Erra Fazira selamat melahirkan bayi perempuan yang dinamakan Engku Aleesya Engku Emran di Pusat Perubatan Pakar Damansara, Petaling Jaya, pada jam 11.40 pagi tadi, Isnin.

Bayi comel yang seberat 4.04 kilogram itu dilahirkan secara normal tanpa sebarang masalah. Difahamkan, baik Erra mahu pun Aleesya, kedua-dua mereka kini berada dalam keadaan yang sihat.

Berita menggembirakan ini dimaklumkan kepada murai.com.my oleh Engku Emran sendiri, tengah hari tadi. Erra sebelum ini telah dimasukkan ke wad di hospital berkenaan pada Sabtu lalu iaitu pada tarikh jangkaan awal dia akan bersalin
“Buat masa ini saya memohon maaf kerana belum dapat menunjukkan gambar bayi kami kerana Erra masih perlu berehat. Yalah, masih baru sangat. Insya-Allah kami akan memanggil jurugambar pada majlis cukur jambul iaitu selepas Erra habis berpantang nanti.

3312009_errabersalina

“Tapi apa yang dapat saya kongsi dan ceritakan di sini adalah wajah Aleesya lebih mirip Erra terutama pada bahagian bibir. Rambutnya lebat, kulitnya putih kemerah-merahan dan beratnya 4.04 kilogram. Alhamdulillah, Aleesya dan Erra dalam keadaan sihat walaupun Erra masih lagi keletihan.

“Tentang nama Aleesya, ia bermaksud dilindungi. Kami berdua sudah pilih nama itu selepas dapat tahu Erra mengandung bayi perempuan,” kata Emran dengan wajah ceria dan lega.

Menceritakan detik-detik cemas di wad selama 20 minit, Emran akui turut bersama di sisi Erra ketika 4 orang petugas iaitu 3 jururawat dan seorang doktor sedang bertungkus lumus untuk membantu kelahiran Aleesya.

Bagaimanapun kata Emran, perasan cemas itu akhirnya bertukar menjadi detik yang amat menggembirakan apabila mendengar suara anaknya menangis dan Erra juga selamat.

“Erra dihantar ke hospital kelmarin selepas mengadu sakit-sakit. Dia mula terasa sarat sangat, kira-kira jam 3 pagi tadi dan doktor terus memberi suntikan bagi memudahkan proses kelahiran itu.

“Pada 7.30 pagi tadi doktor bertemu saya dan menasihati kami agar bersedia kerana proses kelahiran akan berlaku pada bila-bila masa hari ini. Awalnya doktor menjangkakan pada jam 1.30 petang tetapi ia berlaku jam 11.40 pagi tadi,” kata Emran lagi.

Yang pasti, kehadiran Engku Aleesya pastinya menceriakan hidup pasangan bahagia itu yang telah lama merindui suara bayi sejak mereka mendirikan rumah tangga.

Apa yang menarik, sebelum ini produser MIG Productions, David Teo pernah berhasrat untuk mengambil anak Erra berlakon bersama ibunya itu dalam musim kedua siri Menantu vs Mertua yang ke udara di Astro Prima. Namun kata Erra, semua itu bergantung kepada persetujuan suaminya dulu.

Adakah Engku Aleesya akan mewarisi kecantikan ibunya nanti? Kita doakan yang terbaik buat Erra dan Emran. Tahniah dari semua warga murai.com.my!