Tag Archives: farah ashikin

ABPBH2008 Pilih Tema Sentuhan Tenun

ABPBH2008 Pilih Tema Sentuhan Tenun, ABPBH2008 musik, ABPBH2008 mtv, ABPBH2008 berita, ABPBH2008 Web, ABPBH2008 galeri, ABPBH2008 foto, ABPBH2008 portofolio, ABPBH2008 album, ABPBH2008 info, ABPBH2008 filem, ABPBH2008 terbaru, ABPBH2008 pos, ABPBH2008 surat, ABPBH2008 mail.

ABPBH2008 Pilih Tema Sentuhan Tenun

14249293nw2

KUALA LUMPUR, 18 MAC 2009: Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 yang dijadual berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 12 April 2009 nanti akan menampilkan tema fesyen sentuhan tenun sebagai penyemarak majlis.

Ini bermakna selebriti terlibat secara langsung terutama artis wanita bakal mempersembahkan pakaian berkonsepkan kain tenun hasil rekaan 24 pereka fesyen tempatan yang turut bertanding untuk Anugerah Pereka Fesyen Popular ABBPBH08.

Pertandingan sampingan itu diperkenalkan tahun lalu bertujuan memberi pengiktirafan kepada pereka fesyen yang menjayakannya. Antara yang terbabit kali ini adalah Hatta Dolmat, Michael Shu dan Calvin Thoo.Perkara ini diumumkan oleh orang kuat ABPBH08, Hanizam Abdullah atau Kak Cham, dalam sidang media di Grand Salon, Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, kelmarin.

Pihak penganjur ABPBH08 turut mengumumkan Sharifah Shahira dan Adlin Aman Ramlie sebagai pengacara majlis manakala 15 artis popular dan veteran akan membuat persembahan. Mereka adalah Dato’ Siti Nurhaliza, Anita Sarawak, Datuk A Rahman Hassan, Faizal Tahir, Aizat, Hujan, Diddy, Siti Sarah, Ayu OIAM, Jamal Abdillah, Farah Ashikin, Kristal, Jeffrydin, L Ramlee serta Stacy.

Sementara itu, seramai 18 penyampai trofi akan muncul di pentas menyampaikan hadiah kepada pemenang seperti pasangan Mawi & Ekin, Saidah & Saerah, Maya Karin, Farid Kamil serta Zizie Ezette.

Sementara itu konsert jelajah ABPBH08 terus mengembara lagi dan hujung minggu ini (Jumaat – Ahad), rombongan artis akan berada di Kuantan Parade, Pahang. Orang ramai juga jangan lupa juga menyertai pertandingan nyanyian Bintang Idola Berita Harian untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan.

Seterusnya minggu depan, rombongan glamour itu akan singgah di Batu Pahat Mall (28 & 29 Mac) diikuti destinasi terakhir, Klang Parade, Selangor  (3 & 5 April).


Erra Fazira Dan Engku Emran ke Majlis Tahlil Sudirman

Erra Fazira Dan Engku Emran Artist, Erra Fazira Dan Engku Emran lagu,Erra Fazira Dan Engku Emran musik, Erra Fazira Dan Engku Emran mtv, Erra Fazira Dan Engku Emran berita, Erra Fazira Dan Engku Emran Web,Erra Fazira Dan Engku Emran galeri, Erra Fazira Dan Engku Emran foto,Erra Fazira Dan Engku Emran portofolio,Erra Fazira Dan Engku Emran album,Erra Fazira Dan Engku Emran info,Erra Fazira Dan Engku Emran film,Erra Fazira Dan Engku Emran terbaru,AErra Fazira Dan Engku Emran pos,Erra Fazira Dan Engku Emran surat,Erra Fazira Dan Engku Emran

Erra Fazira Dan Engku Emran ke Majlis Tahlil Sudirman

s7ox01

Majlis tahlil sempena memperingati ulangtahun pemergian Allahyarham Sudirman ke-17 telah dilakukan 19 Feb 2009, di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail.Majlis tahlil ini dianjurkan oleh Kosmetik Leesa Formula dan Suria FM yang berlangsung mulai pukul 6.30 petang itu turut disertai oleh lebih 30 rakan artis, Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, penyampai Suria FM dan Pengarah Urusan Leesa Formula Sdn. Bhd., Che Mona Din beserta suami dan anak-anaknya.Antara selebriti yang hadir adalah Erra Fazira, Noniswara, Eira Syazira, Emma Akma, Bob AF, Khai AF, Didie AF, Rabbani, Alyah, Farah Ashikin, Ina Naim dan suami, Din Wahab, Rubiah Suparman, dan Habsah Hassan.