Tag Archives: fasha

Nora Danish dan Rizal – Majlis Cukur Jambul Anak

Nora Danish dan Rizal – Majlis Cukur Jambul Anak

nora_danish_cukur_jambul2

Majlis aqiqah, naik buaian dan cukur jambul anak Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, anak Nora Danish bersama bekas suami beliau, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Rizal telah  diadakan di rumah bekas mertuanya  di Ampang.

nora_danish_cukur_jambul

Majlis cukur jambul anak Nora Danish dan Rizal tersebut telah di hadiri oleh 150 tetamu termasuk keluarga bekas suami Nora Danish. Comel betul anak Nora Danish ni, macam mak dia jugak. Kalau Fasha tak masuk jarum, mesti masih bahagia pasangan ni.

nora_danish_cukur_jambul3

nora_danish_cukur_jambul5

Nora Danish, Nora Danish musik, Nora Danish video, Nora Danish foto, Nora Danish cinta, Nora Danish berita, Nora Danish awek, Nora Danish kontraksi, Nora Danish Hiburan, Nora Danish malaysia, Nora Danish Melayu, Nora Danish Indon, Nora Danish Indonesia, Nora Danish gambar, Nora Danish cerita, Nora Danish pilihan, Nora Danish kl, Nora Danish bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,A rtisArtis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan

AC enggan kenang kisah pahit

8

BIARPUN hatinya masih lagi terluka dengan insiden yang berlaku, tetapi AC tetap optimis dan berfikiran positif menghadapi kehidupan.

AC enggan kenang kisah pahit

MEMANG benar kata pepatah lama. Rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain. Perumpamaan itu amat bersesuaian sekali dengan apa yang dilalui oleh pengacara terkenal, AC Mizal menerusi ‘persengketaan’ di antara dirinya dengan pelakon, penerbit dan pengarah, Hans Isaac.

Kekeruhan hubungan akrab mereka bermula sejak pementasan Cuci the Musical 23 Oktober lalu apabila AC didakwa tidak berdisiplin serta gagal memberikan komitmen sewaktu sesi latihan.

Ekoran itu, penyanyi dan komposer Reefa dipilih sebagai pelakon gantiannya.

Namun, ia bertambah tegang apabila syarikat AC iaitu AC Konsortium diarahkan untuk menutup gerai yang didirikan di Istana Budaya hanya selepas tiga hari pementasan Cuci the Musical berlangsung.

Alasannya, Cuci the Musical adalah persembahan dan inisiatif Hans dan pihak produksi seolah-olah tidak mahu gerai yang didirikan itu cuba membayangi serta mengatasi populariti Cuci the Musical.

Sedangkan AC sendiri sudah meminta kebenaran dari Hans selaku penerbit Cuci the Musical dan daripada persetujuan awal, Hans tidak kisah dan memberi kelulusan untuk AC berbuat demikian.

Selepas apa yang berlaku, AC sendiri mengakui bahawa dia kini mula kenal siapa lawan dan kawannya.

Malah, sehingga kini pun dia masih lagi terasa hati dengan insiden yang berlaku dan tidak sama sekali menyangka perkara tersebut menimpa dirinya.

“Kalau selepas ini pun mereka mahu meneruskan Cuci the Musical untuk musim kedua mahupun filem susulannya, saya percaya mereka boleh mencari pelakon gantian untuk saya.

“Alasannya mudah. Sepanjang pementasan Cuci the Musical, hanya saya seorang sahaja yang ada pelakon gantian dan ia tidak berlaku kepada Hans, Afdlin dan Awie.

“Kata mereka, tiga pelakon lain susah sekali untuk mencari pelakon gantian. Jadi, daripada situ sudah cukup jelas bahawa mereka boleh mencari pengganti saya bila-bila masa sahaja,” kata AC dengan maksud yang mendalam.

Selebriti berusia 37 tahun ini ditemui pada rakaman program AC? yang berlangsung di Studio 1, Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Episod yang bakal bersiaran pada 21 Disember itu buat pertama kalinya menghimpunkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza bersama adik-beradiknya, Saida dan Sairah dalam program itu.

Menyambung bicara, AC atau nama sebenarnya, Mizal Zaini menjelaskan dia sendiri tidak tahu bagaimana dakwaan negatif tentang dirinya timbul sepanjang terlibat dalam Cuci the Musical.

Menurut AC, mengikut perancangan awal, sesi latihan sepatutnya dijalankan selama sebulan mulai Julai lalu.

Untuk itu, dia sendiri telah mengosongkan jadualnya demi memberikan fokus serta komitmen untuk latihan itu dan tidak mengambil mana-mana tawaran persembahan.

Begitu juga dengan rakaman program AC? yang dianjakkan ke bulan Ogos hanya kerana mahu menumpukan perhatian kepada pementasan itu.

Namun, sehingga awal bulan Julai kata AC, tiada siapa menghubunginya untuk mengesahkan sesi latihan sehinggalah beberapa hari selepas itu, dia menerima panggilan mengatakan waktu latihan telah diubah kepada bulan Ogos.

Katanya, dia begitu memahami keadaan latihan untuk teater kerana pernah terlibat dalam pementasan Puteri Gunung Ledang the Musical dan perlu memberikan fokus yang sepenuhnya.

Kerana baginya, teater bukan seperti penggambaran drama dan filem di mana jadualnya boleh diubah mengikut keadaan dan masa.

“Bagaimana saya hendak mengubah jadual saya kerana semuanya sudah dirancang dari awal. Itu saya sendiri jelaskan kepada pihak produksi. Tetapi, saya mengenangkan pembabitan saya dalam produksi ini semuanya adalah kerana kawan.

“Demi tidak menghampakan, saya tetap meneruskan latihan pada bulan Ogos biarpun saya terpaksa berkejar-kejar dari rakaman program AC? untuk menghadiri latihan.

“Saya seorang yang profesional dan apa yang penonton lihat di atas pentas semuanya adalah kerana watak yang saya bawakan tetapi keluar dari pentas, saya adalah diri saya,” ujarnya yang berharap kisah itu tidak akan menjejaskan reputasinya sebagai seorang ahli perniagaan.

Malah, AC memberitahu tiada siapa tahu dia menderita kesakitan akibat kecederaan pada belakangnya sehingga doktor menasihatkannya untuk berehat dalam jangka masa yang lama ketika itu.

Bagi AC sekarang, apa yang berlaku akan membuatkannya lebih berhati-hati di masa hadapan kerana sudah lama dia merasakan dirinya ditindas serta diperkotak-katikkan oleh sesetengah pihak.

“Sudah tiba masanya saya bangkit dan bertegas dalam apa juga keputusan yang saya lakukan. Kalau dulu, saya masih lagi boleh berlembut dan bertoleransi.

“Bukan bermakna saya tidak boleh bertolak-ansur tetapi ada had dan batasnya,” katanya penuh makna.

Menganggap apa yang berlaku semuanya ada hikmah di sebaliknya, apa yang penting buat AC sekarang adalah untuk menumpukan perhatian kepada AC Konsortium.

Kata AC, syarikatnya itu menumpukan perhatian kepada perniagaan rantai dan gelang magnetik yang berkualiti tinggi serta mendapat pengiktirafan dan kelulusan oleh badan antarabangsa.

Dalam nada ceria, AC dengan penuh bangga menjelaskan syarikatnya itu akan melebarkan sayap dan memasuki pasaran antarabangsa iaitu Indonesia, Singapura, Jordan, Sydney dan London.

Bulan depan, AC Konsortium akan membuka pejabat dan ruang pameran di pejabat barunya yang terletak di KL Sentral sebelum memasuki gedung membeli-belah mewah, Harrods di London.

Bukan itu sahaja, syarikatnya juga akan berkerjasama dengan majalah Hidayah di Indonesia untuk mempromosikan rantai dan gelang magnetik keluaran AC Konsortium.

Dengan jumlah perniagaannya yang menjangkau RM200 juta itu, sememangnya AC sudah layak digelar jutawan.

Sambil tersenyum dan dalam nada rendah diri, bapa kepada empat orang anak ini menjelaskan semuanya tidak akan menjadi kenyataan jika tiada sokongan dan bantuan daripada semua pihak terutama sekali syarikat perkongsiannya, Arastu Sdn. Bhd., yang memberi kepercayaan kepadanya.

“Alhamdulillah, segala perancangan semuanya berjalan dengan lancar dan saya menganggap semua ini adalah rezeki untuk saya sebelum menginjak usia 38 tahun pada 21 Disember ini.

“Saya bertuah kerana memiliki isteri dan pasukan yang begitu komited dengan kerja serta bijak merencana perancangan mereka,” kata AC yang juga akan melebarkan perniagaannya dengan memperkenalkan pelbagai rangkaian pakaian termasuk baju, kasut, seluar dan lain-lain lagi.

4u2c ac mizal,aaron aziz,ac mizal,akhbar kosmo,akhbar kosmo online,berita kosmo,berita kosmo online,elyana mengandung,fasha,fasha sandha,gosip,harian kosmo,jihan raja lawak,kosmo,kosmo hari ini,kosmo harian online,kosmo hiburan,kosmo on line,lagu ac mizal,memey pelakon,sehati berdansa 2

Johan Asari kekasih baru Fasha Sandha?

Johan Asari kekasih baru Fasha Sandha?

Terkejut juga melihat aksi mesra pelakon Juvana, Johan Asari yang syok memeluk sinis pelakon kesukaan ramai, Fasha Sandha. Aksi peluk ini dibuat di butik kepunyaan Fasha sendiri, the Chinta Hair Saloon & Beauty. Bukan mudah untuk seorang artis muda memeluk artis yang dah jauh berjalan.

Oh ya, kalau diikutkan banyak aksi mesra mereka yang terdahulu, namun korang boleh cari lah sendiri yer di Google. Hehe. ala type je keyword ‘Johan Asari’ di Google then korang ke bahagian ‘images’. Mungkin ini kot kekasih Fasha Sandha yang baru. 🙂

Johan, Asari, kekasih, baru, Fasha, Sandha, melihat, aksi, mesra, pelakon, Juvana, Johan Asari, syok, memeluk, sinis, pelakon, kesukaan, ramai, Fasha Sandha, Aksi, butik, kepunyaan, Fasha, the Chinta Hair Saloon & Beauty, artis, muda, berjalan, Artis musik, Artis awek, Artis berita, Artis cerita, Artis cinta, Artis foto, Artis gambar, Artis hiburan, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis kl, Artis kontraksi, artis malaysia, Artis Melayu, Artis pilihan, Artis video, berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan bf1, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan Indonesia, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu