Tag Archives: gempak

Lan (MUH) Tampil Dengan Azlan & The Typewriter

C1EF52B2B569449DB71CDAEA15A6D91B

Lan (MUH) Tampil Dengan Azlan & The Typewriter

Apa yang boleh diperkatakan tentang persembahan terakhir Lan bersama Meet Uncle Hussain Ahad lepas di Hard Rock Café?

Walaupun sedih bila memikirkan band kesayangan ramai ini tidak akan lagi seperti dulu, namun pada masa yang sama, memang puas hati semua yang hadir malam itu, melayan persembahan finale mereka. Biar apapun masalah yang wujud, tetapi di pentas, mereka 100% profesional dan telah mementaskan satu show yang cukup gempak, mantap dan hebat.

Bagi mereka yang tertanya-tanya mengapa jalan keluar itu yang diambil Lan, jelasnya, pengundurannya dari kumpulan yang diasaskan bersama Taja dan Afat merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan segala kemelut di antara mereka. Katanya, dia tidak ingin masalah itu berpanjangan dan memburukkan lagi keadaan.

Bila ditanya apa punca masalah mereka, dia memberitahu kemungkinan ideologi dan cita-cita mereka sudah berbeza.

Mengenai masa depannya sebagai penyanyi solo, Lan yang akan tampil dengan kumpulan baru bergelar Azlan & The Typewriter, sedar bukan satu perkara mudah untuk memulakan perjalanan seninya dari bawah. Tapi dia yakin ada ruang untuknya berkarya dan dia sudah bersedia menyahut cabaran yang menanti.

Single pertama Azlan & The Typewriter, “Kelibat Si Penyair” yang bergenrekan rock alternatif akan dikeluarkan pada bulan ini juga.

All the best buat Lan dan MUH!

Lan (MUH), Lan (MUH) musik, Lan (MUH) video, Lan (MUH) foto, Lan (MUH) cinta, Lan (MUH) berita, Lan (MUH) awek, Lan (MUH) kontraksi, Lan (MUH) Hiburan, Lan (MUH) malaysia, Lan (MUH) Melayu, Lan (MUH) Indon, Lan (MUH) Indonesia, Lan (MUH) gambar, Lan (MUH) cerita, Lan (MUH) pilihan, Lan (MUH) kl, Lan (MUH) bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan

Wana Pemenang MyStarz LG 2

Wana Artist, Wana lagu,Wana musik, Wana mtv, Wana berita, Wana Web,Wana galeri, Wana foto,Wana portofolio,Wana album,Wana info,Wana film,Wana terbaru,Wana pos,Wana surat,Wana Search

Wana Pemenang MyStarz LG 2

3301402283_cc31f391d5_o

Wah tidak disangka pemenang kali ini milik Wana anak kelahiran Johor dan tempat kedua pula milik Nashrin anak kelahiran Penang. MyStarz LG kali ini sungguh meriah dan gempak pada hari Ahad, 22 Februari 2009 yang disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre (PWTC). Keempat-empat peserta mengeluarkan nyayian yang baik dan berada di tahap prestasi sendiri, namun cemuhan para juri mengakibatkan suasana dewan, menjadi riuh rendah. Memang adat pencarian bakat dalam program realiti TV.

Pada peringkat priview TV di TV3 pada petang sebelum bertanding, Cassie mendapat undian sebanyak 40%, Nashrin 30%, Hairie 17% dan Wana 13%. Kemungkinan Hairie dan Wana mendapat undian terendah adalah disebabkan mereka digossipkan bercinta disebalik tadbir. Namun tidak disangka, pemenangnya milik Wana, yang melonjak undiannya dari 13%. Dalam masa bertanding pula, Cassie digabungkan dengan Siti Sarah, Nashrin bersama Misha Omar, Hairie bersama mentornya Fiq, dan juga Wana berduet dengan Jamal Abdillah.

Acara Sampingan adalah nyayian artis-artis popular tanah air ( Mawi dan Faizal Tahir) dan juga artis khas dari Indonesia (Rossa). Namun Mawi tidak dapat hadir pada malam berkenaan kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan dan persembahannya diganti oleh Jamal Abdillah. Juri-jurinya pula terdiri dari ‘mulut panas’ yang sentiasa memberikan komen yang pedas, Ajai, Liza Hanim dan juga Hattan.

Wana akan membawa pulang wang tunai RM 100,000.00, keperluan rumah tajaan LG iaitu LCD TV (42’ LG 80 LCD), dan kontrak rakaman bersama label rekod ternama, Warner Music Malaysia.

Tempat kedua, atau Nashrin bakal memenangi wang tunai RM20,000.00, barangan LG, LCD TV (32’ LG 80 LCD), tempat ketiga akan mendapat wang saguhati, penghawa dingin (Art Cool) manakala tempat keempat berjaya mendapatkan wang saguhati dan juga telefon bimbit (Renoir LG).

Tahniah kepada Pemenang Mystarz LG 2, iaitu Wana semoga anda lebih bersedia dalam dunia artis nanti.