Tag Archives: genre

Penyanyi Amy Winehouse Meninggal Dunia

Penyanyi Amy Winehouse Meninggal Dunia

Amy Winehouse (14 September 1983 – 23 Julai 2011) adalah penyanyi-penulis lagu Inggeris yang terkenal dengan vokal yg terendah berkuasa mendalam dan campuran eklektik genre muzik termasuk R & B, soul dan jazz.

Album 2003 debut Mastura, Frank, adalah kritikal berjaya di UK dan telah dicalonkan untuk Hadiah Mercury. 2006 beliau susulan album, Back to Black, membawa kepada enam pencalonan Anugerah Grammy dan lima kemenangan, mengikat rekod-rekod untuk kemenangan oleh artis wanita di malam satu, dan membuat Mastura wanita British yang pertama untuk memenangi lima Grammys, termasuk tiga “Big Four”: Best New Artist, Record of the Year dan Song of the Year.

Pada 14 Februari 2007, beliau memenangi Anugerah Brit untuk Artist Best Female British; dia juga telah dicalonkan untuk Best British Album.

Dia memenangi Anugerah Ivor Novello tiga kali, satu pada tahun 2004 untuk Best Song Kontemporari (muzik dan lyrically) untuk “yang lebih kukuh daripada saya”, satu pada tahun 2007 untuk Best Contemporary Song for “Rehab”, dan pada tahun 2008 untuk Song Best muzik dan Lyrically “Love Is Game Kehilangan”, antara lain perbezaan. Album ini penjual ketiga terbesar 2000 di United Kingdom

Penyanyi Amy Winehouse meninggal dunia? Hari sabtu yang lepas, penyanyi british, Amy Winehouse ditemui mati di pangsapurinya, Camden, Utara London.

Penyanyi berusia 27 tahun ini mengalami masalah ketagihan Dadah dan Alkohol. Namun punca kematian amy winehouse belum diketahui.

Amy Winehouse, September, penyanyi, penulis, lagu, Inggeris, terkenal, vokal, berkuasa, campuran elektik, genre, muzik, R & B, soul, jazz, Album, Frank, UK, telah, dicalonkan, untuk, Hadiah, Mercury, beliau, susulan, album, pencalonan, Anugerah, Grammy, lima kemenangan, mengikat, Amy Winehouse foto, Amy Winehouse gambar, Amy Winehouse galeri, Amy Winehouse biodata, Amy Winehouse profil, Amy Winehouse artis antarabangsa, Amy Winehouse artis, Amy Winehouse web, Amy Winehouse komposer, konsert Amy Winehouse

Bittersweet ada `attitude’

Bittersweet Artist, Bittersweet, Bittersweet musik, Bittersweet mtv, Bittersweet berita, Bittersweet Web, Bittersweet galeri, Bittersweet foto, Bittersweet portofolio, Bittersweet album, Bittersweet info, Bittersweet film, Bittersweet terbaru, Bittersweet pos, Bittersweet surat, Lisa.

Bittersweet ada `attitude’

11122007_bittersweeta

Fesyen dan muzik memang harus berjalan seiringan. Lantaran itulah yang membezakan Bittersweet dengan segelintir band indie tempatan lain yang ketika ini masih atau sedang wujud di dalam negara ini.

Kemunculan mereka di dalam mana-mana gigs juga seringkali menarik perhatian ramai dan memberikan impak terhadap pengikut muzik mereka terutama apabila mengenakan fesyen suit bergaya retro yang  sama dan serupa tetapi kemas dan bergaya dengan tambahan sunglasses hitam sebagai aksesori utama.
Bukan suit saja yang jadi pilihan lima anak muda yang  berasal dari Ipoh, Perak ini. Apa saja yang menarik perhatian mereka, pasti ia akan cuba. Misalnya mengenakan jaket yang rugged.

Paling simple pun, mereka memadankan seluar jeans dan kemeja-T (polo) bersama mafla. Tak kiralah apa gaya pun, asalkan ia nampak bergaya, kemas, seragam dan mampu memberikan kelainan dalam penampilan mereka.

Itulah yang cuba dicari Nur Hafri Abdul Majid atau Pijie selaku vokalis, Hazairi Abdul Hamid (Herri) – gitaris pertama, Wan Mohd Hafiz Wan Idris (Hafiez) – gitaris kedua,  Mohd Dinienul Hakim Sidek (Dinie) – bassist dan Fadhilul Iqmal Ishak (keyboard) sepanjang berkarya sebagai pemuzik.
Sungguhpun begitu, dorongan  untuk berfesyen ini bukanlah sengaja dibuat-buat. Namun,ia memang benar-benar datang dari hasrat hati dan keinginan jiwa mereka sendiri.
“Secara kebetulan kami semua memang suka mengenakan gaya dan penampilan yang sama. Kira masing-masing memang satu kepalalah bila cakap pasal fesyen. Secara tidak langsung, ia memudahkan kami untuk membentuk imej .
“Apa yang cuba kami tonjolkan ini adalah diri kami. Bukan setakat itu saja, kami juga mempunyai tailor dan hairdresser kami sendiri di Ipoh.  Kedua-dua mereka inilah juga yang sering membantu kami untuk mengenakan fesyen rambut dan pakaian yang tersendiri,” kata Pijie kepada murai.com.my.
Kalau menilai sejarah kebanyakan band muzik yang berjaya dari dalam dan luar negara, kebanyakannya pasti akan menitik-beratkan fesyen di dalam muzik mereka.
Hal ini memang sangat-sangat diakui Bittersweet. Namun mereka tidak mahu menjadikan ia sebagai satu alasan untuk menggelarkan diri mereka sendiri sebagai ikon kepada genre indie rock yang mereka bawakan selama ini.
“Terpulanglah pada pengikut kami untuk menilaikannya sendiri, Apa yang lebih kami utamakan ialah kepuasan kami dalam bergaya. We feel good about it. Ia macam satu fenomena buat kami.”

“Lebih-lebih lagi ada di antara fesyen yang kami tampilkan itu menjadi ikutan di kalangan pengikut kami sendiri. Disebabkan itu, setiap kali mendapat payment hasil daripada bayaran gigs atau pun show, kami akan berusaha untuk membeli baju atau pun aksesori lain.”
“Adakalanya kami beli bersama. Kadang-kadang, bila seorang beli dan yang lain berasakan ia sesuatu yang cool, semua akan sepakat untuk mendapatkan benda yang sama,” ujar Pijie lagi.
Selepas berjaya menempatkan diri mereka di dalam scene indie rock terutama sekali menerusi kemunculan album sulung mereka, Perfect Match yang dihasilkan menerusi label mereka sendiri, Bittersweet berhasrat pula untuk menawan pendengar dari luar negara.
“Kalau boleh kami jadi macam Pop Shuvit yang berjaya membawa muzik mereka menembusi pasaran luar terutama sekali Jepun. Kami sama sekali tak kisah ke mana pun muzik kami akan dibawa asalkan kami mahu wujudkan kelompok pendengar Bittersweet yang besar. Sebab itulah kami bawakan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris.
“Tapi ada juga sebuah lagu Melayu yang dimuatkan dalam album ini. Judulnya, Kucing Hitam yang sekarang menjadi salah satu lagu dalam soundtrack Kami (drama siri di 8TV), ” kata Pijie.
Bittersweet yang kembali menyengat dengan single kedua mereka, Come On bakal beraksi dalam gigs, Louder Than LoveFight Poverty di Kelab Zouk, KL, pada 11 November ini, jam 3 petang bersama Neverwreck, Pure Vibration, One Buck Short , OAG, Love Me Butch , Seven Collar T-Shirt, The Will Kill Us All dan Plague of Happiness.

One Buck Short Takluk Planet Indie!

One Buck Short Artist, One Buck Short, One Buck Short musik, One Buck Short mtv, One Buck Short berita, One Buck Short Web, One Buck Short galeri, One Buck Short foto, One Buck Short portofolio, One Buck Short album, One Buck Short info, One Buck Short film, One Buck Short terbaru, One Buck Short pos, One Buck Short surat, Lisa.

One Buck Short Takluk Planet Indie!

1262007_obsa

Daripada sebuah band muzik yang kerap menyertai pertandingan Battle of The Bands di merata tempat serta menjayakan persembahan di kolej pengajian mereka, nama One Buck Short ketika ini semakin meledak dalam scene muzik indie tempatan.
Selain muncul dalam pelbagai gigs yang diadakan di ibu kota, mereka juga sudah mula mendapat permintaan yang tinggi daripada pihak penganjur untuk muncul sebagai artis pembuka tirai dalam konsert artis antarabangsa.
Bermula dengan Konsert Good Charlotte yang diadakan di Bukit Jalil, awal tahun ini, One Buck Short sekali lagi terpilih untuk menjadi artis pembuka tirai bagi konsert My Chemical Romance yang akan berlangsung di Stadium Merdeka, KL, Ahad ini, 9 Disember.

Bukan setakat itu saja, mereka juga sudah mula mendapat tawaran daripada pihak luar untuk beraksi dalam beberapa gigs serta festival muzik yang diadakan di negara luar seperti China dan Singapura.
Sungguhpun begitu, One Buck Short yang dianggotai Mundzir Abdul Latif atau Mooky sebagai sang vokalis, Rahul Kukreja aka Rahul (gitarist), Izal Azlee aka Izal (bassist) serta Imran Fadzil a.k.a Imran (drummer) mengakui mereka masih tetap One Buck Short sebagaimana 6 tahun dulu.
“Kejayaan yang  kami kecapi hari ini langsung tidak membuatkan kami berubah sedikit pun. Kami masih tetap melakukan perkara biasa yang kami lakukan sebelum ini iaitu membuat latihan, jamming serta menghiburkan kelompok pendengar kami dengan persembahan yang bagus.
“Rasanya ia mungkin bertitik-tolak dengan sikap kami sendiri yang begitu dedikasi dan mencintai apa yang kami lakukan selama ini. Dari masa ke semasa juga, kami sentiasa berusaha memperbaiki mutu show kami ini.
“Bagi kami, tiada apa yang lebih penting melainkan memberikan kepuasan kepada audiens yang menonton show kami serta mereka yang menyokong perjuangan muzik kami selama ini,” kata Mooky dalam pertemuan khas dengan murai.com.my.
Band muzik punk rock  yang semakin berpengaruh ini turut mempunyai cita-cita serta impian yang besar untuk melebarkan lagi kerjaya seni muzik mereka di dalam industri muzik tempatan.
“Kalau boleh kami mahu peminat  evolve bersama muzik. Kami juga mahu membuat persembahan di semua tempat. Paling utama ialah untuk beraksi di seluruh Asia. Setakat ini, kami sudah pun beraksi di China dan Singapura.
“Sambutan yang kami terima daripada ketiga-tiga negara ini cukup baik sekali, terutama di Singapura. Selepas ini, kami berhasrat untuk beraksi pula di Thailand, Filipina, Indonesia serta Dubai,” kata Mooky lagi.
Selepas muncul dengan EP, Where is The Mouse? yang memuatkan single hit mereka, That Day, akhirnya One Buck Short akan muncul dengan album pertama mereka berjudul Halal & Loving It dalam masa terdekat ini.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai  kemunculan album tesebut, Mooky berkata, album yang memuatkan 12 track itu mengetengahkan pelbagai isu tipikal yang berkaitan dengan remaja Malaysia pada hari ini temasuklah yang berkaitan dengan dadah dan seks bebas.
“Malah, kami juga turut mengetengahkan pandangan kami sendiri terhadap suasana politik yang sedang berlaku dalam negara kita ini. Dalam pada itu, kita juga akan memuatkan tiga lagu dalam bahasa Melayu.
“Walaupun pada asasnya, One Buck Short sebuah band muzik yang berteraskan genre punk rock, namun kami turut memuatkan pelbagai elemen yang berbeza di dalam muzik kami.
“Misalnya, anda akan dapat memdengar bagaimana kami mengadukan penggunaan alat muzik tradisional seperti kompang serta elemen dikir barat di dalam muzik kami. Ini adalah satu cara untuk kami mengekalkan diri kami sebagai sebuah band muzik daripada Malaysia.
“Sebagai rakyat Malaysia yang sejati, kami tidak mahu membiarkan diri kami terpinggir daripada akar umbi budaya sendiri dan siapa tahu pada album yang akan datang, kami akan cuba pula menyelitkan elemen muzik tradisional Cina dan India.
“Mengenai  penggunaan Halal & Loving It sebagai judul album ini, harapan kami adalah supaya lebih ramai pendengar yang akan menerima lagu-lagu kami dan menyanyangi kami sebagai sebuah band,” pintanya.