Tag Archives: hangat

Nasrizal Ngasri dan Sasha Rujuk Semula

Nasrizal Ngasri dan Sasha Rujuk Semula, Nasrizal Ngasri musik, Nasrizal Ngasri mtv, Nasrizal Ngasri berita, Nasrizal Ngasri Web,Nasrizal Ngasri galeri, Nasrizal Ngasri foto, Nasrizal Ngasri portofolio, Nasrizal Ngasri album, Nasrizal Ngasri info, Nasrizal Ngasri filem, Nasrizal Ngasri terbaru, Nasrizal Ngasri pos, Nasrizal Ngasri surat, Nasrizal Ngasri mail.

Nasrizal Ngasri dan Sasha Rujuk Semula

444556374_ecb099a999_o

Adalah someone ni makan tengah hari di satu pusat beli-belah di Bangsar, Kuala Lumpur. Dalam tergesa-gesa untuk sampai di tempat dijanjikan dengan rakan lain, mereka terserempak dengan pasangan Nasrizal Ngasri, 28 atau Bell dan isterinya, Nur Farhana Mahamad Fauri, 26, (Sasha) bersama anak mereka.

Dia berasa hairan bagaimana pasangan ini boleh bersama sedangkan tiga bulan lalu bukan main hangat kontroversi mengenai perceraian mereka dilaporkan di dada akhbar.

Memandangkan masing-masing ada tujuan di pusat beli-belah itu, dia hanya bertegur sapa dengan pasangan ini dan tidak sempat berborak panjang.

Tapi memikirkan hal positif, mungkin mereka masih berbaik walaupun sudah berpisah. Maklumlah, mereka ada anak jadi untuk kebaikan cahaya mata seorang itu ada bagusnya tidak bermusuh walaupun tidak sebumbung lagi.

Kelmarin (14/3) lain pula ceritanya apabila someone ni menghadiri majlis pertunangan kakak Bell, Darling Ngasri dan kebetulan Sasha turut hadir. Dia tidak melepaskan peluang bertanya perkara itu pada Sasha.

Sasha mengakui mereka sudah rujuk November lalu. Katanya, memang orang ramai tidak tahu mereka sudah kembali menjadi suami isteri kerana tidak ada wakil media yang datang bertanya.

Ceritanya lagi, sewaktu kecoh mengenai mereka mahu bercerai, pasangan ini mengambil keputusan rujuk kerana masalah berlaku disebabkan salah faham. Mereka tidak mahu memanjangkan lagi cerita dan apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.

Difahamkan lagi, Bell dan Sasha mahu membina hidup baru demi masa depan anak mereka. Baguslah dan ianya satu pujian atas tindakan diambil pasangan ini. Diharap apa yang sudah mereka lalui sebelum ini dapat dijadikan teladan supaya tidak lagi berulang kemudian hari.

Azwan Ali Bangga Dapat 250 Juta Pelawat ke Blognya

Azwan Ali Bangga Dapat 250 Juta Pelawat ke Blognya, Azwan Ali musik, Azwan Ali mtv, Azwan Ali berita, Azwan AliWeb, Azwan Ali galeri, Azwan Ali foto, Azwan Ali portofolio, Azwan Ali album, Azwan Ali info, Azwan Ali filem, Azwan Ali terbaru, Azwan Ali pos, Azwan Ali surat, Azwan Ali mail.

Azwan Ali Bangga Dapat 250 Juta Pelawat ke Blognya

2982638001_cdf77be347

Penulis tak tahulah apa nak jadi dengan artis seorang ni. Katanya dan diakuinya, dia memang ramai musuh, tapi musuh yang macamana? itu penulis tidak tahu, namun terpulang kepada Azwan sendiri nak tanganinya dan selesaikannya. Pada dasarnya memang ramai orang tidak suka dengan Azwan Ali ni, yalah rata-rata menyampah dengan gelagat yang dipamerkan olehnya. Terbaru, dia dengan bangganya mengumumkan blog rasminya, telah mencecah pelawat sebanyak 250 juta! biar betul. Anda percaya? baca potongan artikel yakni pengakuannya yang dilampirkan di blognya ini..

Ha….TERJOJOL lah BIJIK BIJIK MATA MUSUH MUSUH AZWAN ALI kan???? Bila BLOG NO 1 DUNIA SENI HIBURAN NEGARA ni TERUS mendapat SAMBUTAN HANGAT….walaupunnnnnnnnnnnnnn ADA YANG DAKWA …..BLOG ni dah HAUSS !!!!!

Hauus TAK HAUSS…………..EH HELLO???? Dah PUN CECAH 250,000 JUTA PELAYAR wokay???? DI ULANGI???? 250,000 JUTA….JUTA PELAYAR !!!! AKU BUKAN BUDAK BINGAI tak HABIS SEKOLAH……ini BAHASA AZWAN ALI jer…..PAHAM???? 250,000 ribu …..tetapi DENGAN SENGAJA aku PANGGIL…..’250,000 JUTA’……!!!!

SALAH KER???? SUKA hati aku lah…..SAJE SAJE BEDAH ooi….UNTUK SEMARAK KAN SEMANGAT SI LASER NO 1….DIVA PALING GEBUSS pastinya???? AZWAN ALI…..macam lah aku ni TAK SEKOLAH kan???? RIBU dengan JUTA pun AKU TAK TAHU???? EXCUSE ME…….u juzz got the wrong number wokay????

Fasha Sandha Masih Lagi Diboikot?

Fasha Sandha, Fasha Sandha musik, Fasha Sandha mtv, Fasha Sandha berita, Fasha Sandha Web, Fasha Sandha galeri, Fasha Sandha foto, Fasha Sandha portofolio, Fasha Sandha album, Fasha Sandha info, Fasha Sandha film, Fasha Sandha terbaru, Fasha Sandha pos, Fasha Sandha surat, Fasha Sandha mail.

Fasha Sandha Masih Lagi Diboikot?

1067952338_660f692b2d_o

KL, 12 MAC 2009: Sehingga kini, sudah masuk 2 destinasi program Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 yang membawa finalis dan artis popular kita lokasi pilihan untuk bertemu pembaca setia akhbar itu.

Murai Batu difahamkan, destinasi pertama adalah Sungai Petani, Kedah pada 27 dan 28 Februari lalu dan diikuti hujung minggu lepas di Pasir Gudang, Johor. Dengar cerita, bukan main hebat lagi sambutan peminat.

Dalam ramai-ramai artis minggu lepas, Murai Batu dimaklumkan calon finalis Pelakon Wanita Popular, Fasha Sandha juga tidak ketinggalan turut serta.

Dalam hal ini, Murai Batu kagum juga pada Fasha. Walaupun terus dihempap dengan bermacam kontroversi hangat sehingga dipulaukan sebahagian besar pihak media kita tapi Fasha masih sanggup turun padang untuk bertemu peminatnya kerana sedar anugerah itu adalah pilihan pembaca Berita Harian/ Berita Minggu sendiri.  Murai Batu hanya melihat usaha dan niat Fasha ini dari sudut positif. Mungkin Fasha sedar itu salah satu cara untuk dia membalas budi pihak media khususnya pihak akhbar arus perdana berkenaan yang selama ini banyak menaikkan namanya dan juga mahu mendekatkan lagi kemesraannya dengan peminat.

Tindakan Fasha itu boleh dianggap profesional. Tapi dengar kata, pada saat-saat tertentu apabila tidak bersama peminat, Fasha dilihat hanya bersendirian dan tidak pernah lekang dengan teman kesayangannya, Blackberry yang canggih di tangan. Hmmm, teks  siapa tu…

Difahamkan juga, Fasha tak keberatan mendermakan koleksi topinya untuk disumbangkan pada tabung kebajikan bagi membantu mangsa peperangan di Palestin. Baguslah tu.

Murai Batu sedar ramai peminat masih bengang, marah dan mengutuk Fasha gara-gara gosipnya dengan bekas suami Nora Danish, Rizal Ashram atau Jejai. Cuma Murai Batu nak pesan lagi, sebagai artis Fasha kena pandai-pandailah sendiri menangani semua gosip yang tak elok dan menjaga tindak tanduk, perangai dan perbuatannya kalau tak mahu terus dihentam peminat dan diboikot wartawan. Kata orang, sendiri mau ingat.