Tag Archives: hari ini

Astro Siar The Biography Channel Mulai Hari Ini

15Rachael Ray.

Astro Siar The Biography Channel Mulai Hari Ini

ASTRO sentiasa mengkaji nilai-nilai kandungan yang ditawarkan bagi mengekalkan kepentingan dan relevannya kepada para pelanggan.

Sehubungan dengan itu, Astro akan menggantikan BBC Entertainment kepada The Biography Channel (BIO) (saluran 731) berkuatkuasa pada hari ini, 1 Disember 2009.

Saluran BIO (saluran 731) ialah pusat kepada siri-siri biografi yang memaparkan kisah profil personaliti-personaliti dari bintang Hollywood sehinggalah figura sejarah, pemimpin dunia, hartawan, artis, monarki, ahli muzik dan ahli sukan.

BIO juga menawarkan siri-siri kisah benar yang akan meyakinkan para penonton untuk menyusuri liku-liku paparan kehidupan yang unik dengan pelbagai ragam serta memberi peluang eksklusif mendalami kehidupan orang kebanyakan yang kaya dengan kisah-kisah luar biasa dan jarang-jarang didengari umum.

Kisah-kisah benar ini tiada hadnya. Astro percaya BIO akan diterima baik oleh para penonton Astro.

Saluran ini juga akan memaparkan kandungan-kandungan tempatan yang menawarkan program-program untuk memberi penghargaan kepada Allahyarhamah Yasmin Ahmad menerusi Bio Bytes dan bintang kesayangan ramai, Sharifah Amani di dalam Rising Stars.

Selain daripada itu, Peddlers of Asia – sebuah siri istimewa akan membawa para penonton melancong ke China, Malaysia, Singapura dan beberapa lagi negara-negara Asia untuk mengikuti kisah-kisah individu di belakang tabir yang mencari rezeki di pasar-pasar tempatan, kampung-kampung dan lorong-lorong kecil.

Di antara episod-episod menarik yang boleh ditonton termasuk sebuah episod yang memaparkan keindahan ibukota Kuala Lumpur dan membongkar kisah-kisah unik budaya dan makanan-makanan tempatan dari negeri Kelantan.

Para penggemar pasti akan terpesona dengan Bio.beats yang akan bersiaran pada setiap hari Isnin, jam 9 malam.

Bio.beat akan memaparkan persembahan pentas ahli muzik selebriti seperti Jennifer Lopez, Elthon John, Guns N’ Roses, Abba dan Shania Twain.

Famous & Fabulous yang akan bersiaran pada setiap Selasa, jam 9 malam pula akan mendedahkan kehidupan sebenar para selebriti di sebalik topeng kemasyhuran mereka.

Ramai senarai selebriti kelas-A akan dipaparkan dalam program ini dari lagenda Anthony Hopkins sehinggalah ke Angelina Jolie, Jodie Foster dan Vera Wang.

Dari kisah bintang termasyhur sehinggalah mereka yang menjejaskan reputasi sendiri kerana kecetekkan akal dan minda, ikuti pula jejak langkah kisah-kisah pemimpin dunia dalam Leader & Legends, pada setiap hari Rabu, jam 9 malam.

Dalami dan susuri kisah pemimpin dunia seperti Konfusius, Chiang Kai Shek, Albert Einstein, Imelda Marcos dan Fidel Catsro.

Dari kisah inspirasi sehinggalah aspirasi, kisah-kisah kehidupan suka-duka hartawan dan kerabat diraja boleh diikuti melalui Rich & Royal.

Saksikan bagaimana bintang-bintang figura seperti Lakshmi Mital, Puteri Diana, Donald Trump dan Martha Steward jalani kehidupan seharian mereka pada setiap hari Khamis, jam 9 malam.

Bukan itu sahaja, pengikut setia sukan juga boleh mengikuti dan mendalami erti kerja keras dan disiplin yang diamalkan oleh bintang-bintang lagenda sukan seperti Shaquille O’Neal, Michael Kwan, Tiger Woods dan Andre Agassi dalam memenangi sesebuah kejohanan melaui Adrenalin Rush, pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam.

Perhubungan rangkaian yang kukuh Astro dengan pemilik saluran global juga menguatkan lagi usaha untuk memenuhi kehendak tempatan dan sejajar dengan itu, Astro turut menyediakan sarikata dalam bahasa Melayu di hampir 80% program-program yang ada di BIO dan sarikata bahasa Mandarin di kesemua program yang disediakan bagi meluaskan lagi pengaruh dan memenuhi keperluan kumpulan penonton yang pelbagai.

Para pelanggan yang melanggan kepada Pakej Metro dinasihatkan untuk membiarkan set dekoder dalam keadaan ‘sedia’ selama 10 – 15 minit pada 1 Disember bagi mendapatkan saluran BIO.

astro,astro boys,astro cable,astro cafe,astro computer,astro empires,astro flash,astro girl,astro live,astro malaysia,astro media,astro no,astro online,astro travel,astro tv,astrology,biographies,biography channel,blue astro,download astro,film astro,free astro,game astro,games astro,m astro,software astro,the biography channel,Astro,Siar,The Biography Channel,Mulai,Hari Ini

Bapa Jacko eksploitasi cucu

mainpix

Bapa Jacko eksploitasi cucu

Walaupun dituduh cuba mengeksploitasi keadaan, bapa Michael Jackson, Joe, kini bercadang menampilkan anak-anak Raja Pop itu di pentas di seluruh dunia sebagai kumpulan The Jackson Three, tahun depan.

Pernah menguruskan Jackson Five (ketika zaman kanak-kanak Michael), Joe dilaporkan berhubung dengan Prince Michael, 12; Paris, 11, dan Prince Michael II – juga dikenali sebagai Blanket – untuk menjayakan rancangannya.

Pada masa sama, seorang daripada ahli keluarga Michael dipercayai membantah keras idea Joe dan dijangka bakal menjadikan perebutan hak penjagaan terhadap ketiga-tiga waris Raja Pop itu semakin sengit.

Penulis biografi Michael, Ian Halperin, berkata Joe juga menawarkan kontrak merakamkan suara kepada dua daripada tiga kanak-kanak terbabit.

“Kini dia bercerita mengenai cadangan membawa anak-anak Michael menjelajah ke serata dunia sebagai The Jackson Three,” katanya semalam.

Menurut Halperin, keluarga Jackson menganggap Joe mengikut jejak langkah penyanyi itu dengan menjadikan kanak-kanak sebagai bahan eksploitasi.

Yakin kepada berita itu, Halperin berkata, dia dimaklumkan mengenainya oleh seseorang yang sangat rapat dengan keluarga Michael.

Malah, katanya, sumber itu mungkin akan memberi kenyataan terbuka tidak lama lagi demi masa depan kanak-kanak berkenaan.

Sementara itu, Joe, 70, berkata dia dan isterinya, Katherine, wajar diberi hak penjagaan bersama ke atas anak-anak Michael.

Bekas petinju, Joe, sebelum ini didakwa beberapa pihak – termasuk Michael dan kakaknya, La Toya – sering mendera atau mengancam mereka ketika zaman kanak-kanak.

Laporan lain menyebut, Katherine, 79, mengadakan perjanjian rahsia dengan bekas isteri Michael, Debbie Rowe, untuk mengecualikan Joe daripada sebarang peranan membesarkan Prince Michael, Paris dan Blanket.

Kata Halperin, dua ahli keluarga Michael menyokong usaha Debbie dan dua lagi dijangka mengambil tindakan sama hari ini atau esok.

“Separuh daripada ahli keluarg Michael akan memihak Debbie,” katanya.

Michael Jackson, Michael Jackson musik, Michael Jackson video, Michael Jackson foto, Michael Jackson cinta, Michael Jackson berita, Michael Jackson awek, Michael Jackson kontraksi, Michael Jackson Hiburan, Michael Jackson malaysia, Michael Jackson Melayu, Michael Jackson Indon, Michael Jackson Indonesia, Michael Jackson gambar, Michael Jackson cerita, Michael Jackson pilihan, Michael Jackson kl, Michael Jackson bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan

Pelakon filem Harry Porter tanam ganja

4347488379365dee

Pelakon filem Harry Porter tanam ganja

LONDON: Pelakon remaja filem Harry Potter, Jamie Waylett, 19, dihadap ke mahkamah atas tuduhan menanam 10 pokok ganja, semalam.

Waylett yang melakonkan watak Vincent Crabbe akan dihadap ke mahkamah hari ini atas tuduh menghasilkan dadah kelas B.

Beliau berlakon dalam semua filem Harry Porter, sebagai budak gemuk yang tamak dan rakan kepada Draco Malfoy.

Dakwaan terhadapnya diumum beberapa jam sebelum bintang filem itu hadir di tayangan perdana filem keenam siri itu, Harry Potter and the Half-Blood Prince di London, semalam. – AFP

Jamie Waylett, Jamie Waylett musik, Jamie Waylett video, Jamie Waylett foto, Jamie Waylett cinta, Jamie Waylett berita, Jamie Waylett awek, Jamie Waylett kontraksi, Jamie Waylett Hiburan, Jamie Waylett malaysia, Jamie Waylett Melayu, Jamie Waylett Indon, Jamie Waylett Indonesia, Jamie Waylett gambar, Jamie Waylett cerita, Jamie Waylett pilihan, Jamie Waylett kl, Jamie Waylett bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan