Tag Archives: Hati

Min Young kekasih Min Ho

Min Young kekasih Min Ho

PENGHUJUNG Ogos lalu telah didedahkan secara rasmi aktres Park Min Young merupakan kekasih hati aktor popular Lee Min Ho.

Mereka telah bercinta hampir dua bulan sejak menamatkan penggambaran drama yang dilakonkan bersama iaitu City Hunter.

Menurut laporan media di Korea Selatan, mereka berdua tertarik antara satu sama lain apabila terlibat dalam penggambaran drama City Hunter. Apabila penggambaran tamat hubungan mereka semakin rapat.

Agensi Lee Min Ho memberitahu: “Mereka mula mempunyai perasaan antara satu sama lain ketika berlakon dalam drama City Hunter. Sekarang mereka masih dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing tetapi kami tidak tahu sejauh mana perkembangan hubungan mereka setakat ini.

Agensi Park Min Young pula berkata: “Memang benar kedua-dua mereka mempunyai perasaan antara satu sama lain. Saya rasa Park Min Young cuba untuk mengenali siapa diri sebenar Lee Min Ho bukannya sebagai aktor yang popular. Meskipun begitu pihak agensi tidak tahu mengenai kehidupan peribadinya.”

Min, Young, kekasih, Min Ho, PENGHUJUNG, Ogos, secara, rasmi, aktres, Park Min Young, hati, aktor, popular, Lee Min Ho, bercinta, hampir, dua, bulan, sejak, menamatkan, penggambaran, drama, City Hunter, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan Indonesia, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan musik, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan video, gara, hiburan, Hiburan cinta, hiburan jepun, hiburan korea, hiburan malaysia, hiburan melayu, Min Young Korea, Min Young cinta, Min Young gambar, Min Young Indon, Min Young Indonesia, Min Young kl, Min Young kontraksi, Min Young malaysia, Min Young Melayu, Min Young pilihan, Min Young video

Lagu Dato’ Siti Nurhaliza – Dialah Di Hati

Lagu Dato’ Siti Nurhaliza – Biarlah Rahsia, Dato’ Siti Nurhaliza musik, Dato’ Siti Nurhaliza mtv, Dato’ Siti Nurhaliza berita, Dato’ Siti Nurhaliza Web, Dato’ Siti Nurhaliza galeri, Dato’ Siti Nurhaliza foto, Dato’ Siti Nurhaliza portofolio, Dato’ Siti Nurhaliza album, Dato’ Siti Nurhaliza info, Dato’ Siti Nurhaliza filem, Dato’ Siti Nurhaliza terbaru, Dato’ Siti Nurhaliza pos, Dato’ Siti Nurhaliza surat, Dato’ Siti Nurhaliza mail.

Lagu Dato’ Siti Nurhaliza – Dialah Di Hati

[media id=87 width=500 height=400]

53

Kegagalan menempatkan diri di tempat terbaik dalam beberapa pertandingan nyanyian berprestij seperti Wirawan Seni Remaja EON, Asia Bagus dan lain-lain bukanlah suatu halangan bagi Siti Nurhaliza. Bagi Siti, di sebalik kegagalan itu, mungkin tersembunyi hikmah yang tersendiri. Malah dia juga sedar persaingan yang harus dihadapinya bersama peserta-peserta lain yang tidak kurang hebatnya. Justeru, Siti sentiasa mengingatkan dirinya agar tidak terlalu kecewa atau cepat berputus asa kerana dia masih mempunyai ruang dan kesempatan yang lain.

Apabila dia mendapat tahu RTM akan menganjurkan pertandingan Bintang HMI, Siti tidak teragak-agak untuk mencuba nasib. Seperti juga pertandingan-pertandingan nyanyian yang lain, dia sering berdebar menunggu jawapan sama ada penyertaannya diterima atau sebaliknya. Namun kerana nasibnya sudah ditentukan, dia berjaya terpilih ke uji bakat Bintang HMI yang diadakan di Kuala Lumpur. Apabila menerima sahaja berita yang dia terpilih ke uji bakat, Siti yang pada ketika itu masih menetap di Kuala Lipis, Pahang, termenung sendirian memikirkan bagaimanakah dia akan memulakan langkah tersebut.
Kuala Lumpur ketika itu terlalu asing baginya, pasti ibu dan bapa merasa sukar untuk melepaskannya sendirian. Bagaimanapun, Siti bernasib baik kerana dia mempunyai abang iaitu Ayie yang ketika itu sememangnya sedang menetap di Kuala Lumpur dan bergelar artis. Kepada Ayie, ibu dan bapanya memberi tanggungjawab untuk menjaga adiknya. Pemergian Siti ke Kuala Lumpur direstui dan diiringi dengan doa. Kehadirannya ke pertandingan uji bakat yang diadakan di Auditorium P. Ramlee dalam keadaan tergesa-gesa akibat hujan lebat di Kuala lumpur sehingga menyebabkan dia terkandas di jalan.
Keadaan yang tidak diingini itu hampir-hampir membuatkan penyertaannya ditolak. Namun selepas menjelaskan keadaan yang sebenar di mana dia datang dari jauh, pihak RTM memahami keadaan itu dan memberi peluang kepada Siti untuk menampilkan persembahan. Dalam keadaan penat dan tidak selesa, Siti bagaimanapun telah memberikan persembahan yang baik menerusi lagu Kaulah Segalanya yang dipopularkan oleh Ruth Sahanaya. Persembahannya mendapat perhatian pihak jura yang sama sekali tidak menyangka, peserta yang datang paling jauh pada hari itu memberikan persembahan yang cukup cemerlang.

IZ OIAM – Iz Mohon Maaf

IZ Oiam

[media id=182 width=500 height=400]

IZ OIAM – Iz Mohon Maaf

Bukan mudah untuk menjadi seorang selebriti. Setiap pergerakan dan tingkah laku pastinya akan menjadi perhatian banyak pihak. Jika ada sesuatu yang tidak kena dilakukan, sudah tentu pelbagai cerita kurang sedap akan ditulis sekaligus mencalarkan imej penyanyi tersebut.

Mungkin itulah yang dilalui oleh penyanyi berbakat besar, Iz Sulaini yang mula dicungkil bakatnya melalui program realiti One In A Million (OIAM) musim pertama. Anak muda berusia 26 tahun ini dilabelkan sombong serta anti media berbahasa Melayu. Benarkah begitu?

Berpeluang mendekati Iz baru-baru ini, dapat dirasakan label yang diberikan kepadanya itu agak kurang tepat. Pada pertemuan tersebut Iz kelihatan cukup santai, ramah dan bijak mengambil hati pihak media yang menemubualnya.

Bagaimanapun anak muda berbakat besar ini tidak menafikan pernah terdengar gosip yang mengatakan dirinya sombong dan dia sendiri tidak tahu bagaimana gosip tersebut boleh tercetus.

“Saya sendiri tidak tahu bagaimana orang boleh cakap saya sombong. Mungkin kerana cara pemakaian dan pembawaan diri saya ketika saya bertemu dengan pihak media. Saya akui saya masih terlalu baru dalam bidang ini dan masih banyak yang perlu saya pelajari.

“Kadang-kadang dalam pertemuan pertama, saya agak senyap kerana tidak mahu dikatakan ‘over’. Tetapi bila saya senyap, orang kata saya sombong pulak. Sedih jugak bila ada orang yang cakap saya sombong sebab saya seorang yang suka berkawan. Tapi saya ambil kritikan tersebut secara positif dan berjanji memperbaiki kelemahan itu.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada mana-mana pihak yang mungkin pernah beranggapan saya sebegitu. Saya percaya ini semua hanyalah salah faham dan selepas ini saya mahu tonjolkan personaliti diri saya agar orang lebih mengenali saya,” katanya yang baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-26 tahun pada 8 Jun lalu.

Ditanya tentang spekulasi ramai yang mengatakan dia anti media berbahasa Melayu pula, Iz segera menafikannya. Katanya dia tidak pernah memilih media kerana percaya kejayaan seseorang artis itu bergantung rapat dengan pihak media.

“Saya tidak pernah ‘pilih bulu’. Baik media cetak atau elektronik, saya tidak kisah sama ada media berbahasa Melayu atau Inggeris. Buktinya cerita pertama tentang diri saya keluar di dalam majalah berbahasa Melayu.

“Malah saya juga selalu diundang untuk menjayakan program Malaysia Hari Ini di TV3 dan Selamat Pagi Malaysia di RTM. Pada saya mungkin ada orang beranggapan begitu sebab sebelum ini saya selalu menyanyikan lagu-lagu berbahasa Inggeris.

“Oleh sebab itu, saya kini telahpun menghasilkan single Melayu, “Cinta Akhir” yang saya harap dapat mengubah persepsi tersebut. “Cinta Akhir” adalah kerjasama saya dengan komposer dari Indonesia, Bemby Noor dan sehingga kini lagu tersebut mendapat respon yang cukup baik daripada peminat saya,” jelasnya tenang.

Bercerita tentang kerjaya seninya, Iz yang mula berminat dalam seni sejak berusia 12 tahun menyatakan dia kini dalam perancangan untuk menghasilkan sebuah album penuh. Namun katanya banyak pihak yang memberikan nasihat agar dia menghasilkan single terlebih dahulu kerana keadaan pasaran muzik yang agak lembap.

Oleh sebab itu, Iz yang popular dengan lagu “Gonna Be Alright” sebelum ini mengambil kesempatan untuk memperkenalkan dua buah lagu barunya kepada umum, “Alone” selain “Cinta Akhir” yang diharapkan dapat memberikan tuah kepadanya.

“Saya memang mahu hasilkan album penuh, tetapi saya tak mahu hasilkannya secara terburu-buru kerana saya mahukan album saya benar-benar berkualiti. Itulah sebabnya saya mengambil masa yang agak panjang untuk menyiapkannya.

“Selain itu saya juga mengkaji tentang selera tempatan dengan melihat lagu-lagu yang popular sekarang. Saya yakin konsep album yang saya ketengahkan iaitu pop dengan menyelitkan elemen R&B dan hip hop akan diterima peminat.

“Ini kerana peminat sekarang semakin matang dan bijak mengenai muzik. Pada saya sudah tidak ada lagi istilah muzik urban kerana semua orang tidak kira di bandar atau di kampung boleh menikmati muzik yang mereka sukai.

“Kita jangan fikir orang kampung tidak suka dengan muzik R&B atau hip hop kerana saya menerima banyak respon daripada orang kampung yang sukakan muzik sebegini,” jelas Iz yang memiliki ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi dan pengiklanan dari Royal Melbourne Institute of Technology.

Mengakui persaingan di dalam dunia seni tempatan sangat sengit, Iz yang sentiasa optimis dengan apa yang dilakukannya memberitahu dia mahu menampilkan kelainan agar para peminat mudah mengingatinya. Ini termasuklah daripada aspek imej, personaliti serta lagu-lagu yang dinyanyikannya.

“Sekarang terlalu ramai penyanyi yang berbakat dan saya percaya kalau hanya bersandarkan bakat semata-mata, seseorang itu tidak akan sampai ke mana. Ia perlu disertai dengan pakej termasuklah vokal serta imej yang menarik.

“Selain itu, lagu-lagu yang kita nyanyikan juga tidak boleh syok sendiri. Pendek kata untuk terus cemerlang kita perlu sentiasa belajar dan memperbaiki diri kita,” ujar Iz yang turut berkemampuan mencipta lagu dan menulis lirik.

IZ Oiam

IZ Oiam, IZ Oiam musik, IZ Oiam video, IZ Oiam foto, IZ Oiam cinta, IZ Oiam berita, IZ Oiam awek, IZ Oiam kontraksi, IZ Oiam Hiburan, IZ Oiam malaysia, IZ Oiam Melayu, IZ Oiam gambar, IZ Oiam cerita, IZ Oiam pilihan, IZ Oiam kl, IZ Oiam bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,A rtisArtis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, berita, hiburan, artis, video, foto, album, awek, cari berita, cari artis, cari gambar, cari jodoh, cari lelaki, cari cari, cari malaysia