Tag Archives: Indopek

Vina bukan diva

Vina bukan diva

KEPADA sesiapa yang pernah mendengar lagu berjudul Dia yang dinyanyikan ratu jazz negara, Sheila Majid, pasti ada yang menyangka bahawa lagu itu adalah nyanyian asal penyanyi tersebut.

Bagaimanapun, sangkaan itu pastinya silap sama sekali kerana lagu yang cukup popular di Indonesia dan Malaysia itu sebenarnya telah mula dinyanyikan oleh penyanyi Vina Panduwinata.

Jika di Indonesia, sememangnya tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Vina sebenarnya adalah satu nama yang cukup besar dalam industri muzik di sana setelah berkecimpung sebagai anak seni selama 33 tahun.

Selain lagu Dia yang sering kali menjadi siulan ramai, penyanyi tersebut turut popular dengan lagu berjudul Burung Camar sehingga mendapat gelaran daripada peminat sebagai ‘Si Burung Camar’.

Setelah melahirkan 15 buah album sepanjang kariernya serta pelbagai rentetan kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa telah meletakkan dirinya sebagai seorang diva di kalangan peminat setianya.

Berkesempatan menemuinya pada majlis pelancaran laman Facebook dan Twitter saluran Indopek (141 & 142) di ibu negara baru-baru ini, penyanyi yang lebih mesra dengan panggilan Mama Vina memberi pandangan tersendiri terhadap gelaran diva yang telah diberikan peminat kepadanya.

Vina, bukan, diva, mendengar, lagu, berjudul, ratu, jazz, negara, Sheila Majid, menyangka, bahawa, lagu, nyanyian, asal, penyanyi, lagu, popular, Indonesia, MArtis musik, Artis awek, Artis berita, Artis cerita, Artis cinta, Artis foto, Artis gambar, Artis hiburan, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis kl, Artis kontraksi, artis malaysia, Artis Melayu, Artis pilihan, Artis video, asyik, banget, berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan bf1, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan Indonesia, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, alaysia, penyanyi, Vina Panduwinata, Burung, Camar, Facebook, Twitter, saluran, Indopek

Moluccas kini berdua

Moluccas kini berdua

SEJAK awal penubuhan kumpulan Moluccas yang dianggotai oleh Milly Pita Carin Loppies, Lea Naomi Risamasu dan Maria Da’ Silva, kumpulan yang berasal dari Kepulauan Maluku, Indonesia Timur itu tidak habis-habis dilanda masalah.

Pada mulanya, Moluccas dianggotai Pita, Naoimi dan Audrey tetapi berlaku pergeseran dalaman menyebabkan Audrey meninggalkan kumpulan tersebut dan kekosongan itu diisi oleh Maria.

Setelah melahirkan dua album, SE (2002) dan US2U (2008), Moluccas cuba untuk kekal bertiga, namun usaha itu gagal kerana dua anggotanya membawa haluan sendiri.

Biarpun pernah dinobatkan sebagai Duo/Kumpulan baru terbaik di Anugerah Planet Muzik (APM) 2003 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, ternyata itu bukan jaminan bagi Moluccas mengekalkan anggota sedia ada.

Melihatkan senario yang boleh mematikan kumpulan tersebut, sebagai pengasas Moluccas, Pita berkata, sudah tentu dia tidak mahu nama itu berkubur.

“Moluccas tetap ada dan Moluccas yang baru, kini berdua. Saya bersama Audrey. Ya, Audrey kembali menganggotai Moluccas setelah kami bertemu dalam satu festival muzik jazz di Indonesia, baru-baru ini.

“Jadinya, Naomi dan Maria sudah keluar. Mereka kini lebih selesa menyanyi di gereja-gereja,” jelas Pita.

Pita berkata demikian kepada Hits seusai majlis pelancaran Facebook dan Twitter Indopek di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kekuatan vokal yang dipamerkan Pita ketika membuat persembahan di majlis tersebut mengundang persoalan, mengapa dia tidak mahu tampil solo?

“Sebenarnya begini, saya akan tampil dengan album single solo pertama yang judulnya kita rahsiakan dahulu.

“Namun saya tidak pernah terfikir untuk berdiri secara solo. Alasannya bukan kerana keadaan industri muzik yang meruncing tetapi saya selesa berdua atau bertiga.

“Selepas pelancaran album single solo pertama saya nanti, akan ada album Mollucas iaitu gabungan saya dan Audrey untuk peminat,” katanya yang sudah lima tahun menetap di Malaysia kerana berkahwin dengan rakyat tempatan.

Moluccas, kini, berdua, SEJAK, awal, penubuhan, kumpulan, Moluccas, dianggotai, Milly Pita Carin Loppies, Lea Naomi Risamasu, Maria Da’ Silva, berasal, Kepulauan Maluku, Indonesia Timur, landa, masalah, Facebook, Twitter, Indopek, Bangsar, Kuala Lumpur, rakyat, tempatan, solo, festival, muzik, jazz, Anugerah, Planet, Muzik, (APM), berlangsung, Stadium, Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, jaminan, mengekalkan, anggota, single, solo, berkahwin, rakyat, tempatan, Pita, secara, solo, Malaysia