Tag Archives: jambu

Rihanna seksi sewaktu konsert di London

Rihanna seksi sewaktu konsert di London

Penyanyi Rihanna sekali lagi tampil dengan imej seksi ketika mengadakan persembahan selama dua jam di O2 Arena, London.

Dia memakai bikini dengan corak mozek berwarna-warni, kasut tumit tinggi berwarna merah jambu terang dengan tumit hijau sambil diiringi oleh beberapa orang penari. Rihanna menggunakan kereta sebagai latar belakang dalam konsert jelajahnya ‘Loud Tour’.

Dalam persembahan pembukaan, penyanyi itu mengenakan baju hujan pendek berwarna biru dan menyampaikan lagu popularnya, Only Girl (In the World).

Konsert Loud Tour 2011 Rihanna melibatkan 20 buah negara termasuklah Amerika Syarikat (AS) dan Eropah sebagai sebahagian daripada rangka promosi album terbarunya, Loud.

Sebelum ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu Umbrella itu diusir oleh seorang petani ketika mengadakan pengambaraan di sebuah ladang di Belfast, Ireland kerana mendedahkan dadanya.

Rihanna, seksi, sewaktu, konsert, London, Penyanyi, sekali, tampil, imej, seksi, mengadakan, persembahan, selama, dua, jam, Arena, London, memakai, bikini, corak, mozek, berwarna, warni, kasut, tumit, tinggi, merah, jambu, terang, tumit, hijau, penari, kereta, latar, belakang, konsert, jelajahnya, ‘Loud Tour, Only, Girl, In, the, World, Umbrella, petani, mengadakan, pengambaraan, sebuah, ladang, Belfast, Ireland, mendedahkan, dada

Sepah The Movie Diteruskan Walaupun Sepah Berpecah

Sepah The Movie Diteruskan Walaupun Sepah Berpecah

Filem Sepah The Movie tetap akan diteruskan penggambarannya walaupun kumpulan Sepah sudah berpecah.

Penerbit filem itu, Hasni Maulod menganggap anggota kumpulan itu mampu boleh bersikap profesional bagi menjayakan filem itu walaupun mereka berpecah selain mereka juga masih muda.

“Kami mengikuti perkembangan kumpulan Sepah sejak mereka menyertai Maharaja Lawak dan drama Sepah sehinggalah kami menemui penulis skrip drama itu untuk berbincang menghasilkan filem ini.

Sebelum berpecah anggota Sepah iaitu Shuib, Jep dan Mamat telah menandatangani perjanjian untuk membintangi filem ini.

Jadi, atas sebab itu kami merasakan tiada masalah yang akan berlaku walaupun kumpulan itu sudah berpecah” katanya pada sidang media filem tersebut di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, di sini, Isnin.

Kata Hasni pihaknya tidak bermaksud untuk mengeksploitasi Sepah disebabkan kontroversi yang melanda diri mereka.

“Pada saya, apabila dilanda masalah, mereka perlu meninggalkan masalah peribadi yang akan menjejas kemampuan mereka untuk melakukan yang terbaik” katanya.

Sementara itu, Jep dan Mamat sepakat untuk bersikap profesional dalam filem ini bagi menghormati kontrak yang telah ditandatangani.

“Sebenarnya kami dah lama nak berpecah tetapi secara tidak rasmi. Apabila sudah menandatangani kontrak, tidak sangka pula saya dan Shuib menerima tawaran untuk membuat album seterusnya menubuhkan Sepahtu. Jadi apabila kami sudah membuat persetujuan, kami perlu lebih profesional” kata Jep.

Dalam pada itu, Mamat yang bergerak seorang diri dengan mengekalkan nama Sepah tidak mempunyai masalah untuk berlakon bersama-sama.

“Walaupun kami sudah berpisah, mereka masih sahabat saya dan kami pernah menjulang suatu yang sangat besar. Apa yang terjadi telah ditakdirkan oleh Allah. Mereka sahabat saya dan kami pernah bersujud bersama-sama” ujarnya.

Sepah The Movie turut dilakonkan oleh Jehan Miskin, Yus dari kumpulan Jambu, Asrul Raja Lawak, pelakon baru Anzalna Nasir dan Ramona Qadira iaitu finalis Dewi Remaja 2010/2011.

Filem arahan MP Roslin ini akan menjalani penggambaran pada minggu hadapan dan dijangka menemui penonton pada Jun 2012.

Sepah The Movie, Sepah, Berpecah, Filem, Sepah, The, Movie, penggambarannya, kumpulan, Sepah, berpecah, Penerbit, filem, Hasni, Maulod, kumpulan, mampu, bersikap, profesional, menjayakan, filem, masih, muda, Kami, mengikuti, perkembangan, kumpulan, Maharaja Lawak, drama, Sepah, menemui, penulis, skrip, drama, berbincang, menghasil, filem, anggota, Shuib, Jep, Mamat, menandatangani, perjanjian, membintangi, filem, Jehan Miskin, Yus, Jambu, Asrul, Raja Lawak, pelakon, baru, Anzalna Nasir, Ramona Qadira, finalis, Dewi, Remaja, arahan, MP Roslin, artis baru, artis wanita, hiburan artis, hiburan terkini, hiburan masa kini, hiburan malaysia, hiburan melayu, gambar artis, foto artis, galeri artis, biodata artis, berita artis, pos hiburan