Tag Archives: khairil

Akademi Fantasia : Aril Masuk Balik

Akademi Fantasia : Aril Masuk Balik,Aril AF7 mtv,Aril AF7 berita,Aril AF7 Web,Aril AF7 galeri, Aril AF7 foto,Aril AF7 portofolio,Aril AF7 album, Aril AF7 info,Aril AF7 filem,Aril AF7 terbaru,Aril AF7 pos,Aril AF7 surat, Aril AF7 mail, Aril AF7 model,Aril AF7 model antarabangsa,Aril AF7 bergaya,Aril AF7 terkenal, Aril AF7 popular, Aril AF7 myspace,Aril AF7 youtube,Aril AF7 facebook, Aril AF7 friendster, Aril AF7 tagged, Aril AF7 yahoo massanger,Aril AF7 blog,Aril AF7 menarik, Aril AF7 unik,Aril AF7 wajah,Aril AF7 rahsia,Aril AF7 biodata,Aril AF7 hiburan,Aril AF7 terkini,Aril AF7 seksi,Aril AF7 misteri,

Akademi Fantasia : Aril Masuk Balik

Khairil Azam Pilus atau Aril berjaya menempah tempat ke konsert akhir Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) minggu depan apabila dia diserap semula menerusi undian AF Masuk dan sekaligus menyertai empat peserta akhir lain iaitu Ismaliza Ismail (Isma), Mohd Hafiz Mohd Suip (Hafiz), Afiq Hakim Ahmad (Akim) dan Mohd Yazid Ibrahim (Yazid).

AKADEMI FANTASIA

Menerusi undian AF Masuk yang boleh dilakukan oleh penonton sejak minggu lalu itu, Aril yang tersingkir pada minggu ketujuh yang lalu telah menerima undian tertinggi sebanyak 52.5 peratus menewaskan sembilan lagi peserta yang turut tersingkir sebelum ini iaitu Aishah dengan 26.6 peratus, Zizi (7%), Sidi (6%), Claudia (5%), Qhaud (2%), Rini (0.8%), Rubisa (0.4%), Obri (0.3%) dan Nas Adila (0.2%).

af7-finalist

Akademi Fantasia: Aril Tersingkir

Akademi Fantasia: Aril Tersingkir,Aril mtv,Aril berita,Aril Web,Aril galeri, Ariln foto,Aril portofolio, Aril album, Aril info, Aril filem,Aril terbaru, Aril pos,Aril surat, Aril mail, Aril model, Aril model antarabangsa, Aril bergaya, Aril hebat,Aril badan fit, ,Aril terkenal, Aril popular, Aril myspace,Ariln youtube,Arilfacebook, Aril friendster, Aril tagged, Aril yahoo massanger,LAril blog,Aril menarik, Aril unik,Aril wajah, Aril rahsia, Aril biodata,Aril hiburan, Aril terkini,Aril seksi,Aril misteri,

Akademi Fantasia: Aril Tersingkir

Penyingkiran Khairil Azam Pilus atau Aril, 24, menimbulkan satu tanda tanya kepada penonton, tenaga pengajar dan pengkritik yang menyaksikan Konsert Akademi Fantasia (AF) musim ke-7 di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini, malam tadi (25/4).

Aril yang mendendangkan lagu Nakal oleh Gigi hanya mampu bertahan sehingga minggu ke-7 setelah mendapat undian 11 peratus menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diadili 100 peratus oleh penonton.

arilaf7

Dalam pada itu, ditanya adakah Aril berharap AF7 akan membuka peluang kepada penonton membuat AF masuk, dia menjawab,

‘Itu saya tak tahu nak cakap sebab terpulang kepada pihak Astro. Saya nak buat macam mana..’

Sementara pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina yang pada mulanya kelu lidah untuk berkata-kata akhirnya menyuarakan reaksinya tentang penyingkiran Aril.

“Memang kami di fakulti tidak jangka Aril akan keluar. Dia merupakan pelajar paling rajin, dedikasi dan antara bakal ikon yang ingin kami lahirkan menerusi AF7 kerana dia ada pakej yang hampir lengkap dan ada ruang dalam industri seni ini.

“Unfortunately, kita tidak tahu apa voters nak…walau apa pun, kami menganggap Aril tetap ikon,” tutur Tiara yang agak sedih dengan pemergian Aril dari AF7.

arilaf7i

Selepas Aril meninggalkan AF7, kini tinggal enam pelajar yang akan meneruskan perjuangan mereka iaitu Claudia Fay Geres atau Claudia, 24, yang menyanyikan lagu When You’re Gone oleh Avril Lavigne, Siti Aishah Bujang atau Aishah, 18, (Flora Cinta – Min Malik), Ismaliza Ismail atau Isma, 30, (Tak Mungkin Kerna Sayang – Alyah).

Turut serta adalah Mohd. Hafiz Mohd. Suip atau Hafiz, 19, (Kau Yang Punya – Malique/ Najwa), Afiq Hakim Ahmad atau Akim, 18, (Situasi – Bunkface) dan Mohd. Yazid Ibrahim atau Yazid, 22, (With Or Without You – U2).

Selain menyanyikan lagu masing-masing, mereka turut menghiburkan penonton dengan lagu bonus iaitu Untukmu oleh Feminin (pelajar wanita) manakala Fiona oleh 4U2C (pelajar lelaki).

Peratusan pelajar sebelum konsert bermula:

Isma – 25 peratus, Yazid – 19 peratus, Hafiz – 14 peratus, Aril – 12 peratus, Akim – 10 peratus, Claudia – 10 peratus dan Aishah – 10 peratus.

Peratusan pelajar selepas undian ditutup:

Hafiz – 17 peratus, Isma – 17 peratus, Aishah – 15 peratus, Yazid – 15 peratus, Akim – 14 peratus, Claudia – 11 peratus dan Aril – 11 peratus.