Tag Archives: maaf

Seksi Wan Sharmila

Seksi Wan Sharmila

Wan Sharmila mohon maaf isu gaun singkat ketika pertunjukan fesyen

PADA hujung talian, terselit sedikit nada ragu malah sempat Wan Sharmila bertanya mengenai topik yang bakal diajukan sebelum bibirnya melontarkan kata persetujuan untuk menjayakan sesi fotografi bersama B*POP. Hadir tepat pada waktu dijanjikan, masih terkesan sisa kebimbangan pada raut wajahnya.

Berkali-kali dia menagih kepastian, memohon diberi teguran jika gaya diberikan melampaui batas.

Wan Sharmila begitu berhati-hati pada sesi fotografi kali ini, tidak seperti selalu di mana dia ceria dan mudah memberikan gaya yang dituntut jurugambar.

Semua itu impak daripada penampilannya pada acara Music, Art, Style International Festival (MASiF) 2011, baru-baru ini.

Gara-gara gaun pendek yang mendedahkan bahagian belakang badannya, Wan Sharmila dikritik hebat terutama menerusi laman sesawang yang mengecamnya dengan pelbagai tuduhan.

Akur keterlanjuran yang berlaku tidak boleh ditarik semula, anak kelahiran Johor Bahru berusia 30 tahun ini selesa mengalah tanpa berbahas panjang untuk membela diri.

Enggan isu yang hangat menjadi mainan di laman maya itu terus diperbesarkan, Wan Sharmila menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada pihak yang tersinggung atas sikap tidak sensitifnya itu.

Wan Sharmila juga tidak mahu meletakkan kekhilafan itu di bahu sesiapa, biarpun jauh di sudut hati, dia terguris dipalit pelbagai kecaman menyakitkan.

Sesekali bibirnya meluahkan perkataan kesal, terutama apabila statusnya sebagai seorang janda dijadikan alibi oleh segelintir pihak untuk ‘menghalalkan’ penampilan seksinya itu.
“Itu hanya pandangan segelintir pihak dan saya tidak menyalahkan mereka jika masih belum mengenali siapa Wan Sharmila yang sebenar,” luahnya perlahan.

Tidak memohon simpati atau berharap masyarakat akan segera menyebelahinya, Wan Sharmila cuma mendambakan peminat industri hiburan bersikap adil dan tidak pantas menilai seseorang berdasarkan penampilan luaran.

Wan Sharmila juga menyeru masyarakat supaya mengambil sedikit masa untuk mengenali dan mengkaji peribadinya sebelum menjatuhkan hukuman kepadanya.

“Salah saya juga kerana mengambil ringan semua perkara. Saya jenis menyarung apa saja pakaian yang saya rasa selesa. Begitu juga apabila diusulkan untuk menggayakan rekaan itu. Saya menerimanya tanpa banyak soal jawab.

“Langsung tidak terlintas di fikiran gaun itu boleh mencetuskan kontroversi dan membangkitkan kemarahan sesetengah pihak.

Percayalah bukan niat saya untuk merosakkan nama baik penggiat seni, sebaliknya saya cuma melunaskan apa yang saya fikirkan betul untuk diri saya,” katanya.

Seksi, Wan Sharmila, mohon, maaf, isu, gaun, singkat, pertunjukan, fesyen, terselit, nada, ragu, sempat, Wan Sharmila, topik, bibir, melontarkan, persetujuan, sesi, fotografi, B*POP, hadir, terkesan, sisa, kebimbangan, raut, wajah, Wan Sharmila, menyusun, sepuluh, jari, memohon, maaf, pihak, tersinggung, sensitif, pendek, mendedahkan, bahagian, belakang, badan, Johor Bahru

Fasha Mohon Maaf Gambar Bikini

Fasha Mohon Maaf Gambar Bikini

Pada minggu lepas kecoh mengenai isu gambar Fasha Sandha yang memakai bikini bersama rakannya ketika bercuti di Tanjung Benua Bali pada 30 Disember 2010 yang lalu. Gambar yang menunjukkan Fasha bersama rakannya di tepi pantai, bersama haiwan itu telah menjadi sebutan di laman-laman hiburan tanah air.

Empat keping gambar yang cukup mengghairahkan itu ditangkap ketika Fasha dan rakan-rakannya bercuti untuk menyambut tahun baru di Bali.

Pada hari ini, 10 Januari 2011, Fasha telah mengeluarkan pengakuan dan permohonan maaf di laman Twitter. Antara permohonan maafnya ialah:

“Dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon maaf kerana berpakain begini bersama 3 sahabat wanita di tepi pantai Tanjung Benua Bali pada 30 Dec lalu. Saya amat kesal dengan perbuatan saya. .Pls accept my apology.”


Semoga Fasha insaf dan berhati-hati selepas ini dalam setiap perbuatannya. Hal ini boleh dijadikan pengajaran kepada artis-artis lain. Kami sertakan gambar-gambar Fasha yang menjadi kontroversi tersebut!

Artis muzik, Artis awek, Artis berita, Artis cerita, Artis cinta, Artis foto, Artis gambar, Artis hiburan, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis kl, Artis kontraksi, artis malaysia, Artis Melayu, Artis pilihan, Artis video, berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan bf1, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan Indonesia, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan muzik, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan video, fasha, gambar, maaf, mohon, mohon maaf, maaf gambar, bikini, fasha mohon, gambar bikini, gambar, Fasha, Sandha, memakai, bikini, bercuti, Bali, Disember, tepi, pantai, hiburan, tanah, air