Tag Archives: masalah

Shikin ada masalah ke?

Shikin ada masalah ke?

Beberapa kali juga Che Li nampak penyanyi dangdut Shikin hadir ke majlis rumah terbuka dengan hanya ditemani anaknya sahaja. Mengapa tak bersama suami?

Tak lama dulu ada juga khabar tak baik pasal mereka yang dikatakan mengalami masalah. Tapi selepas itu Che Li ada jumpa mereka dalam satu majlis bersama-sama. Sahlah cerita tak elok pasal rumah tangga mereka tidak benar.

Tapi baru-baru ini ada juga orang industri tanyakan Che Li pasal mereka. Che Li kata tak tahu sajalah sebab daripada pertemuan lalu itu Che Li buat andaian mereka masih rukun dan tiada masalah.

Bila bertemu Shikin tu, Che Li ada buat-buat tanya. Shikin hanya tergelak mengatakan suaminya bekerja pada hari itu. Sebab itu tak dapat nak bersama-sama menghadiri majlis rumah terbuka anjuran rakan-rakan media. Semasa hadir ke rumah terbuka seorang rakan artis pun Shikin kelihatan bersama anak dan rakannya.

Bila dibuat-buat tanya lagi Shikin ada buka mulut sedikit. Daripada apa yang dicakapkannya… bunyinya macam ada sedikit masalah. Tapi belumlah parah sebab mereka masih lagi tinggal bersama.

Shikin, ada, masalah, Beberapa, kali, Che Li, nampak, penyanyi, dangdut, hadir, majlis, rumah, terbuka, hanya, temani, anaknya, khabar, mereka, mengalami, masalah, selepas, satu, majlis, bersama, Sahlah, cerita, pasal, rumah, tangga, benar, Artis foto, Artis gambar, Artis hiburan, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis kl, Artis kontraksi, artis malaysia, Artis Melayu, Artis pilihan, Artis video, asam pedas ikan, berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan bf1, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan Indonesia, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan musik, Berita Hiburan pilihan

Moluccas kini berdua

Moluccas kini berdua

SEJAK awal penubuhan kumpulan Moluccas yang dianggotai oleh Milly Pita Carin Loppies, Lea Naomi Risamasu dan Maria Da’ Silva, kumpulan yang berasal dari Kepulauan Maluku, Indonesia Timur itu tidak habis-habis dilanda masalah.

Pada mulanya, Moluccas dianggotai Pita, Naoimi dan Audrey tetapi berlaku pergeseran dalaman menyebabkan Audrey meninggalkan kumpulan tersebut dan kekosongan itu diisi oleh Maria.

Setelah melahirkan dua album, SE (2002) dan US2U (2008), Moluccas cuba untuk kekal bertiga, namun usaha itu gagal kerana dua anggotanya membawa haluan sendiri.

Biarpun pernah dinobatkan sebagai Duo/Kumpulan baru terbaik di Anugerah Planet Muzik (APM) 2003 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, ternyata itu bukan jaminan bagi Moluccas mengekalkan anggota sedia ada.

Melihatkan senario yang boleh mematikan kumpulan tersebut, sebagai pengasas Moluccas, Pita berkata, sudah tentu dia tidak mahu nama itu berkubur.

“Moluccas tetap ada dan Moluccas yang baru, kini berdua. Saya bersama Audrey. Ya, Audrey kembali menganggotai Moluccas setelah kami bertemu dalam satu festival muzik jazz di Indonesia, baru-baru ini.

“Jadinya, Naomi dan Maria sudah keluar. Mereka kini lebih selesa menyanyi di gereja-gereja,” jelas Pita.

Pita berkata demikian kepada Hits seusai majlis pelancaran Facebook dan Twitter Indopek di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kekuatan vokal yang dipamerkan Pita ketika membuat persembahan di majlis tersebut mengundang persoalan, mengapa dia tidak mahu tampil solo?

“Sebenarnya begini, saya akan tampil dengan album single solo pertama yang judulnya kita rahsiakan dahulu.

“Namun saya tidak pernah terfikir untuk berdiri secara solo. Alasannya bukan kerana keadaan industri muzik yang meruncing tetapi saya selesa berdua atau bertiga.

“Selepas pelancaran album single solo pertama saya nanti, akan ada album Mollucas iaitu gabungan saya dan Audrey untuk peminat,” katanya yang sudah lima tahun menetap di Malaysia kerana berkahwin dengan rakyat tempatan.

Moluccas, kini, berdua, SEJAK, awal, penubuhan, kumpulan, Moluccas, dianggotai, Milly Pita Carin Loppies, Lea Naomi Risamasu, Maria Da’ Silva, berasal, Kepulauan Maluku, Indonesia Timur, landa, masalah, Facebook, Twitter, Indopek, Bangsar, Kuala Lumpur, rakyat, tempatan, solo, festival, muzik, jazz, Anugerah, Planet, Muzik, (APM), berlangsung, Stadium, Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, jaminan, mengekalkan, anggota, single, solo, berkahwin, rakyat, tempatan, Pita, secara, solo, Malaysia

 

Ferrari Milik Dr. Rozmey

Ferrari Milik Dr. Rozmey

Dr Rozmey kini bukan sahaja seorang yang disegani kerana memiliki kepandaian dalam bidang perniagaan malah berjaya dalam produk kesihatan yang dia terokai.

Ramai orang sudah yakin dengan produk keluarannya malah menganggap ianya sesuatu yang wajar dicuba jika anda mempunyai masalah kesihatan. Pemiliknya akan merasa itu satu perhargaan buat dirinya.

Dah namanya bos, jadi tak hairanlah kalau seorang bos memiliki sebuah kereta yang menjadi idaman setiap manusia yang dah punya kereta. Apatah lagi kereta berkenaan harganya hampir nak sejuta ringgit. Mesti best giler bila nek keta macam ni kan.

Dr Rozney kini memiliki kereta Ferrari. Oo. satu aset yang begitu mahal nampaknya. Plat nombor pun bukan calang-calang, mo puluh ribu juga harga tu plat. Tahniah lah bro dah memiliki kereta ini, kita apa boleh buat, tengok jek ler. Hehe.

Ferrari, Milik, Dr, Rozmey, kini, seorang, disegani, memiliki, kepandaian, bidang, perniagaan, malah, berjaya, produk, kesihatan, terokai, Ramai, orang, yakin, wajar, mempunyai, masalah, satu aset yang begitu mahal nampaknya. Plat, nombor, bukan, puluh, ribu, harga, Artis foto, Artis gambar, Artis hiburan, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis kl, Artis kontraksi, artis malaysia, Artis Melayu, Artis pilihan, Artis video, atas, azimat, bakal, berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan bf1, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan Indonesia, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan musik, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan video