Tag Archives: Maya temui popular

Maya temui cinta baru di Paris

Maya temui cinta baru di Paris

SEPANJANG empat hari di Paris, Maya Karin nampak ceria. Senyuman pada wajah sentiasa terukir, maklumlah dapat berkunjung ke `kota cinta’, Paris.

Kunjungan ke Paris bukanlah pertama dan asing baginya, tapi kunjungan kali ini lebih bermakna bagi Maya.

Maya yang menjadi bintang tamu dalam rancangan Travelog AirAsia bersama Edd Radze sempat ditemubual mengenai kisah lalu yang sedikit sebanyak masih tersimpan di kotak fikirannya.

Kata Maya, semua gosip yang pernah dilempar dan dihadapinya biarlah berlalu. Walaupun tidak boleh dilenyapkan seratus peratus begitu sahaja, Maya percaya apa yang dialaminya adalah salah satu dugaan hidupnya.

“Kalau boleh saya tak mahu bercerita tentang masa lalu saya, kisah perkahwinan yang tinggal kenangan, gosip liar yang mengata saya sebagai perampas kekasih orang, bercinta secara senyap dengan VIP dan sebagainya.

“Perit sungguh semua itu, tidak semudah a,b dan c untuk melupakannya, tapi orang semua tidak tahu perasaan yang saya alami,” kata Maya yang ditemubual sewaktu mengikuti rombongan Travelog AirAsia ke Paris, Perancis, baru-baru ini.

Maka tidak hairanlah jika Maya Karin membawa diri sejak kebelakangan ini ke Amerika Selatan dan menghabiskan percutian ke pulau-pulau peranginan lain.

Menurut Maya, lama jugalah dia makan angin ke luar negara sebelum ke Paris gara-gara nak lari dari segala gosip panas.

“Ternyata ia berhasil, walaupun kenangan pahit masih berbekas di hati.

“Saya tidak mahu lagi menyebut nama-nama individu tertentu, takut nanti semuanya akan berulang lagi.

“Biarkan mereka gembira sekarang kerana dengan redanya gosip-gosip itu setidak-tidaknya diri dan nama mereka tidak disebut-sebut media lagi. Kasihan mereka kerana turut terlibat.”

Biarpun bergelar janda sekarang, dugaan yang dihadapinya semakin mencabar. Dalam waktu terdekat Maya masih belum memikirkan untuk mencari pengganti.

Maya, cinta, baru, Paris, SEPANJANG, empat, hari, Paris, Maya Karin, nampak, ceria, Senyuman, wajah, terukir, maklumlah, berkunjung, kota cinta, Travelog, AirAsia, Edd Radz, Maya temui foto, Maya temui galeri, Maya temui lagu, Maya temui manis, Maya temui melodi, Maya temui menawan, Maya temui mtv, Maya temui musik, Maya temui penjualan album, Maya temui penulis lagu, Maya temui photoshop, Maya temui popular, Maya temui rakaman, Maya temui terbaru, Maya temui terkini, Maya temui youtube, Majalah, Malaysia, manis