Tag Archives: mencecah

Bienda Terus Berlakon

Bienda Terus Berlakon

Biarpun mengalami alahan teruk sehingga hari ini, Bienda tidak merancang untuk berehat daripada menerima sebarang tawaran berlakon atau mengacara sehingga usia kandungannya mencecah sembilan bulan.

Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli yang sudah hamil empat bulan berharap akan terus menerima tawaran berlakon.

Anak kepada penyanyi Sheeda ini mengakui selektif memilih watak kerana tidak mahu mengambil risiko ke atas kandungan pertamanya itu.

“Buat masa ini saya terpaksa berehat dahulu memandangkan keadaan saya kurang sihat. Alahan yang saya hadapi sangat teruk menyebabkan berat saya turun secara mendadak. Selepas menerima rawatan, kini saya semakin sihat. InsyaAllah dalam dua minggu lagi saya boleh kembali berlakon mahupun mengacara sekiranya kesihatan mengizinkan” katanya ketika dihubungi Zass semalam.

“Saya rasa kekok duduk di rumah lama-lama. Rasa bosan pun ada. Apabila menonton televisyen, rasa cemburu tengok pelakon lain dan saya hanya duduk sahaja. Kerana itu saya berazam untuk terus aktif walaupun dapat berlakon beberapa babak sahaja” katanya.

Biarpun jadual kerjayanya sudah tidak seperti dahulu lagi, Bienda tetap mendapat sokongan suaminya untuk terus aktif.

“Saya pernah berhasrat untuk tidak terlalu aktif demi menjaga kandungan pertama ini. Tapi, saya rindu untuk ke lokasi dan berlakon. Kerana itu, saya tekad untuk aktif semula. Dalam masa sama, ia juga seperti senaman untuk saya. Lagipun, suami memberi keizinan kepada saya” katanya.

Mengakui teruja merasai nikmat menjadi seorang ibu, Bienda berharap dirinya akan beransur sihat dan dapat melakukan pelbagai aktiviti seperti sedia kala.

Bienda, Terus, Berlakon, mengalami, Bienda, merancang, berehat, menerima, tawaran, berlakon, mengacara, usia, mencecah, sembilan, bulan, Nor Razlinda Razli, hamil, empat, bulan, berharap,  menerima, tawaran, berlakon, Anak, penyanyi, Sheeda, mengakui, selektif, watak, mengambil, risiko, kandungan, pertamanya, senaman, suami, keizinan, aktiviti, beransur, sihat, artis melayu, artis malaysia, hiburan tempatan, artis wanita, hiburan terkini, artis cantik, hiburan asia, artis foto, artis gambar

Gambar Keluarga Amy Mastura

Gambar Keluarga Amy Mastura

Nak lihat keluarga Amy Mastura tak? kali ni korang tak kan melepaskan gambar-gambar Amy Mastura dengan suami serta kedua-dua anak perempuannya.

Suami Amy yang bernama Alvin Tham Suffian manakala hasil perkahwinan mereka yang mencecah dalam 11-12 tahun telah melahirkan dua puteri mereka, Adriana, 10, dan Adalia, 6. Kini dah besor-besor dah.

Lain pula cerita Amy waktu masa dia kecil-kecil dahulu waktu masa nak sambut Raya di kampungnya kat Kuala Kangsar, dia dan abangnya main mercun, abangnya terkena mercun di tangannya, lalu nenek dorang letak meletakkan minyak rambut jenama Brylcreem di tempat melecur berkenaan. Kata Amy ini pegalaman yang boleh dikatakan sedih bercampur lawak.

Apa-apa pun semoga Amy dan keluarga berbahagia, dan Adriana dan Adalia menjadi anak-anak yang solehah.

Gambar, Keluarga, Amy Mastura, keluarga, Amy, Mastura, gambar, suami, anak, perempuannya, Suami, Amy, bernama, Alvin Tham Suffian, hasil, perkahwinan, mencecah, tahun, melahirkan, dua, puteri, mereka, Adriana, Adalia, Kini, besor, bercampur, lawak, Adriana, Adalia, hiburan melayu, hiburan malaysia, artis tempatan, minyak, rambut, jenama, Brylcreem

Fiza Sering Fikir Nak Berubah

Fiza Sering Fikir Nak Berubah

Pelakon Fiza Halim atau Fiza Elite tidak pernah sunyi dengan cerita kontroversi. Kisah rumah tangga percintaan serta imejnya yang seksi sering jadi perbualan.

Kini pada usia yang baru mencecah 30 tahun pada 18 Ogos lalu, Fiza berasakan dirinya mahu berubah. Malah dia juga sudah terfikir untuk menukar imej kepada wanita bertudung. Dia menunggu serunya betul-betul sampai untuk menukar imej.

“Memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja. Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita berubah dalaman juga. Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?… tapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung… itulah dia” kata Fiza pasal perasaan dalam dirinya sekarang.

Dia tidak melalui apa-apa perkara pelik atau sesuatu yang menggerakkannya, sebaliknya ia datang dengan sendiri. Apatah lagi cabaran membesarkan anak sendirian, serta hubungannya dengan lelaki yang tidak menjadi.

“Secara tiba-tiba sahaja ia datang. Saya ada tanya kepada kawan-kawan pasal perasaan saya. Ada yang menyokong dan ada yang meminta saya bersabar kerana takut ia bukan datang dari dalam hati saya secara ikhlas. Saya tak tahu pasal apa… tapi sejak memikirkan mahu berubah, saya sudah memberikan baju-baju lama yang seksi kepada orang lain. Kalau membeli baju baru, saya pilih yang longgar. Saya fikir juga apa yang membuatkan saya jadi macam ini.

Saya teringat kata-kata saya sendiri yang pernah cakap kepada bekas suami untuk bertudung bila usia dan mencecah 30 tahun. Saya cakap kepada dia sejak lama dulu semasa saya berehat daripada berlakon. Agaknya kerana itulah saya mula terfikir pasalnya bila benar-benar dah masuk usia 30 tahun ini. Lagi satu, saya pernah melihat seorang kenalan yang melalui kesukaran selepas meninggal dunia.

Arwah meninggal ketika memakai pewarna di kuku. Bila dia meninggal, pewarna itu payah ditanggalkan membuatkan urusan kematiannya menjadi lambat. Saya terkenang-kenanag juga pasal perkara itu dan insaf apabila melihat keadaan jenazah” kata Fiza lagi.

Fiza juga tidak ghairah mencari peluang berlakon sehingga menjadikannya seorang ibu yang sibuk. Dia hanya berlakon sekadar memenuhi keperluan hidupnya dan anak-anak sahaja. Anak-anak menjadi keutamaannya sekarang.

“Kalau saya tiba-tiba nak bertudung, saya tak akan menjejaskan mana-mana pihak sebab saya tak banyak komitmen dengan produksi” katanya lagi.

Teliti cari teman hidup

Fiza sekarang selesa bersendirian membesarkan anak-anaknya Ferra Aryanna, 4, dan Feeya Adyria, 3. Bukan tak ada lelaki yang mendekati, tetapi hatinya belum terbuka sebab nampak kekurangan yang ada dalam lelaki yang didampinginya.

“Bukannya nak membandingkan, tapi saya akui payah nak jumpa lelaki macam bekas suami saya. Saya akui ada salah daripada saya sendiri. Semasa ada, saya buat kesilapan sehingga jadi macam ini (bercerai). Saya tak tahulah… bila dah lama berkawan akhirnya saya rasa saya tak boleh nak teruskan untuk tinggal bersama, sebab itu banyak tak menjadi” kata Fiza lagi.

Fiza masih berkawan dengan bekas suami dan keluarganya. Malah pada hari raya nanti, dia dan anak-anak akan beraya di rumah bekas mertua dahulu sebelum balik beraya di rumah keluarganya di Pulau Pinang.

Fiza majalah, Fiza model, Fiza treler, Fiza video, foto Fiza, Fiza aktris, Fiza tv, Pelakon,  berwajah, Fiza model, Fiza filem, Fiza cantik, Fiza penyanyi, Fiza album, Fiza artis malaysia, gambar Fiza, foto Fiza, galeri Fiza, Fiza seksi, Fiza web, Fiza profil, Pelakon, Fiza Halim,  Fiza, Elite, sunyi, cerita, kontroversi, Kisah, rumah, tangga, percintaan, imejnya, seksi, sering perbualan, Kini, usia, baru, mencecah, tahun, Ogos, lalu, Fiza, dirinya, mahu, berubah, Malah, juga, sudah, terfikir, menukar, imej, wanita, bertudung, menunggu, serunya, sampai, menukar, imej, menyokong, meminta, saya, bersabar, datang, hati, secara, ikhlas