Tag Archives: menerima

Bienda Terus Berlakon

Bienda Terus Berlakon

Biarpun mengalami alahan teruk sehingga hari ini, Bienda tidak merancang untuk berehat daripada menerima sebarang tawaran berlakon atau mengacara sehingga usia kandungannya mencecah sembilan bulan.

Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli yang sudah hamil empat bulan berharap akan terus menerima tawaran berlakon.

Anak kepada penyanyi Sheeda ini mengakui selektif memilih watak kerana tidak mahu mengambil risiko ke atas kandungan pertamanya itu.

“Buat masa ini saya terpaksa berehat dahulu memandangkan keadaan saya kurang sihat. Alahan yang saya hadapi sangat teruk menyebabkan berat saya turun secara mendadak. Selepas menerima rawatan, kini saya semakin sihat. InsyaAllah dalam dua minggu lagi saya boleh kembali berlakon mahupun mengacara sekiranya kesihatan mengizinkan” katanya ketika dihubungi Zass semalam.

“Saya rasa kekok duduk di rumah lama-lama. Rasa bosan pun ada. Apabila menonton televisyen, rasa cemburu tengok pelakon lain dan saya hanya duduk sahaja. Kerana itu saya berazam untuk terus aktif walaupun dapat berlakon beberapa babak sahaja” katanya.

Biarpun jadual kerjayanya sudah tidak seperti dahulu lagi, Bienda tetap mendapat sokongan suaminya untuk terus aktif.

“Saya pernah berhasrat untuk tidak terlalu aktif demi menjaga kandungan pertama ini. Tapi, saya rindu untuk ke lokasi dan berlakon. Kerana itu, saya tekad untuk aktif semula. Dalam masa sama, ia juga seperti senaman untuk saya. Lagipun, suami memberi keizinan kepada saya” katanya.

Mengakui teruja merasai nikmat menjadi seorang ibu, Bienda berharap dirinya akan beransur sihat dan dapat melakukan pelbagai aktiviti seperti sedia kala.

Bienda, Terus, Berlakon, mengalami, Bienda, merancang, berehat, menerima, tawaran, berlakon, mengacara, usia, mencecah, sembilan, bulan, Nor Razlinda Razli, hamil, empat, bulan, berharap,  menerima, tawaran, berlakon, Anak, penyanyi, Sheeda, mengakui, selektif, watak, mengambil, risiko, kandungan, pertamanya, senaman, suami, keizinan, aktiviti, beransur, sihat, artis melayu, artis malaysia, hiburan tempatan, artis wanita, hiburan terkini, artis cantik, hiburan asia, artis foto, artis gambar

Shakira terima anugerah Artis Sepanjang Tahun

Shakira terima anugerah Artis Sepanjang Tahun

LOS ANGELES 27 Sept. – Penganjur anugerah Grammy Latin yang merupakan anugerah tertinggi dalam industri muzik Latin menamakan bintang Colombia, Shakira bagi menerima anugerah Artis Sepanjang Tahun ini, yang akan diadakan November ini.

Shakira yang dicalonkan dalam tiga kategori, termasuk Album Terbaik bagi album terbarunya, Sale El Sol, akan dianugerahkan gelaran bukan sahaja kerana lagu-lagu dan persembahannya tetapi kerana sifatnya yang dermawan menerusi Yayasan Pies Descalzos miliknya.

“Kami berbesar hati memberi penghormatan ini kepada wanita yang dinamik dan mengambil berat keadaan sekeliling serta usahanya yang menyentuh hati ramai orang di seluruh dunia melalui muziknya serta peribadinya,” kata Presiden Akademi Rakaman Latin, Gabriel Abaroa.

Shakira, 34, mula dikenali ramai sebagai seorang penyanyi awal 1990-an dengan membawa gabungan muzik rock, Latin dan Mediterranean serta dengan gaya tarian geleknya yang tersendiri.

Pada 1996, Shakira mengeluarkan album Pies Descalzos dengan lagu-lagu hit seperti Estoy Aqui dan Se Quiere… Se Mata.

Album Inggeris pertamanya, Laundry Service, diterbitkan pada 2001 dan merupakan album terlarisnya sehingga kini.

Yayasan milik Shakira itu fokus membantu kanak-kanak miskin mendapatkan pelajaran.

Shakira, terima, anugerah, Artis, Sepanjang, Tahun, LOS ANGELES, Penganjur, anugerah, Grammy, Latin, anugerah, tertinggi, ndustri, muzik, Latin, bintang, Colombia, menerima, anugerah, Artis Sepanjang, Tahun, ini, November, artis malaysia, Artis Melayu, Artis pilihan, Artis video, berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan bf1, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan Indonesia, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu

Selena Gomez Teruja Jadi Hos MTV EMA (Europe Music Award)

Selena Gomez Teruja Jadi Hos MTV EMA (Europe Music Award)

Selena Gomez yang baru berumur 19 tahun telah ditawarkan untuk menjadi hos bagi anugerah MTV EMA yang akan berlangsung di Belfast, North Ireland. Acara berprestij yang akan berlangsung awal November tahun ini akan membariskan sejumlah artis-artis dari eropah yang akan menerima anugerah.

“Saya sangat teruja ditawarkan menjadi hos untuk anugerah ini, bagai mimpi jadi kenyataan. Ini benar-benar satu penghormatan untuk saya.” kata Selena Gomez kepada Contact Music.

Menurut sumber, MTV Europe Music Award tahun ini akan diadakan di Odyssey Arena di Belfas pada 6 November nanti. Acara ini akan ditayangkan secara langsung di MTV mulai pukul 9 malam.

Selena, Gomez, Teruja, Jadi, Hos, MTV EMA, (Europe Music Award), berumur, tahun, menjadi, hos, anugerah, MTV, EMA, berlangsung, Belfast, North Ireland, Acara, berprestij, berlangsung, awal, November, tahun, artis, eropah, menerima, anugerah, Artis cerita, Artis cinta, Artis foto, Artis gambar, Artis hiburan, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis kl, Artis kontraksi, artis malaysia, Artis Melayu, Artis pilihan, Artis video, berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan bf1, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan Indonesia, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Contact, Music, Odyssey, Arena, Belfas