Tag Archives: New Boyz berita

New Boyz Teruskan Perjuangan Elak Kontroversi

newboyzb

[media id=194 width=500 height=400]

New Boyz Teruskan Perjuangan Elak Kontroversi

Persaingan dalam dunia hiburan semestinya satu perkembangan yang bagus dan sihat agar industri hiburan Malaysia maju setaraf dengan artis luar. Kebanjiran artis baru dan berkumpulan juga menunjukkan artis-artis di Malaysia mempunyai genre muzik yang pelbagai yang harus kita banggakan.

Bagi kumpulan New Boyz yang kini sedang popular dengan lagu Kau Bernama Cinta yang telah bertahan hampir 9 tahun sejak masing-masing masih dibangku sekolah lagi mengakui seronok dengan perkembangan industri hiburan kini.

Mereka sedikit pun tidak merasa tergugat dengan kemunculan artis berkumpulan baru, tetapi berbangga sekurang-kurangnya artis kini dapat membuka mata para peminat tempatan bahawa muzik tempatan juga sangat bagus.

New Boyz yang kini hanya tinggal berempat dianggotai oleh Tomok, Ristoe, Hafiz dan Zack berpuas hati dengan kemunculan album baru mereka meskipun kurang mendapat publisiti.

Album yang telah dipasarkan sejak bulan Julai tahun lepas ini menekankan konsep pop rock selari dengan pasaran pendengar sekarang. Selain lagu Kau Bernama Cinta, single kedua mereka Andai Mungkin sedang hangat bermain di corong radio tempatan.

Jika dilihat pada awal kemunculan New Boyz, ahli kumpulannya sering bertukar ganti sehingga kadang kala membuatkan para peminat berasa seolah-olah kumpulan ini antara wujud dengan tidak. Ditambah pula kurangnya publisiti di media menunjukkan kumpulan ini seakan berkubur.

Mengakui semua ini, Tomok selaku vokalis dan mewakili teman-teman menganggap kurang publisiti bukanlah halangan untuk mereka meneruskan perjuangan sebaliknya minat yang begitu mendalam harus ditonjolkan dan dikongsi bersama peminat yang pastinya masih setia menanti kehadiran mereka sejak dulu hingga kini.

Tidak menyalahkan syarikat rakaman yang dikata punca kurang mendapat publisiti, Tomok menganggap hidup ibarat putaran roda dan tidak selamanya New Boyz akan terus berada di atas dan popular. Mungkin sekarang adalah peluang kumpulan lain menempa nama dan salah satunya adalah kumpulan Sofaz yang turut sama bernaung dibawah SRC.

Sofaz yang dikatakan saingan terdekat New Boyz kini semakin popular dan mempunyai kelompok peminat yang ramai walaupun New Boyz dalam masa yang sama sedang sibuk mempromosikan album baru mereka.

“Saya akui meskipun album baru kami dah lama berada di pasaran, publisiti semakin berkurangan tentang kami. Mungkin tidak ada cerita menarik yang dapat dikongsi. Maklumlah dulu kami masing-masing lebih popular dan kontroversi dengan kisah peribadi.

“Kini itu semua sudah berlalu. Masing-masing sudah dewasa dan kami ingin cari pembaharuan dan lebih matang dalam perjalanan seni dan kami yakin peminat suka dengan cara kami.

“Soal kurang mendapat publisiti saya tak boleh nak kata apa terpulang pada pihak pengurusan kerana kami sendiri sudah cuba yang terdaya. Apapun kami tetap ligat dan show tetap tidak putus itu paling penting. Tentang kemunculan kumpulan Sofaz, ia satu perkembangan yang sihat dalam industri kita, sekurang-kurangnya peminat dapatlah membuka mata dan memberi peluang pada artis berkumpulan seperti kami ini untuk mencipta nama dinegara sendiri agar standing dengan artis luar.

“Mungkin jika dilihat pada kemunculan kami kini, tidak sesuai rasanya untuk kami menggunakan nama New Boyz dan saya akui ramai juga yang menyarankan kami menukar nama.

“Tapi tidak pada saya, nama New Boyz sudah sinonim dengan kami. Segala yang kami lalui semuanya bermula dengan nama New Boyz, tidak kiralah kami popular atau tidak saya akan kekal dengan nama ini. Jatuh bangun kami biarlah kekal dengan nama New Boyz,” cerita Tomok mewakili teman-teman.

New Boyz, New Boyz musik, New Boyz video, New Boyz foto, New Boyz cinta, New Boyz berita, New Boyz awek, New Boyz kontraksi, New Boyz Hiburan, New Boyz malaysia, New Boyz Melayu, New Boyz Indon, New Boyz Indonesia, New Boyz gambar, New Boyz cerita, New Boyz pilihan, New Boyz kl, New Boyz bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,A rtisArtis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan