Tag Archives: penggambaran

Kendrick sejuk di set Twilight

Kendrick sejuk di set Twilight

Pelakon, Anna Kendrick melahirkan rasa lega selepas menyelesaikan penggambaran filem puntianak bersiri terbaru Twilightdi Kanada.

Pelakon berumur 26 tahun itu hanya memegang watak sokongan dalam filem blockbuster terakhir Twilight iaitu Breaking Dawn yang dipecahkan kepada dua bahagian.

Dia berkata, perasaan itu timbul kerana cuaca di Kanada sangat sejuk.

”Saya lega tidak kehilangan jari tangan atau kaki akibat cuaca beku. Saya juga merasa selamat apabila rambut saya tidak ditarik peminat filem ini. Ia merupakan satu kejayaan apabila melengkapkan penggambaran.

”Saya hanya mempunyai peranan kecil dan tidak mengalami pengalaman menakutkan. Saya tidak tahu bagaimana pelakon lain mengharungi penggambaran selama sembilan bulan dengan penggambaran kedua-dua bahagian filem itu diadakan serentak.

Kendrick, sejuk, set, Twilight, Pelakon, Anna Kendrick, melahirkan, rasa, lega, selepas, menyelesaikan, penggambaran, filem, puntianak, bersiri, terbaru, Twilight, Kanada, Pelakon, berumur, tahun, memegang, watak, sokongan, filem, blockbuster, terakhir, Breaking, Dawn, dua, bahagian, perasaan, timbul, cuaca, Kanada, sangat, sejuk, aurat, artis melayu, artis malaysia, hiburan tempatan, artis wanita, hiburan terkini, artis cantik, hiburan asia, artis foto, artis gambar, artis wanita antarabangsa, gosip artis, hiburan, hiburan pilihan, foto hiburan, gambar hiburan, galeri hiburan, berita hiburan, artis video, cerita artis, cuaca, beku, merasa, selamat, rambut, peminat, satu, kejayaan, melengkapkan, penggambaran

Olivia selesa bergandingan bersama Kamal Adli

Olivia selesa bergandingan bersama Kamal Adli

Pertama kali berkolabirasi bersama dalam filem Gerimis Mengundang, sudah tentu banyak kesukaran perlu dihadapi dua pelakon hebat Malaysia dan Indonesia, Kamal Adli dan Olivia Jensen Lubis ini.

Menjalani penggambaran di sekitar Sabah dan Jakarta, Indonesia, ternyata kedua-dua mereka Berjaya menghindari segala kekangan biarpun pada awalnya, kedua-duanya mengalami masalah untuk mencari keserasian dalam filem ini.

Olivia Jensen Lubis atau mesra disapa, Olivia mengakui senang berlakon di sisi lelaki yang kini hangat digosipkan bersamanya di Indonesia, Kamal Adli dan mengagumi cara kerja yang dilakukan oleh keseluruhan produksi filem Gerimis Mengundang.

“Saya senang bersama Kamal kerana dia sememangnya seorang aktor yang baik dan ramah. Dia orangnya kelakar, tetapi bila di dalam filem, dia berubah seratus peratus wataknya.

Saya menerima tawaran ini untuk mencari pengalaman baru dan ia merupakan salah satu jalan untuk saya masuk di pasaran Malaysia, ternyata usaha ini berhasil kerana saya dapat mempelajari banyak perkara tentang lakonan di sini. Cara kerja di Malaysia dan di Indonesia juga jauh berbeza, jika di Indonesia kami bekerja dengan ramai krew produksi dari pagi hingga ke malam, tetapi tidak di Malaysia.

Di sini tidak ramai krew, tetapi kerjanya pantas sekali. Saya juga selesa bekerja dengan Ahmad Idham kerana dia sangat terbuka, dia tidak meletakkan satu penghalang antara hubungan pelakon dengan pengarah, tetapi dia menjadi seperti sebahagian daripada kami dan sangat mudah untuk berbincang” jelas Olivia.

Kamal, Olivia, berita, gosip, berita gosip, Adli, Kamal Adli, selesa, bersama kamal, artis, olivia selesa, bergandingan, selesa bergandingan, bergandingan bersama, dengan, Pertama, kali, berkolabirasi, filem, Gerimis, Mengundang, kesukaran, dua, pelakon, hebat, Malaysia, Indonesia, Olivia Jensen Lubis, Menjalani, penggambaran, sekitar, Sabah, Jakarta, Indonesia, menghindari segala, keserasian, filem, Ahmad Idham, terbuka, penghalang, hubungan, pelakon, pengarah, hiburan artis, hiburan sensasi, hiburan gosip, berita hiburan, artis wanita, artis antarabangsa, artis berita, foto artis, gambar artis, artis indonesia, artis melayu, artis malaysia, hiburan masa kini

Sara Ali Jadi Buruan Pengarah Dan Penerbit

Sara Ali Jadi Buruan Pengarah Dan Penerbit

Walaupun masih baru dalam industri hiburan, nama Sari Ali semakin meniti di bibir peminat. Pakej lengkap yang dimiliki membuatkan gadis jelita ini mudah dilamar pengarah dan penerbit untuk membintangi karya mereka. Buktinya, tahun ini sahaja, sudah lima filem dibintanginya.

Menurut gadis berusia 20 tahun ini, sebagai orang baru dia sama sekali tidak menduga akan diberikan satu demi satu peluang lakonan meskipun hasil lakonannya masih belum dipertontonkan kepada khalayak ramai.

Akui tuah terletak pada matanya, Sara berkata, kebanyakan pengarah dan penerbit tertarik dengan matanya yang galak kerana ia dikatakan bersesuaian dengan karakter yang mereka inginkan.

“Saya tidak sangka peluang berlakon akan datang silih-berganti. Bagi saya, saya masih terlalu baru dan tidak dikenali pun tetapi pihak penerbit dan pengarah berani mempertaruhkan saya dalam lima filem itu. Alhamdulillah mungkin itu rezeki bagi kelebihan yang saya ada” katanya yang telah membintangi filem Sesuatu Yang Tertinggal, Penunggu Istana, Klip 3GP, Nur Kasih dan yang terbaru, Songlap.

Tidak sangka punya bakat

Menceritakan detik permulaan menceburi bidang hiburan tanah air, Sara bukanlah berasal daripada keluarga seni tetapi mula menceburi bidang lakonan setelah ditawarkan berlakon oleh seorang pengarah menerusi laman Facebook.

“Saya mendapat tawaran untuk berlakon filem Sesuatu Yang tertinggal pada Mac lalu. Pada mulanya saya hanya sekadar ingin mencuba nasib. Tetapi tak sangka, ia menjadi titik permulaan saya untuk berkecimpung dalam dunia seni. Sejak itu, saya mula didatangi pelbagai tawaran. Malah, kehidupan saya kini banyak berubah. Jadual harian saya juga padat dengan lakonan dan berada di set penggambaran” kata Sara.

Menurut Sara, lama-kelamaan minat dalam bidang lakonan semakin menebal dalam dirinya, malah sudah bersedia untuk semakin serius dan komited dalam bidang seni ini.

“Saya berterima kasih kepada pengarah, Asrulhisyam Ahmad, yang membuka peluang untuk saya berlakon. Apabila diterima untuk membintangi filem itu, saya sangka itu adalah lakonan pertama dan terakhir.

Namun, tidak sangka pula saya ditawarkan satu persatu filem selepas itu sehinggalah ke hari ini. Jadi buat masa ini saya mahu fokus dalam bidang lakonan kerana sudah semakin minat dan berasa teruja setiap kali berada di lokasi penggambaran” kata Sara yang turut meluahkan rasa gembira apabila filem lakonannya, Songlap, bakal ditayangkan pada Disember ini.

Sara, Ali, Jadi, Buruan, Pengarah, Penerbit, Menceritakan, detik, permulaan, menceburi, bidang, hiburan, tanah, air, berasal, keluarga, seni, tetapi, menceburi, bidang, lakonan, seorang, pengarah, menerusi, laman, Facebook, mendapat, tawaran, berlakon, filem, Mac, lalu, hanya, sekadar, mencuba, nasib, menjadi, titik, permulaan, saya, berkecimpung, dunia, seni, Sejak, mula,  pelbagai, tawaran, Malah, kehidupan, berubah, Jadual, harian, lakonan, berada, set, penggambaran