Tag Archives: ranbir kapoor wallpaper

Ranbir: Superstar baru Bollywood

4RANBIR Kapoor (kanan) bersama Katrina Kaif memperagakan fesyen rekaan Rohit Bal di New Delhi pada 28 Oktober lalu. – AFP

Ranbir: Superstar baru Bollywood

MUMBAI 17 Nov. – Sejak bertahun lamanya, nama Amitabh Bachchan dan tiga Khan – Shah Rukh, Aamir dan Salman – telah menjadi pelakon lelaki utama Bollywood. Namun kini seorang aktor baru bakal menyertai barisan itu.

Ranbir Kapoor kini menerima pujian untuk filem lakonan terbarunya, Ajab Prem Ki Ghazab Kahani (Kisah Luar Biasa Cinta Yang Aneh), dan dikatakan akan mengikut jejak datuk dan bapanya sebagai superstar.

“Ranbir mempunyai semua ciri bintang. Dia mempunyai bakat dan berwajah tampan. Malah boleh membawa watak humor dan serius dengan mudah,” kata pengarah filem, Rajkumar Santoshi.

Bagaimanapun, pelakon lelaki berusia 27 tahun itu menafikan pujian yang diberikan dan lebih suka menimba pengalaman dalam pelbagai jenis filem untuk membuktikan keupayaan lakonan.

Ranbir enggan sekadar mencipta nama dalam bidang dan negara yang mana hubungan keluarga membawa pengaruh.

“Tolong jangan beri saya gelaran sedemikian. Banyak lagi yang saya perlu tempuhi. Saya baru dua tahun menyertai industri filem dan sedang berusaha keras untuk membuktikan diri.

“Filem terbaru saya adalah Rocket Singh – Sales Of The Year yang diterbitkan oleh Yash Raj, kemudian Rajneeti (Politik) yang berunsur serius. Saya mahu berlakon dalam filem yang bagus dan pelbagai jenis filem,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Populariti Ranbir melonjak naik menerusi filem pertama lakonannya dalam Saawariya (Yang Kusayangi) pada November 2007. Filem itu tidak begitu berjaya namun potensinya disedari ramai.

Tahun lalu, kejayaan sederhana dikecapi Ranbir melalui komedi romantik Bachna Ae Haseeno (Waspada, Gadis Cantik) dan kemudian drama komedi ‘Bangunlah Sid’ yang mendapat sambutan menggalakkan.

Dalam Ajab Prem Ki Ghazab Kahani, dia berlakon di samping Katrina Kaif, aktres baru yang melonjak naik sejak bertukar karier dari menjadi model dan kini menjadi bintang dengan bayaran tinggi Bollywood.

Filem itu mengisahkan remaja yang asyik bercinta, mengutip 337.5 juta rupee (RM24.6 juta) dalam lima hari pertama tayangan, menurut www.boxofficeindia.com, malah muzik latarnya juga menduduki takhta teratas carta muzik. – AFP

ranbir,ranbir kapoor,ranbir kapoor dvd,ranbir kapoor film,ranbir kapoor filmography,ranbir kapoor films,ranbir kapoor movie,ranbir kapoor movies,ranbir kapoor wallpaper,ranbir kapoor wallpapers