Tag Archives: Rey

Halle Berry patah kaki di Sepanyol

Halle Berry patah kaki di Sepanyol

Pelakon filem Gothika, Halle Berry dilaporkan patah kaki ketika berada di Mallorca, Sepanyol, hari ini.

Pemenang anugerah Oscar berusia 45 tahun yang berada di sana bagi menjalani pengambaran filem terbarunya, Cloud Atlas, tercedera ketika sedang berjalan di tempat penginapannya dan tersalah langkah lalu terpelecok.

Dia kemudian dibawa ke hospital berdekatan dan dilaporkan Berry dibawa keluar dari bilik kecemasan menggunakan kerusi roda dengan kakinya berbalut.

Menurut laman web hiburan TMZ, produksi filem itu dikatakan tetap akan meneruskan pengambaran dengan hanya merakamkan Berry daripada pinggang ke atas atau menggunakan khidmat pelakon lagak ngeri.

Di dalam filem Cloud Atlas, Berry membawa watak sebagai wartawan bernama Luisa Rey yang sedang menyiasat laporan rasuah dan pembunuhan di sebuah loji tenaga nuklear.

Filem itu turut dibintangi oleh Tom Hanks, Hugh Grant dan Susan Sarandon dan dijangka ditayangkan pada Oktober 2012 ini.

Halle, Berry, patah, kaki, Sepanyol, Pelakon, filem, Gothika, Halle Berry, laporkan, patah kaki, ketika, berada, Mallorca, Sepanyol, hari, ini, Pemenang, anugerah, Oscar, berusia, tahun, berada, sana, menjalani, pengambaran, filem, terbarunya, Cloud, Atlas, tercedera, ketika, berjalan, tempat, penginapannya, tersalah, langkah, lalu, terpelecok, web, hiburan, TMZ, produksi, filem, katakan, tetap, meneruskan, pengambaran, merakamkan, Berry, pinggang, atas, khidmat, pelakon, lagak, ngeri, filem, Cloud, Atlas, Luisa, Rey, menyiasat, laporan, rasuah, pembunuhan, sebuah, loji, tenaga, nuklear, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan Indonesia, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan musik, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan video, hiburan, Hiburan cinta, hiburan jepun, hiburan korea, hiburan malaysia, hiburan melayu