Tag Archives: saya

Jue artis simbol seks?

Jue artis simbol seks?

Lari daripada persoalan cinta, Jue turut dijolok soalan pedas, adakah dia bangga dengan gelaran aktres simbol seks Malaysia memandangkan susuk tubuhnya yang ‘menggiurkan’ itu dan mendapat perhatian ramai lelaki?

“Saya tak pernah anggap diri saya sebagai artis simbol seks Malaysia. Tapi, apabila orang tengok air muka dan bentuk tubuh saya, mereka mula melemparkan pelbagai tanggapan negatif. Saya pakai baju kurung pun, orang masih melihat saya seksi.

Pun begitu, saya hargai pemberian Tuhan, terpulang kepada orang ramai nak menilai saya dari sudut positif atau sebaliknya.

“Bagi saya, fizikal luaran sekadar bonus, yang penting untuk masa depan ialah hati perlu bersih dan menggunakan akal fikiran dengan bijak supaya orang boleh menghormati kita seadanya.

Saya bersyukur kerana sentiasa mendapat kepercayaan pengarah dan penerbit menjayakan produk mereka, tapi saya tetap berhati-hati terima tawaran supaya mereka tidak mengeksploitasikan diri saya,” kata Jue mengakhiri perbualan.

Jue, artis, simbol, seks, Lari, persoalan, cinta, Jue, turut, pedas, bangga, gelaran, aktres, simbol, seks, Malaysia, memandangkan, susuk, tubuhnya, menggiurkan, mendapat, perhatian, ramai, lelaki, bentuk, tubuh, saya, mula, tanggapan, negatif, pakai, baju, kurung, pun, masih, melihat,  seksi, Artis cerita, Artis cinta, Artis foto, Artis gambar, Artis hiburan, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis kl, Artis kontraksi, artis malaysia, Artis Melayu, Artis pilihan, Artis video, berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan bf1, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan Indonesia, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu

Sara Ali Jadi Buruan Pengarah Dan Penerbit

Sara Ali Jadi Buruan Pengarah Dan Penerbit

Walaupun masih baru dalam industri hiburan, nama Sari Ali semakin meniti di bibir peminat. Pakej lengkap yang dimiliki membuatkan gadis jelita ini mudah dilamar pengarah dan penerbit untuk membintangi karya mereka. Buktinya, tahun ini sahaja, sudah lima filem dibintanginya.

Menurut gadis berusia 20 tahun ini, sebagai orang baru dia sama sekali tidak menduga akan diberikan satu demi satu peluang lakonan meskipun hasil lakonannya masih belum dipertontonkan kepada khalayak ramai.

Akui tuah terletak pada matanya, Sara berkata, kebanyakan pengarah dan penerbit tertarik dengan matanya yang galak kerana ia dikatakan bersesuaian dengan karakter yang mereka inginkan.

“Saya tidak sangka peluang berlakon akan datang silih-berganti. Bagi saya, saya masih terlalu baru dan tidak dikenali pun tetapi pihak penerbit dan pengarah berani mempertaruhkan saya dalam lima filem itu. Alhamdulillah mungkin itu rezeki bagi kelebihan yang saya ada” katanya yang telah membintangi filem Sesuatu Yang Tertinggal, Penunggu Istana, Klip 3GP, Nur Kasih dan yang terbaru, Songlap.

Tidak sangka punya bakat

Menceritakan detik permulaan menceburi bidang hiburan tanah air, Sara bukanlah berasal daripada keluarga seni tetapi mula menceburi bidang lakonan setelah ditawarkan berlakon oleh seorang pengarah menerusi laman Facebook.

“Saya mendapat tawaran untuk berlakon filem Sesuatu Yang tertinggal pada Mac lalu. Pada mulanya saya hanya sekadar ingin mencuba nasib. Tetapi tak sangka, ia menjadi titik permulaan saya untuk berkecimpung dalam dunia seni. Sejak itu, saya mula didatangi pelbagai tawaran. Malah, kehidupan saya kini banyak berubah. Jadual harian saya juga padat dengan lakonan dan berada di set penggambaran” kata Sara.

Menurut Sara, lama-kelamaan minat dalam bidang lakonan semakin menebal dalam dirinya, malah sudah bersedia untuk semakin serius dan komited dalam bidang seni ini.

“Saya berterima kasih kepada pengarah, Asrulhisyam Ahmad, yang membuka peluang untuk saya berlakon. Apabila diterima untuk membintangi filem itu, saya sangka itu adalah lakonan pertama dan terakhir.

Namun, tidak sangka pula saya ditawarkan satu persatu filem selepas itu sehinggalah ke hari ini. Jadi buat masa ini saya mahu fokus dalam bidang lakonan kerana sudah semakin minat dan berasa teruja setiap kali berada di lokasi penggambaran” kata Sara yang turut meluahkan rasa gembira apabila filem lakonannya, Songlap, bakal ditayangkan pada Disember ini.

Sara, Ali, Jadi, Buruan, Pengarah, Penerbit, Menceritakan, detik, permulaan, menceburi, bidang, hiburan, tanah, air, berasal, keluarga, seni, tetapi, menceburi, bidang, lakonan, seorang, pengarah, menerusi, laman, Facebook, mendapat, tawaran, berlakon, filem, Mac, lalu, hanya, sekadar, mencuba, nasib, menjadi, titik, permulaan, saya, berkecimpung, dunia, seni, Sejak, mula,  pelbagai, tawaran, Malah, kehidupan, berubah, Jadual, harian, lakonan, berada, set, penggambaran

Fiza Sering Fikir Nak Berubah

Fiza Sering Fikir Nak Berubah

Pelakon Fiza Halim atau Fiza Elite tidak pernah sunyi dengan cerita kontroversi. Kisah rumah tangga percintaan serta imejnya yang seksi sering jadi perbualan.

Kini pada usia yang baru mencecah 30 tahun pada 18 Ogos lalu, Fiza berasakan dirinya mahu berubah. Malah dia juga sudah terfikir untuk menukar imej kepada wanita bertudung. Dia menunggu serunya betul-betul sampai untuk menukar imej.

“Memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja. Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita berubah dalaman juga. Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?… tapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung… itulah dia” kata Fiza pasal perasaan dalam dirinya sekarang.

Dia tidak melalui apa-apa perkara pelik atau sesuatu yang menggerakkannya, sebaliknya ia datang dengan sendiri. Apatah lagi cabaran membesarkan anak sendirian, serta hubungannya dengan lelaki yang tidak menjadi.

“Secara tiba-tiba sahaja ia datang. Saya ada tanya kepada kawan-kawan pasal perasaan saya. Ada yang menyokong dan ada yang meminta saya bersabar kerana takut ia bukan datang dari dalam hati saya secara ikhlas. Saya tak tahu pasal apa… tapi sejak memikirkan mahu berubah, saya sudah memberikan baju-baju lama yang seksi kepada orang lain. Kalau membeli baju baru, saya pilih yang longgar. Saya fikir juga apa yang membuatkan saya jadi macam ini.

Saya teringat kata-kata saya sendiri yang pernah cakap kepada bekas suami untuk bertudung bila usia dan mencecah 30 tahun. Saya cakap kepada dia sejak lama dulu semasa saya berehat daripada berlakon. Agaknya kerana itulah saya mula terfikir pasalnya bila benar-benar dah masuk usia 30 tahun ini. Lagi satu, saya pernah melihat seorang kenalan yang melalui kesukaran selepas meninggal dunia.

Arwah meninggal ketika memakai pewarna di kuku. Bila dia meninggal, pewarna itu payah ditanggalkan membuatkan urusan kematiannya menjadi lambat. Saya terkenang-kenanag juga pasal perkara itu dan insaf apabila melihat keadaan jenazah” kata Fiza lagi.

Fiza juga tidak ghairah mencari peluang berlakon sehingga menjadikannya seorang ibu yang sibuk. Dia hanya berlakon sekadar memenuhi keperluan hidupnya dan anak-anak sahaja. Anak-anak menjadi keutamaannya sekarang.

“Kalau saya tiba-tiba nak bertudung, saya tak akan menjejaskan mana-mana pihak sebab saya tak banyak komitmen dengan produksi” katanya lagi.

Teliti cari teman hidup

Fiza sekarang selesa bersendirian membesarkan anak-anaknya Ferra Aryanna, 4, dan Feeya Adyria, 3. Bukan tak ada lelaki yang mendekati, tetapi hatinya belum terbuka sebab nampak kekurangan yang ada dalam lelaki yang didampinginya.

“Bukannya nak membandingkan, tapi saya akui payah nak jumpa lelaki macam bekas suami saya. Saya akui ada salah daripada saya sendiri. Semasa ada, saya buat kesilapan sehingga jadi macam ini (bercerai). Saya tak tahulah… bila dah lama berkawan akhirnya saya rasa saya tak boleh nak teruskan untuk tinggal bersama, sebab itu banyak tak menjadi” kata Fiza lagi.

Fiza masih berkawan dengan bekas suami dan keluarganya. Malah pada hari raya nanti, dia dan anak-anak akan beraya di rumah bekas mertua dahulu sebelum balik beraya di rumah keluarganya di Pulau Pinang.

Fiza majalah, Fiza model, Fiza treler, Fiza video, foto Fiza, Fiza aktris, Fiza tv, Pelakon,  berwajah, Fiza model, Fiza filem, Fiza cantik, Fiza penyanyi, Fiza album, Fiza artis malaysia, gambar Fiza, foto Fiza, galeri Fiza, Fiza seksi, Fiza web, Fiza profil, Pelakon, Fiza Halim,  Fiza, Elite, sunyi, cerita, kontroversi, Kisah, rumah, tangga, percintaan, imejnya, seksi, sering perbualan, Kini, usia, baru, mencecah, tahun, Ogos, lalu, Fiza, dirinya, mahu, berubah, Malah, juga, sudah, terfikir, menukar, imej, wanita, bertudung, menunggu, serunya, sampai, menukar, imej, menyokong, meminta, saya, bersabar, datang, hati, secara, ikhlas