Tag Archives: selendang

Isu Tudung Siti Nurhaliza Jadi Bualan

Isu Tudung Siti Nurhaliza Jadi Bualan, Siti Nurhaliza musik, Siti Nurhaliza mtv, Siti Nurhaliza berita, Siti Nurhaliza Web, Siti Nurhaliza galeri, Siti Nurhaliza foto, Siti Nurhaliza portofolio, Siti Nurhaliza album, Siti Nurhaliza info, Siti Nurhaliza filem, Siti Nurhaliza terbaru, Siti Nurhaliza pos, Siti Nurhaliza surat, Siti Nurhaliza mail.

Isu Tudung Siti Nurhaliza Jadi Bualan

tudungct

Pada tarikh 26 April 2008, Datuk Siti Nurhaliza telah membuat pengumuman di satu sidang akhbar eksklusif bahawa beliau akan mengekalkan imej berselendang iaitu menutup sebahagian daripada rambutnya dan bukannya bertudung. Menurut Siti,

“Siti bukanlah memakai tudung tetapi lebih kepada memakai seledang.”

“Soal bertudung ini, Siti sebenarnya ingin lakukannya secara perlahan-lahan. Siti masih dalam proses menyesuaikan diri dengan penampilan baru ini,” tambah beliau ketika di sidang akhbar berkenaan.

Isu tudung di Malaysia ini merupakan satu topik yang sensitif kerana ianya bersangkut-paut dengan tuntutan agama. Keikhlasan Siti dalam mengenakan selendang sering dipertikaikan para peminat yang inginkan Siti mengenakan tudung secara sempurna seperti Waheeda, Ekin, Azizah (TV3) dan Sheila Rusly sebagai contohnya.

Ditanya tentang wujudnya cakap-cakap orang yang tidak menggemari cara beliau mengenakan ‘tudungnya’, Siti mengambil sikap tidak ambil pusing. Katanya

“Semua ini Siti lakukan bukanlah kerana sesiapa tetapi hanyalah kerana Allah.“

Masa beredar begitu pantas sekali dan kini sudah menghampiri setahun Siti muncul dengan imej berselendang. Ada ketika penggayaan selendang Siti menampakkan rambut dengan banyak sekali dan ada ketika hanya jambul yang ditonjolkan seperti kebanyakan wanita Iran. Di sepanjang tempoh ini, bertali arus komen dan pendapat yang diluahkan oleh warga Malaysia tentang imej yang dipertontonkan Datuk Siti Nurhaliza.

Rata-rata ramai wanita dan lelaki yang tidak bersetuju dengan sikap “acuh tak acuh” Siti dalam mengenakan selendang atau tudung di kepala. Nampaknya majoriti masyarakat Malaysia tidak bersetuju dengan pendirian Siti untuk seolah-olah duduk di atas pagar, tidak mengenakan tudung pun bukan dan memakai tudung pun bukan. Mungkin Siti akan membuat keputusan muktamad dalam satu masa yang terdekat ini, siapa yang tahu?

ct6

Mungkin fesyen timur mix barat. Namun rambut tidak kelihatan tapi seperti sesuai untuk orang yang sakit mata sebelah kanan.

Majlis Pertunangan Emelda Rosmila Dan Adlin Aman Ramlie

Majlis Pertunangan Emelda Rosmila Dan Adlin Aman Ramlie, Emelda Rosmila musik, Emelda Rosmila mtv, Emelda Rosmila berita, Emelda Rosmila Web,Emelda Rosmila galeri, Emelda Rosmila foto, Emelda Rosmila portofolio, Emelda Rosmila album, Emelda Rosmila info, Emelda Rosmila filem, Emelda Rosmila terbaru, Emelda Rosmila pos, Emelda Rosmila surat, Emelda Rosmila mail.

Majlis Pertunangan Emelda Rosmila Dan Adlin Aman Ramlie

34578189

prk000012824

Selepas empat tahun bercinta, pelakon dan hos, Emelda Rosmila Abdul Hamid, 29, serta Adlin Aman Ramlie, 37, yang juga anak pasangan pelakon AR Tompel dan Ruminah Sidek mengikat tali pertunangan, semalam.

Emelda atau lebih dikenali dengan panggilan manja Mel, memakai baju kurung rona putih rekaan Kia Konggo dihiasi selendang sedondon memilih hari pertunangan (14/3), sempena tarikh lahirnya yang ke-29.

“Kami sudah merancang majlis ini tahun lalu, tetapi memandangkan bapa saya, Abdul Hamid Mad Ally, 64, meninggal dunia Februari tahun lalu kerana sakit jantung, majlis ini tertunda.

“Lagipun, kesibukan kerja menyebabkan saya dan Adlin terpaksa memikirkan tarikh sesuai untuk pertunangan ini,” kata Emelda selepas majlis itu di rumahnya, Kampung Melayu, Batu Lapan (14/3).

Rombongan Adlin dari Kuala Lumpur yang disertai enam kereta tiba di rumah Emelda jam 12.30 tengah hari dengan membawa tujuh hantaran.

Emelda yang terkenal menerusi drama Manjalara memilih Adlin sebagai suami kerana terpikat dengan kematangan pelakon yang memegang watak sebagai Sultan Mahmud dalam filem Puteri Gunung Ledang itu.

Mel menerima sebentuk cincin emas putih bertatah berlian, sementara Adlin menerima cincin perak sebagai tanda pertunangan.

Mengikut perjanjian, pihak lelaki memberi hantaran RM30,000, mas kahwin RM1,001 dan majlis perkahwinan diadakan 23 Mei ini.

Sementara itu, Adlin yang menyemai harapan bersama Mel sehingga ke akhir hayat berkata, majlis perkahwinan mereka diadakan sederhana dan secara ‘rewang‘ iaitu kenduri gotong-royong di kampungnya di Meru, Klang.