Tag Archives: Stacy

Stacy jadi cover majalah Remaja!

Stacy jadi cover majalah Remaja!

Gambar Stacy di bawah ni merupakan cover dirinya di majalah nombor satu di hati muda mudi, Remaja edisi Oktober 2011. Memang cantik dan cute Stacy seperti Marilyn Monroe la pulak. Hehe.

Ada lah iras sikit-sikit rasanya. Tajuk pon ‘Si Budak Nakal yang sukses!’ mungkin Stacy ni sosial sikit orangnya kot, tapi dia sukses dalam kerjayanya dalam dunia remaja/muda mudi. Nak tahu dan baca lanjut? silalah beli majalah Remaja Oktober pas ni.

Stacy, jadi, cover, majalah, Remaja, Gambar, majalah, nombor, satu, hati, muda, mudi, edisi, Oktober, Memang, cantik, cute, Stacy, Marilyn Monroe, Nakal, sukses, Stacy, sosial, sikit, orang, dunia, remaja, muda, mudi, pas, aktris, album, berita, beyonce, Beyonce album, Beyonce badan fit, Beyonce badan langsing, Beyonce bergaya, Beyonce berita, Beyonce biodata, Beyonce blog, Beyonce facebook, Beyonce filem, Beyonce foto, Beyonce friendster, Beyonce galeri, Beyonce hebat, Beyonce hiburan, Beyonce info, Beyonce mail, Beyonce menarik, Beyonce menawan, Beyonce misteri, Beyonce model, Stacy  model antarabangsa, Beyonce mtv, Beyonce musik, Beyonce myspace, Beyonce popular

Stacy Tidak Keliru Imej

Stacy Tidak Keliru Imej

Penyanyi popular, Stacy, 21, akui tidak keliru dengan imej sebenarnya apabila ada pihak mempersoalkan imej yang ditampilkan semasa majlis pelancaran album terbarunya, Stay-Clebih ringkas berbanding imej di dalam album tersebut.

Selesa dengan imej ringkas berseluar panjang ketat dan baju t, Stacy menjelaskan kelainan imej yang dilihat dalam album Stay-C itu hanyalah untuk memenuhi kehendak yang diingini pada album itu bagi menampakkan kematangan album keduanya yang turut memuatkan lagu berentak balada.

“Saya lebih selesa memakai pakaian yang ringkas dengan berseluar dan berbaju t apabila menari kerana kebanyakan lagu-lagu saya berentak rancak. Biarpun saya turut menyanyikan lagu balada untuk album kedua ini, tetapi saya tetap selesa memakai pakaian yang selesa kerana terdapat lagu rancak lain yang memerlukan saya menari” katanya ketika sidang media dan pelancaran album Stay-C di Zeta Bar, Hotel Hilton, Kuala Lumpur.

Tambahnya: “Saya hanya akan memakai pakaian seperti gaun labuh ketika ke majlis tertentu, sesi fotografi atau pun membuat persembahan mengikut kesesuaian lagu. Tetapi untuk majlis pelancaran kali ini, saya lebih selesa memakai pakaian seperti ini yang lebih melambangkan imej sebenar saya dan bersesuaian dengan umur saya yang baru memasuki 21 tahun”

Stacy yang baru menyambut hari kelahirannya pada 18 Ogos lalu tampil dengan tujuh buah lagu dalam album keduanya itu iaitu Kasanova, Cemburu, Bosan, Lalai, Kapsul, Gempur dan Pelangi Senja.

Antara lagu-lagu tersebut, lirik lagu berjudul Cemburu ditulis oleh sahabat baiknya, Akim AF7.

Biarpun pasangan ini pernah digosipkan bercinta, namun Stacy menganggap lirik lagu itu hanyalah sekadar lirik dan tidak pasti ditujukan kepada sesiapa mahupun dirinya.

“Pada mulanya saya tidak tahu Akim menulis lirik Cemburu kerana lagu itu dihasilkan bersama-sama dengan komposer KunciDemak. Jadi, saya terkejut setelah mendapat tahu Akim telah menulis lirik lagu itu dan turut gembira kerana liriknya menarik. Tetapi saya tidak pasti maksud yang cuba disampaikan oleh Akim menerusi lirik itu dan sekadar menyanyikan lagu itu” ujarnya lagi yang mengambil masa dua tahun untuk menyiapkan album tersebut.

Berhubung tajuk album yang menggunakan nama Stay-C yang memberikan kelainan kepada ejaan namanya sebelum ini, dia berkata Stay-C hanya digunakan untuk tajuk album itu dan tidak akan mempengaruhi ejaan nama asalnya.

“Saya masih mengekalkan ejaan nama Stacy tetapi untuk album ini saya memberikan kelainan dari segi ejaan tetapi masih mengekalkan sebutannya. Malah peminat boleh kaitkan juga Stay-C dengan ‘stay cool’ atau ‘stay creative’ ” katanya yang turut berduet dengan idolanya iaitu Amy Search menerusi lagu Gempur.

Stacy, majlis, pelancaran, album, Zeta, Bar, Hotel Hilton, Kuala Lumpur, Penyanyi, popular, Stacy, keliru, imej, mempersoalkan, imej, majlis, pelancaran, album, terbarunya, Stay-C, ringkas, berbanding, imej, dalam, album, tersebut, Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan Indonesia, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan musik, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan video, Kasanova, Cemburu, Bosan, Lalai, Kapsul, Gempur, Pelangi, Senja, album, memuatkan, lagu, berentak, balada