Tag Archives: sudah

Gementar Siti dalam teruja

Gementar Siti dalam teruja

TEMPOH 16 tahun yang dilalui oleh penyanyi pujaan ramai ini bukanlah satu masa yang singkat sehingga dia berjaya menjadi satu entiti dalam dunia hiburan tanah air.

Pelbagai pengalaman pahit dan manis selain kejayaan luar biasa semuanya sudah dilakar oleh figura unggul bernama Datuk Siti Nurhaliza ini.

Barangkali rekod pencapaiannya dalam bidang seni sukar sekali untuk ditandingi sehingga gelaran penyanyi nombor satu negara terus menjadi miliknya.

Selama bergelar penyanyi, Siti Nurhaliza sudah merakamkan 14 buah album solo yang merangkumi genre pop dan tradisional di mana hampir kesemuanya mencatatkan penjualan yang membanggakan.

Justeru, penghibur kesayangan ramai yang mesra disapa Siti ini nampaknya sudah bersedia untuk mencatatkan satu lagi rekod buat dirinya.

Selepas sekian lama memendam rasa untuk muncul dengan sebuah album Inggeris, akhirnya mimpi Siti bertukar realiti apabila album Inggeris pertamanya, All Your Love sudah mula menjengah pasaran sejak 22 September lalu.

Mahu atau tidak, harus diakui, berita tentang kelahiran album Inggeris pertama Siti sememangnya sesuatu yang cukup luar biasa.

Alasannya cukup mudah. Ia adalah kerana ia milik Siti Nurhaliza, nama yang cukup besar pengaruhnya dan sudah pasti apabila Siti lahir dengan album Inggeris, ia pasti mendapat perhatian ramai.

Namun, mengapakah hanya selepas 16 tahun, Siti memberanikan diri dengan merakamkan album Inggeris sedangkan dia boleh melakukannya ketika dia sedang meniti zaman kegemilangan sebagai penyanyi tersohor rantau Nusantara.

Apakah kerana pertuturan bahasa Inggerisnya yang sering dijadikan bahan jenaka menjadi halangan untuk Siti merakamkan album dalam bahasa itu sebelum ini?

Sambil menghela nafas yang panjang dalam nada yang cukup berhemah, Siti tidak pernah melihat kekurangan itu sebagai satu masalah seandainya dia mahu merakamkan album Inggeris.

Sebaliknya kata Siti, tempoh 16 tahun sudah cukup membekalkan semangat yang cukup tinggi untuk lahir dengan album Inggeris perdananya.

Malah, penyanyi yang mula menempa nama menerusi lagi Jerat Percintaan ini juga mengambil sikap optimis apabila dalam usianya 32 tahun itu masih belum terlewat untuknya muncul dengan album Inggeris.

“Kelahiran All Your Love bukanlah untuk menunjukkan dan membuktikan kepada semua pihak bahawa saya sebenarnya mampu menyanyikan lagu-lagu bahasa Inggeris dengan baik.

“Sebaliknya saya mahu mencabar diri saya kerana perjalanan sebagai anak seni selama 16 tahun yang telah banyak mematangkan saya untuk muncul dengan album Inggeris.

“Saya juga percaya peluang ini hadir tepat pada masanya dan apabila kepercayaan itu diberikan kepada saya, mengapa tidak untuk saya meneruskan niat yang sekian lama terpendam ini untuk direalisasikan,” kata biduanita muda negara ini ketika dihubungi Mega, baru-baru ini.

Gementar, Siti, teruja, TEMPOH, tahun, lalui, penyanyi, pujaan, ramai, singkat, berjaya, menjadi, satu, entiti, dunia, hiburan, tanah, air, pengalaman, pahit, manis, selain, kejayaan, luar, biasa, semua, sudah, lakar, figura, unggul, bernama, Datuk, Siti Nurhaliza, Artis cerita, Artis cinta, Artis foto, Artis gambar, Artis hiburan, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis kl, Artis kontraksi, artis malaysia, Artis Melayu, Artis pilihan, Artis video, berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan bf1, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan Indonesia, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu

Adib (Anak Datuk K) Mula Jaga Tingkah Laku

Adib (Anak Datuk K) Mula Jaga Tingkah Laku

Anak tiri Datuk Siti Nurhaliza Taruddin iaitu Adib Khalid,21, mengakui dia sudah mula menjaga tingkah laku sejak melibatkan diri dalam industri hiburan tempatan.

Adib yang baru sahaja menubuhkan syarikat rakaman, What’s Up Entertainment berkata, dia tidak boleh lagi berperangai kebudak-budakan memandangkan dia kini menjadi perhatian umum, lebih-lebih lagi selepas menerbitkan album Inggeris Siti Nurhaliza iaitu All Your Love.

“Sebelum ini, walaupun saya tidak ada kaitan dengan industri hiburan tempatan, pelbagai gosip dan gambar-gambar saya disebarkan di Internet. Jadi, apabila berada dalam industri, sudah pasti saya akan menjaga tingkah laku agar tidak dipandang serong oleh masyarakat” katanya.

Namun begitu, katanya, hal itu tidak bermakna dia perlu berpura-pura dan menjadi hipokrit dengan diri sendiri.

Tambah Adib, dia tahu dirinya masih baru dalam perniagaan industri seni dan justeru, dia ingin lebih mendalami berkaitan bidang tersebut supaya misinya sebagai seorang peniaga muda berjaya tidak tersasar.

“Sekarang ini, saya masih lagi belajar di Universiti Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia dalam bidang Pengurusan Perniagaan dan Pemasaran.

Pada masa yang sama, saya cuba berkenalan dengan penggiat-penggiat seni di luar negara. Insya-Allah What’s Up akan bertapak dengan kuat di samping sokongan dan bantuan ayah saya, Datuk Sero Khalid Mohamad Jiwa dan Siti” ujarnya.

Sementara itu, ditanya adakah dia turut mencuba menyertai di bidang perniagaan drama atau filem, kata Adib, dia masih belum memikirkan tentang hal tersebut lagi.

Adib, Anak, Datuk K, Mula, Jaga, Tingkah, Laku, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, Adib Khalid, mengakui, sudah, mula, menjaga, tingkah, laku, sejak, melibatkan, diri, What’s Up, Entertainment, berperangai, kebudak, memandangkan, kini, menjadi, perhatian, umum, selepas, menerbitkan, album, Inggeris, Siti, Nurhaliza, All Your Love, industri, hiburan tempatan, hiburan tempatan, hiburan artis, hiburan melayu, hiburan asia, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan musik, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan video

Hardy Hartono jadi tumpuan peminat Malaysia

Hardy Hartono jadi tumpuan peminat Malaysia

Pastinya nama Hardy hartono bukan satu nama yang asing lagi buat peminat-peminat drama melayu Malaysia, lantaran pelakon kacak bersala dari Indonesia ini sudah sering menghiasi layar televisyen melalui lakonannya di dalam drama bercorak ketuhanan, Kitab Cinta yang disiarkan di TV Al Hijrah.

Bergandingan dengan pelakon jelita Malaysia, Fazura, aura Hardy Hartono ini mampu membuat peminat-peminatnya tidak tidur malam lantaran sikapnya yang begitu cantik dan indah yang ditonjolkan melalui watak Wali dalam drama itu.

Hadir ke Malaysia untuk menghadiri sesi sidang media pelancaran program-program raya, stesen tv Al Hijrah, Hardy menceritakan sisi sebenar dirinya diluar watak yang dilakonkan itu.

Hardy Hartono bergandingan dengan Fazura dalam kitab cinta

“Jika Wali orangnya pendiam dan pemalu, ia serupa sahaja dengan diri saya. Wali digambarkan orangnya lebih bergaya dan berpegang pada ajaran islam yang kuat serta tidak nakal, dan saya pula seperti lelaki biasa yang kuat bekerja dan tidak terlalu bersosial.

Kebiasaanya di negara saya, jika tiada sebarang kerja saya lebih tinggal dirumah dan hanya menonton televisyen, tetapi bila bekerja saya hanya fokus pada kerja dan akan melakukannya sebaik mungkin. Jika ada kelapangan yang banyak, saya suka bersukan seperti bermain bola jaring dan bersenam. Secara peribadinya, saya belum ada pacar (kekasih) lagi, namun teman yang namanya perempuan itu ramai” ujar lelaki berusia 27 tahun ini.

Model

Bukan hanya meminati bidang lakonan, sebenarnya lelaki kacukan belanda melayu ini juga terlibat dalam bidang peragaan. pernah terlibat dalam iklan tv seperti vaseline Man, Panasonic dan Fresh Tea, dia juga sudah melakonkan tiga buah filem di Indonesia iaitu, Pengantin Topeng, Cinta Lama belum kelar, dan Not For Sale.

Menerima tawaran pengarah popular, Erma Fatima untuk bergandingan dengan Fazura dalam Kitab Cinta, jelas Hardy dia sangat menyukai cara kerja Erma Fatima sebagai seorang pengarah.

“Kak Erma mengenali saya menerusi drama Aqsa dan Madina, kemudian dia menghubungi pengurus saya di Indonesia untuk menawarkan watak Wali kepada saya. Saya baca skripnya, dan sangat menyukai watak Wali dalam drama itu lantas menerima tawaran Kak Erma. Ternyata dia seorang yang sangat baik, biarpun ada kalanya dia garang, namun bagi saya garangnya sangat bertempat. Dia memberi kelonggaran kepada saya membawakan watak Wali itu mengikut cara saya, malah hubungan saya dengan Kak Erma biarpun baru pertama kali bekerjasama sudah seperti satu keluarga. Dengan Fazura pula, dia sememangnya seorang yang bagus dalam lakonan dan sememangnya saya sangat menyenangi berlakon bersama-sama dengannya” jelas Hardy.

Popular Di Malaysia

Melihat namanya sudah mula diterima di negara ini, jelas Hardy dia terlalu bersyukur kerana ada tempat untuknya disini.

“Sememangnya saya mahukan yang terbaik dalam diri saya dari masa ke semasa, dan sesungguhnya saya sangat berterima kasih kerana begitu disenangi disini. Selepas Kitab Cinta, saya akan sambung berlakon untuk Kak erma dalam Kitab Cinta 2, jadi saya harap ia masih diterima” ujar Hardy hartono yang merupakan anak ketiga dari tiga orang beradik ini.

Hardy Hartono, jadi, tumpuan, peminat, Malaysia,  foto, Hardy Hartono galeri, Hardy Hartono galeri foto, Hardy Hartono gambar, Hardy Hartono majalah, Hardy Hartono model, Hardy Hartono treler, Hardy Hartono video, foto Hardy Hartono, Hardy Hartono aktor, Hardy Hartono tv, nama, Hardy, hartono, satu, nama, asing, peminat-peminat, drama, melayu, Malaysia, pelakon, kacak, berasal, Indonesia, sudah, sering, menghiasi, layar, televisyen, lakonannya, drama, bercorak, ketuhanan, Kitab, Cinta, TV Al Hijrah