Tag Archives: sudut

Zahiril Adzim Gelisah Bergelar Seorang Suami

Zahiril Adzim Gelisah Bergelar Seorang Suami

“Jauh di sudut hati saya memang tak sabar nak kahwin. Tapi semakin dekat dengan tarikh perkahwinan, saya makin gelisah. Sebabnya, kita sebagai lelaki ni akan memikul tanggungjawab yang besar. Dosa isteri, walaupun besar atau kecil kita kena tanggung.

Insyaallah, saya sedang buat persediaan daripada sudut agama. Daripada segi kewangannya pula, saya akan susun betul-betul.

Pada saya, apabila bergelar sebagai suami isteri, kita harus bersabar dan jangan mengeluh,” kata Zahiril Adzim apabila diajukan soalan mengenai persiapan daripada segi fizikal dan mental menjelang perkahwinannya bersama Shera Aiyob, hos Wanita Hari Ini.

Zahiril Adzim yang ditemui pada Isnin lalu di GSC Pavillion memaklumkan persiapan perkahwinannya kini hampir selesai, sekitar 70%.

“Ibu dan kakak saya yang membeli barang dan menguruskan segala persiapan kerana mereka tahu yang saya ni amat sibuk orangnya. Setakat ini, sekitar 70% persiapan sudah selesai termasuklah barangan hantaran.

Perhiasan hantaran pula ditaja oleh Dedulang Sirih yang merupakan sebuah syarikat milik kakak saya. Insyaallah, pihak saya akan menghantar 9 dulang hantaran, namun ia masih belum dimuktamadkan lagi,” ujar pelakon utama filem Klip 3GP, sebuah filem yang akan ditayangkan diseluruh pawagam mulai 13 Oktober ini.

“Yang pastinya, perkahwinan kami pada 20 November 2011 ini akan diadakan dalam suasana penuh kesederhanaan,” tambah Zahiril Adzim

Zahiril, Adzim, Gelisah, Bergelar, Suami, Jauh, sudut, hati, memang, sabar, kahwin, semakin, dekat, tarikh, perkahwinan,  makin gelisah. Sebabnya, kita sebagai lelaki ni akan memikul tanggungjawab yang besar. Dosa isteri, walaupun, besar, kecil, tanggung, sudut, agama, GSC Pavillion, filem, tayangkan, seluruh, pawagam