Tag Archives: Tahun

Azad Jazmin Menangis Teringat Adik

Azad Jazmin Menangis Teringat Adik

Pelakon Azad Jazmin John Louis mengakui terkenang Arwah adiknya sehingga menitiskan air mata selepas sah bergelar suami kepada aktres Eira Syazira malam Jumaat.

Kata Azad, adiknya Nizar Jeffri yang telah meninggal dunia pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu pernah membuat permintaan untuk melihat pasangan selebriti tersebut berkahwin.

“Adik saya baik dengan Eira dan sebelum dia meninggal dunia, dia minta saya berkahwin segera dengan Eira kerana katanya Eira adalah wanita yang paling layak buat saya.

Biarpun dia sudah tiada tapi saya pasti ada gembira melihat perkahwinan ini, itu yang membuatkan saya menangis” ujarnya selepas selesai majlis ijab kabul, dikediaman pengantin perempuan, di sini, Jumaat.

Azad, Jazmin, Menangis, Teringat, Adik, Pelakon, Azad Jazmin John Louis, terkenang, Arwah, menitiskan, air, mata, bergelar, suami, aktres, Eira Syazira, malam, Jumaat, adiknya, Nizar Jeffri, meninggal, dunia, Hari, Raya, Aidiladha, tahun, lalu, permintaan, melihat, pasangan, selebriti, berkahwin, hiburan asia, hiburan melayu, hiburan malaysia, artis melayu, artis tempatan, web artis, foto artis, gambar artis, galeri artis, artis awek, gosip artis, Azad Jazmin, Azad Jazmin awek, Azad Jazmin berita, Azad Jazmin cantik, Azad Jazmin cerita, Azad Jazmin cinta, Azad Jazmin foto, Azad Jazmin gambar, Azad Jazmin hiburan, Azad Jazmin Indon, Azad Jazmin Indonesia, Azad Jazmin kl, Azad Jazmin kontraksi, Azad Jazmin malaysia, Azad Jazmin Melayu, Azad Jazmin musik, Azad Jazmin pilihan, Azad Jazmin video

Kasut Tinggi Serlah Keyakinan Izara

Kasut Tinggi Serlah Keyakinan Izara

AGAK pelik ketika menemu bual pelakon baru, Izara Aishah (gambar) kerana gadis berusia 19 tahun ini mahu menyembunyikan nama bapanya.

Kata Izara, dia bukan sengaja mahu berahsia tetapi kerana bapanya telah menasihati agar tidak mengaitkan nama keluarga dalam karier seninya.

Atas faktor itulah Izara terpaksa menerima hakikat nama keluarga tidak boleh dihebahkan kepada umum sekiranya dia benar-banar mahu serius dalam bidang seni.

“Saya seorang sahaja yang terlibat dalam karier seni ini, jadi keluarga tidak mahu mereka dikaitkan. Namun begitu, mereka tetap menyokong kerjaya saya dari belakang” kata Izara.

Antara drama yang pernah dilakonkannya adalah Keranamu Laila di TV3 dan Hantu Gigi di Astro Prima.

Berdarah kacukan Melayu-Pakistan, gadis cantik ini bukan sekadar dikenali sebagai pelakon, malah dia juga dikenali di pentas peragaan setelah memenangi tempat kedua pertandingan Dewi Remaja 2009/2010.

Selain itu, dia juga gemar menari namun tidak menjadikan aktiviti itu sebagai karier sepenuh masa sebaliknya sekadar suka-suka.

Mengorek kisah lamanya sewaktu di alam persekolahan, Izara merupakan seorang yang aktif dan sering menyertai pertandingan seni termasuklah berkebolehan melakukan persembahan tarian tradisional, hip hop dan Latin.

“Saya mula menari sejak berusia lima tahun dan tarian yang saya belajar adalah Bollywood daripada ibu saudara saya. Sekarang, saya masih mempelajari tarian daripada koreografer tetapi hanya sekadar suka-suka dan cara senaman untuk mengisi masa lapang. Lagipun saya lebih banyak menumpukan kepada karier lakonan” katanya kepada OopStarz!.

Kasut, Tinggi, Serlah, Keyakinan, Izara, pelik, menemubual, pelakon, baru, Izara Aishah, gadis, berusia, tahun, menyembunyikan, nama, bapanya, Izara, sengaja, mahu, berahsia, tetapi, kerana, menasihati, mengaitkan, nama, keluarga, karier, seninya, hiburan asia, hiburan melayu, hiburan malaysia, artis melayu, artis tempatan, web artis, foto artis, gambar artis, galeri artis, artis awek, gosip artis, Kasut Tinggi, Kasut Tinggi awek, Kasut Tinggi berita, Kasut Tinggi cantik, Kasut Tinggi cerita, Kasut Tinggi cinta, Kasut Tinggi foto, Kasut Tinggi gambar, Kasut Tinggi hiburan, Kasut Tinggi Indon, Kasut Tinggi Indonesia, Kasut Tinggi kl, Kasut Tinggi kontraksi, Kasut Tinggi malaysia, Kasut Tinggi Melayu, Kasut Tinggi musik, Kasut Tinggi pilihan, Kasut Tinggi video

Shakira terima anugerah Artis Sepanjang Tahun

Shakira terima anugerah Artis Sepanjang Tahun

LOS ANGELES 27 Sept. – Penganjur anugerah Grammy Latin yang merupakan anugerah tertinggi dalam industri muzik Latin menamakan bintang Colombia, Shakira bagi menerima anugerah Artis Sepanjang Tahun ini, yang akan diadakan November ini.

Shakira yang dicalonkan dalam tiga kategori, termasuk Album Terbaik bagi album terbarunya, Sale El Sol, akan dianugerahkan gelaran bukan sahaja kerana lagu-lagu dan persembahannya tetapi kerana sifatnya yang dermawan menerusi Yayasan Pies Descalzos miliknya.

“Kami berbesar hati memberi penghormatan ini kepada wanita yang dinamik dan mengambil berat keadaan sekeliling serta usahanya yang menyentuh hati ramai orang di seluruh dunia melalui muziknya serta peribadinya,” kata Presiden Akademi Rakaman Latin, Gabriel Abaroa.

Shakira, 34, mula dikenali ramai sebagai seorang penyanyi awal 1990-an dengan membawa gabungan muzik rock, Latin dan Mediterranean serta dengan gaya tarian geleknya yang tersendiri.

Pada 1996, Shakira mengeluarkan album Pies Descalzos dengan lagu-lagu hit seperti Estoy Aqui dan Se Quiere… Se Mata.

Album Inggeris pertamanya, Laundry Service, diterbitkan pada 2001 dan merupakan album terlarisnya sehingga kini.

Yayasan milik Shakira itu fokus membantu kanak-kanak miskin mendapatkan pelajaran.

Shakira, terima, anugerah, Artis, Sepanjang, Tahun, LOS ANGELES, Penganjur, anugerah, Grammy, Latin, anugerah, tertinggi, ndustri, muzik, Latin, bintang, Colombia, menerima, anugerah, Artis Sepanjang, Tahun, ini, November, artis malaysia, Artis Melayu, Artis pilihan, Artis video, berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan bf1, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan Indonesia, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu