Tag Archives: Taiwan

Album Karen Mok “Hui Wei”

Album Karen Mok “Hui Wei”

“Hui Wei” ialah sebuah album penyanyiaan semula, yang mengandungi lagu-lagu tradisional yang klasik di barat, tenggara dan Taiwan China, dan juga beberapa lagu pop yang popular pada tahun 30-an, 70-an dan 80-an abad lalu di Shanghai dan Taiwan.

Karen telah memadankan melodi dan rentaknya, menambah unsur muzik popular, dan memberikan daya hidup yang baru kepada lagu-lagu tersebut.

Lagu “Di Tempat yang Jauh” adalah padanan lagu tradisional barat China. Karen memberikan perasaan romantik dan sunyi kepada lagu ini.

Lagu “Bunga Mekar di Bawah Bulan Bulat” dipadankan daripada lagu penyanyi wanita Zhou Xuan pada tahun 30-an abad lalu.

Melodinya merdu seperti curahnya sinar bulan, muzik Jazz memberikan perasaan yang sedih. Lagu ini memperasakan suasana Shanghai pada tahun 1930-an.

Suara Karen juga memberikan kesan seperti piringan hitam yang lama kepada lagu ini. Sila nikmati.

Selain lagu “Bunga Mekar di Bawah Bulan Bulat”, dalam album “Hui Wei” ada lagi sebuah lagu yang bercorak Jazz, iaitu lagu “Di Mana Datangnya Angin”.

Penyanyi asalnya ialah penyanyi wanita yang paling terkenal dalam bidang muzik pop bahasa Mandarin pada abad lalu, Teresa Teng.

Edisi Karen ini amat berbeza dengan edisi Teresa Teng. Marilah, kita sama-sama mendengar lagu ini.

Seterusnya, lagu yang dipadankan daripada lagu penyanyi lelaki terkenal Taiwan, Chyi Chin, “Dunia Luar”.

Dalam album baru ini, kebanyakan lagu dipadan melodinya sahaja, namun lagu “Lagu Cinta” selain memadankan melodinya, juga menggubah lirik yang baru.

Lagu ini dipadankan daripada lagu tradisional di barat China, “Lagu Cinta Kangding”.

Padanan memperolok-olokkan percintaan orang moden yang tidak bertanggungjawab.

Karen Mok, Karen Mok foto, Karen Mok web, Karen Mok info, Karen Mok maklumat, Karen Mok hiburan, Karen Mok misteri, Karen Mok berita, Karen Mok bio, Karen Mok malaysia, Karen Mok kawan, Karen Mok artis, Karen Mok bf1, Karen Mok dunia

Shu Qi nafi bercinta

Shu Qi nafi bercinta

HONG KONG – Aktres seksi Shu Qi terus menafikan sekeras-kerasnya dia kembali bercinta dengan bekas kekasihnya, Wang Lee Hom.

Minggu lalu, media di Hong Kong menyiarkan gambar menunjukkan bintang filem tersebut memandu ke apartmen milik Lee Hom di Taiwan pada 30 Julai dan dilihat meninggalkan bangunan tersebut lewat petang.

Khabar angin lain dalam akhbar tabloid tempatan turut menyatakan Shu Qi dilihat berjalan berdua-duaan sambil berpegangan tangan dengan Lee Hom di New York pada bulan lalu.

Namun, Shu Qi menafikan laporan-laporan tersebut dan meluahkan yang artikel tersebut memperdayakan pembaca.

“Cerita yang mereka tulis sungguh menarik! Sila beri tepukan gemuruh kepada mereka.

“Saya ke New York bagi menjalani pengambaran komersial. Mereka mengejar bayang-bayang nampaknya,” katanya yang pernah bercinta selama tiga tahun dengan Lee Hom.

Tambahnya, dia berada di bangunan apartmen Lee Hom kerana melawat rakannya yang kebetulan menetap di bangunan yang sama.

Pengurus Lee Hom turut menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan Lee Hom sepanjang hari berada di studio rakaman pada hari tersebut.

Shu Qi, nafi, bercinta, Aktres, seksi, Shu Qi, bercinta, bekas, kekasihnya, Wang Lee Hom, media, Hong Kong, menyiarkan, gambar, bintang, filem, apartmen, milik, Lee Hom, Taiwan, pada, Julai,   bangunan, lewat, petang, Khabar, angin, akhbar, tabloid, berjalan, berdua-duaan, berpegangan tangan, Lee Hom, New York, Pengurus, video Artis, Artis berita, awek artis, awek cantik, awek cina, awek indon, awek jepun, awek korea, awek malaysia, awek melayu, berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan antarabangsa,  Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan terkini