Tag Archives: terselit

Seksi Wan Sharmila

Seksi Wan Sharmila

Wan Sharmila mohon maaf isu gaun singkat ketika pertunjukan fesyen

PADA hujung talian, terselit sedikit nada ragu malah sempat Wan Sharmila bertanya mengenai topik yang bakal diajukan sebelum bibirnya melontarkan kata persetujuan untuk menjayakan sesi fotografi bersama B*POP. Hadir tepat pada waktu dijanjikan, masih terkesan sisa kebimbangan pada raut wajahnya.

Berkali-kali dia menagih kepastian, memohon diberi teguran jika gaya diberikan melampaui batas.

Wan Sharmila begitu berhati-hati pada sesi fotografi kali ini, tidak seperti selalu di mana dia ceria dan mudah memberikan gaya yang dituntut jurugambar.

Semua itu impak daripada penampilannya pada acara Music, Art, Style International Festival (MASiF) 2011, baru-baru ini.

Gara-gara gaun pendek yang mendedahkan bahagian belakang badannya, Wan Sharmila dikritik hebat terutama menerusi laman sesawang yang mengecamnya dengan pelbagai tuduhan.

Akur keterlanjuran yang berlaku tidak boleh ditarik semula, anak kelahiran Johor Bahru berusia 30 tahun ini selesa mengalah tanpa berbahas panjang untuk membela diri.

Enggan isu yang hangat menjadi mainan di laman maya itu terus diperbesarkan, Wan Sharmila menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada pihak yang tersinggung atas sikap tidak sensitifnya itu.

Wan Sharmila juga tidak mahu meletakkan kekhilafan itu di bahu sesiapa, biarpun jauh di sudut hati, dia terguris dipalit pelbagai kecaman menyakitkan.

Sesekali bibirnya meluahkan perkataan kesal, terutama apabila statusnya sebagai seorang janda dijadikan alibi oleh segelintir pihak untuk ‘menghalalkan’ penampilan seksinya itu.
“Itu hanya pandangan segelintir pihak dan saya tidak menyalahkan mereka jika masih belum mengenali siapa Wan Sharmila yang sebenar,” luahnya perlahan.

Tidak memohon simpati atau berharap masyarakat akan segera menyebelahinya, Wan Sharmila cuma mendambakan peminat industri hiburan bersikap adil dan tidak pantas menilai seseorang berdasarkan penampilan luaran.

Wan Sharmila juga menyeru masyarakat supaya mengambil sedikit masa untuk mengenali dan mengkaji peribadinya sebelum menjatuhkan hukuman kepadanya.

“Salah saya juga kerana mengambil ringan semua perkara. Saya jenis menyarung apa saja pakaian yang saya rasa selesa. Begitu juga apabila diusulkan untuk menggayakan rekaan itu. Saya menerimanya tanpa banyak soal jawab.

“Langsung tidak terlintas di fikiran gaun itu boleh mencetuskan kontroversi dan membangkitkan kemarahan sesetengah pihak.

Percayalah bukan niat saya untuk merosakkan nama baik penggiat seni, sebaliknya saya cuma melunaskan apa yang saya fikirkan betul untuk diri saya,” katanya.

Seksi, Wan Sharmila, mohon, maaf, isu, gaun, singkat, pertunjukan, fesyen, terselit, nada, ragu, sempat, Wan Sharmila, topik, bibir, melontarkan, persetujuan, sesi, fotografi, B*POP, hadir, terkesan, sisa, kebimbangan, raut, wajah, Wan Sharmila, menyusun, sepuluh, jari, memohon, maaf, pihak, tersinggung, sensitif, pendek, mendedahkan, bahagian, belakang, badan, Johor Bahru

Kad Hari Raya edisi Dato’ Siti Nurhaliza

Kad Hari Raya edisi Dato’ Siti Nurhaliza

Orang kata kad raya ni dah tak lagi mendapat sambutan memandangkan kini sudah canggih dengan aplikasi online, sms mahupun juga Facebook sebagai tempat melepaskan ucapan Raya.

Tapi bagi sesetengah pihak, kad raya adalah sesuatu yang releven untuk digunakan, memandangkan dalam kad raya ada terselit makna yang tersendiri, dan boleh dibuat kenang-kenangan sampai bila-bila. Sebut soal kad raya, SimplySiti juga tidak ketinggalan untuk mempromosikan kad raya edisi khas, wajah pengasasnya dalam kad raya keluaran mereka.

Namun untuk memiliki edisi khas ini, anda kenalah pergi membeli produk SimplySiti dan baru boleh mendapatkannya, selagi stock masih ada. Hehe.

Kad Siti show, Kad Siti penyanyi wanita, Kad Siti artis, Kad Siti menawan, Kad Siti peminat, Kad Siti selebriti, Kad Siti gambar, Kad Siti foto, Kad Siti hiburan, Kad Siti artis malaysia, gambar Kad Siti, galeri Kad Siti, foto Kad Siti, Kad Siti cantik, Kad Siti wanita, Kad Siti menarik, Kad, Hari, Raya, edisi, Dato, Siti Nurhaliza, kad, raya, memandangkan, kini, canggih, online, sms Facebook, ucapan, Raya, kad raya, releven, memandangkan, kad raya, terselit, makna, kad raya, SimplySiti, mempromosikan, kad raya, edisi, khas, wajah, pengasass, kad raya, keluara, artis wanita, SimplySiti, ucapan Raya, Kad Siti video