Tag Archives: terus

Bienda Terus Berlakon

Bienda Terus Berlakon

Biarpun mengalami alahan teruk sehingga hari ini, Bienda tidak merancang untuk berehat daripada menerima sebarang tawaran berlakon atau mengacara sehingga usia kandungannya mencecah sembilan bulan.

Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli yang sudah hamil empat bulan berharap akan terus menerima tawaran berlakon.

Anak kepada penyanyi Sheeda ini mengakui selektif memilih watak kerana tidak mahu mengambil risiko ke atas kandungan pertamanya itu.

“Buat masa ini saya terpaksa berehat dahulu memandangkan keadaan saya kurang sihat. Alahan yang saya hadapi sangat teruk menyebabkan berat saya turun secara mendadak. Selepas menerima rawatan, kini saya semakin sihat. InsyaAllah dalam dua minggu lagi saya boleh kembali berlakon mahupun mengacara sekiranya kesihatan mengizinkan” katanya ketika dihubungi Zass semalam.

“Saya rasa kekok duduk di rumah lama-lama. Rasa bosan pun ada. Apabila menonton televisyen, rasa cemburu tengok pelakon lain dan saya hanya duduk sahaja. Kerana itu saya berazam untuk terus aktif walaupun dapat berlakon beberapa babak sahaja” katanya.

Biarpun jadual kerjayanya sudah tidak seperti dahulu lagi, Bienda tetap mendapat sokongan suaminya untuk terus aktif.

“Saya pernah berhasrat untuk tidak terlalu aktif demi menjaga kandungan pertama ini. Tapi, saya rindu untuk ke lokasi dan berlakon. Kerana itu, saya tekad untuk aktif semula. Dalam masa sama, ia juga seperti senaman untuk saya. Lagipun, suami memberi keizinan kepada saya” katanya.

Mengakui teruja merasai nikmat menjadi seorang ibu, Bienda berharap dirinya akan beransur sihat dan dapat melakukan pelbagai aktiviti seperti sedia kala.

Bienda, Terus, Berlakon, mengalami, Bienda, merancang, berehat, menerima, tawaran, berlakon, mengacara, usia, mencecah, sembilan, bulan, Nor Razlinda Razli, hamil, empat, bulan, berharap,  menerima, tawaran, berlakon, Anak, penyanyi, Sheeda, mengakui, selektif, watak, mengambil, risiko, kandungan, pertamanya, senaman, suami, keizinan, aktiviti, beransur, sihat, artis melayu, artis malaysia, hiburan tempatan, artis wanita, hiburan terkini, artis cantik, hiburan asia, artis foto, artis gambar

Mamat Sepah & Fida Makin Rapat-Merapati

Mamat Sepah & Fida Makin Rapat-Merapati

Mamat Sepah dan Fida kini khabarnya sedang berkawan rapat sejak 6 bulan yang lepas. Dalam dunia artis, kalau sedang berkawan rapat maknanya berkemungkinan besar mereka berdua sedang bercinta.

Sebelum ini Mamat Sepah dikatakan bercinta dengan adik Rodi Kristal. Abang Nara dah tengok gambar adik Rodi tue. Boleh tahan cun jugak. Sayangnya percintaan mereka tak kekal. Mungkin jodoh Mamat dengan Fida.

Cuba teka sikap apa yang menyebabkan Fida tertarik kepada Mamat?

Antara ramai artis lelaki, saya tertarik dengan cara dia menandatangani autograf kepada peminat dengan menggunakan tulisan jawi dan selepas memenangi Maharaja Lawak baru-baru ini, dia terus pulang ke kampung untuk bertemu keluarga berbanding mengutamakan orang lain. Jadi, kualiti yang ada itu membuatkan saya selesa untuk berkawan dengannya, namun hubungan kami masih baru untuk mengatakan kami bercinta atau tidak

Kepada Mamat, kalau dah suka tue bagitau jerlah. Masuk line terus. Terus masuk minang. Fida tue bukannya tak ada peminat. Ramai kot peminat dia. Kang melepas kang baru nak nangis. Tak gitu?

gosip, malaysia, gambar, artis, sepah, mamat sepah, bahagia, Mamat, Sepah, bercinta, adik, Rodi, Kristal, gambar, adik, Rodi, cun, Sayangnya, percintaan, Mungkin, jodoh, Mamat, Fida, artis, lelaki, tertarik, menandatangani, autograf, peminat, tulisan, jawi, memenangi, Maharaja, Lawak,  pulang, kampung, keluarga, hubungan, mengatakan, bercinta, Mamat, Masuk, line, terus, minang, Fida peminat, Ramai, peminat, Fida, Makin, Rapat, Merapati