Tag Archives: videonya

LADY GAGA JADI LELAKI

LADY GAGA JADI LELAKI

Kehadiran bintang pop, Lady Gaga pada pembukaan Anugerah Video Muzik MTV (VMA) kelmarin menampilkan kelainan apabila dia memakai pakaian lelaki seperti dalam klip videonya, You and I.

Lady Gaga yang cukup dikenali dengan gaya pelik pada tahun lalu memilih untuk memakai baju yang diperbuat daripada daging. Kali ini dia menukar dirinya dengan mengenakan sut lelaki berwarna hitam dan kemeja-T putih.

Dia kemudian menyampaikan lagu You and I sambil diiringi oleh sekumpulan penari dan gitaris rock lagenda, Brian May daripada kumpulan Queen. Gaga meneruskan persembahan dengan menari di atas pianonya, sebelum menggoncang botol dan membuka penutupnya.

Sementara itu, penyanyi Britney Spears pula merupakan selebriti pertama diumumkan sebagai penerima anugerah video pop terbaik menerusi lagu Till the World Ends dalam program yang ditonton secara meluas itu.

LADY GAGA, LELAKI, bintang pop, Lady Gaga, Anugerah, Video, Muzik, MTV, (VMA) pakaian, lelaki, klip, videonya, You, I, Lady Gaga, memakai, baju, daging, su, lelaki, berwarna, hitam, kemeja-T putih, Till, World, Ends, Queen, Brian May, video, pop, sut lelaki, hiburan antarabangsa, hiburan wanita

Petani marah Rihanna pakai bikini

Petani marah Rihanna pakai bikini

Ekoran memakai coli, seluar dalam berwarna merah dan mendedahkan payu dara, bintang pop Rihanna telah diusir dari ladang milik seorang petani di Ireland Utara.

Tindakan drastik itu dilakukan kerana petani itu marah melihat Rihanna memakai bikini semasa sesi penggambaran muzik videonya.

Rihanna, 23, sedang menjalani penggambaran muzik video single terbarunya, We Found Love di sebuah ladang milik petani tersebut di bandar Bangor, timur Belfast pada Isnin lalu.

Namun, petani itu, Alan Graham memutuskan penyanyi popular itu bertindak keterlaluan apabila dia melucutkan pakaiannya sekali gus mendedahkan bikini kecil berwarna merah yang dipakainya.

Akhbar-akhbar Ireland menyatakan Rihanna turut mendedahkan payu daranya buat seketika.

Melihat aksi menjolok mata berlaku di ladangnya, petani berusia 61 tahun itu yang sebelum ini membenarkan sesi penggambaran itu dilakukan, segera turun dari traktornya dan menyuruh bintang pop itu kembali memakai pakaiannya.

“Perbuatannya itu tidak sesuai. Dia tahu saya seorang penganut Kristian yang patuh,” kata Graham.

“Kami berjabat tangan dan dia kemudian beredar dari tanah saya secara baik,” tambahnya

Petani, marah, Rihanna, pakai, bikini, seluar, dalam, berwarna, merah, mendedahkan, payu dara, bintang, pop, Rihanna, ladang, Ireland Utara, drastik, sesi, penggambaran, muzik, videonya, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan Indonesia, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan musik, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan video, gara, hiburan, Hiburan cinta, hiburan jepun, hiburan korea, hiburan malaysia, hiburan melayu, Rihanna Korea, Rihanna bintang pop, Rihanna gambar, Rihanna Indon, Rihanna Indonesia, Rihanna kl, Rihanna kontraksi, Rihanna malaysia, Rihanna Melayu, Rihanna pilihan, Rihanna video

Dato’ Siti Nurhaliza pilih Pavilion buat video!

Dato’ Siti Nurhaliza pilih Pavilion buat video!

Dasyat sungguh projek besar Dato’ Siti Nurhaliza kali ni. Projek video untuk single lagunya yang ‘english’ itu, Falling In Love. Hampir 500 orang penari dari pelbagai bidang professional telah turut serta menjayakan video klip berkenaan.

Video itu dibuat diperkarangan sekitar shopping complex Pavilion di ibukota KL. Tapi harap maklum lah, ini sekadar gambar sahaja, videonya nanti yer, still in progress. hehe.

Selain Falling In Love ni, Dato’ Siti Nurhaliza juga bakal berduet dengan penyanyi antarabangsa, Sean Kingston untuk lagu Remember Me. Masyuk tue, jangan lupa dapatkan album Dato’ Siti yang original di pasar malam ya, ops, pasaran la.. haha.

Dato,’ Siti, Nurhaliza, pilih Pavilion, video, projek, besar, video, single, lagunya,’english’, Falling, In, Love. Hampir, orang, penari, bidang, professional, serta, menjayakan, video, klip, Video, perkarangan, sekitar, shopping, complex, Pavilion, ibukota, KL, maklum lah, gambar, sahaja, videonya, nanti yer, still in progress, bakal, berduet, penyanyi, antarabangsa, Sean Kingston, lagu, Remember, Me, hiburan asia, hiburan tempatan, artis melayu, artis wanita, artis hiburan