Tag Archives: Wana film

Wana Pemenang MyStarz LG 2

Wana Artist, Wana lagu,Wana musik, Wana mtv, Wana berita, Wana Web,Wana galeri, Wana foto,Wana portofolio,Wana album,Wana info,Wana film,Wana terbaru,Wana pos,Wana surat,Wana Search

Wana Pemenang MyStarz LG 2

3301402283_cc31f391d5_o

Wah tidak disangka pemenang kali ini milik Wana anak kelahiran Johor dan tempat kedua pula milik Nashrin anak kelahiran Penang. MyStarz LG kali ini sungguh meriah dan gempak pada hari Ahad, 22 Februari 2009 yang disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre (PWTC). Keempat-empat peserta mengeluarkan nyayian yang baik dan berada di tahap prestasi sendiri, namun cemuhan para juri mengakibatkan suasana dewan, menjadi riuh rendah. Memang adat pencarian bakat dalam program realiti TV.

Pada peringkat priview TV di TV3 pada petang sebelum bertanding, Cassie mendapat undian sebanyak 40%, Nashrin 30%, Hairie 17% dan Wana 13%. Kemungkinan Hairie dan Wana mendapat undian terendah adalah disebabkan mereka digossipkan bercinta disebalik tadbir. Namun tidak disangka, pemenangnya milik Wana, yang melonjak undiannya dari 13%. Dalam masa bertanding pula, Cassie digabungkan dengan Siti Sarah, Nashrin bersama Misha Omar, Hairie bersama mentornya Fiq, dan juga Wana berduet dengan Jamal Abdillah.

Acara Sampingan adalah nyayian artis-artis popular tanah air ( Mawi dan Faizal Tahir) dan juga artis khas dari Indonesia (Rossa). Namun Mawi tidak dapat hadir pada malam berkenaan kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan dan persembahannya diganti oleh Jamal Abdillah. Juri-jurinya pula terdiri dari ‘mulut panas’ yang sentiasa memberikan komen yang pedas, Ajai, Liza Hanim dan juga Hattan.

Wana akan membawa pulang wang tunai RM 100,000.00, keperluan rumah tajaan LG iaitu LCD TV (42’ LG 80 LCD), dan kontrak rakaman bersama label rekod ternama, Warner Music Malaysia.

Tempat kedua, atau Nashrin bakal memenangi wang tunai RM20,000.00, barangan LG, LCD TV (32’ LG 80 LCD), tempat ketiga akan mendapat wang saguhati, penghawa dingin (Art Cool) manakala tempat keempat berjaya mendapatkan wang saguhati dan juga telefon bimbit (Renoir LG).

Tahniah kepada Pemenang Mystarz LG 2, iaitu Wana semoga anda lebih bersedia dalam dunia artis nanti.