Tag Archives: watak

Kendrick sejuk di set Twilight

Kendrick sejuk di set Twilight

Pelakon, Anna Kendrick melahirkan rasa lega selepas menyelesaikan penggambaran filem puntianak bersiri terbaru Twilightdi Kanada.

Pelakon berumur 26 tahun itu hanya memegang watak sokongan dalam filem blockbuster terakhir Twilight iaitu Breaking Dawn yang dipecahkan kepada dua bahagian.

Dia berkata, perasaan itu timbul kerana cuaca di Kanada sangat sejuk.

”Saya lega tidak kehilangan jari tangan atau kaki akibat cuaca beku. Saya juga merasa selamat apabila rambut saya tidak ditarik peminat filem ini. Ia merupakan satu kejayaan apabila melengkapkan penggambaran.

”Saya hanya mempunyai peranan kecil dan tidak mengalami pengalaman menakutkan. Saya tidak tahu bagaimana pelakon lain mengharungi penggambaran selama sembilan bulan dengan penggambaran kedua-dua bahagian filem itu diadakan serentak.

Kendrick, sejuk, set, Twilight, Pelakon, Anna Kendrick, melahirkan, rasa, lega, selepas, menyelesaikan, penggambaran, filem, puntianak, bersiri, terbaru, Twilight, Kanada, Pelakon, berumur, tahun, memegang, watak, sokongan, filem, blockbuster, terakhir, Breaking, Dawn, dua, bahagian, perasaan, timbul, cuaca, Kanada, sangat, sejuk, aurat, artis melayu, artis malaysia, hiburan tempatan, artis wanita, hiburan terkini, artis cantik, hiburan asia, artis foto, artis gambar, artis wanita antarabangsa, gosip artis, hiburan, hiburan pilihan, foto hiburan, gambar hiburan, galeri hiburan, berita hiburan, artis video, cerita artis, cuaca, beku, merasa, selamat, rambut, peminat, satu, kejayaan, melengkapkan, penggambaran

Bienda Terus Berlakon

Bienda Terus Berlakon

Biarpun mengalami alahan teruk sehingga hari ini, Bienda tidak merancang untuk berehat daripada menerima sebarang tawaran berlakon atau mengacara sehingga usia kandungannya mencecah sembilan bulan.

Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli yang sudah hamil empat bulan berharap akan terus menerima tawaran berlakon.

Anak kepada penyanyi Sheeda ini mengakui selektif memilih watak kerana tidak mahu mengambil risiko ke atas kandungan pertamanya itu.

“Buat masa ini saya terpaksa berehat dahulu memandangkan keadaan saya kurang sihat. Alahan yang saya hadapi sangat teruk menyebabkan berat saya turun secara mendadak. Selepas menerima rawatan, kini saya semakin sihat. InsyaAllah dalam dua minggu lagi saya boleh kembali berlakon mahupun mengacara sekiranya kesihatan mengizinkan” katanya ketika dihubungi Zass semalam.

“Saya rasa kekok duduk di rumah lama-lama. Rasa bosan pun ada. Apabila menonton televisyen, rasa cemburu tengok pelakon lain dan saya hanya duduk sahaja. Kerana itu saya berazam untuk terus aktif walaupun dapat berlakon beberapa babak sahaja” katanya.

Biarpun jadual kerjayanya sudah tidak seperti dahulu lagi, Bienda tetap mendapat sokongan suaminya untuk terus aktif.

“Saya pernah berhasrat untuk tidak terlalu aktif demi menjaga kandungan pertama ini. Tapi, saya rindu untuk ke lokasi dan berlakon. Kerana itu, saya tekad untuk aktif semula. Dalam masa sama, ia juga seperti senaman untuk saya. Lagipun, suami memberi keizinan kepada saya” katanya.

Mengakui teruja merasai nikmat menjadi seorang ibu, Bienda berharap dirinya akan beransur sihat dan dapat melakukan pelbagai aktiviti seperti sedia kala.

Bienda, Terus, Berlakon, mengalami, Bienda, merancang, berehat, menerima, tawaran, berlakon, mengacara, usia, mencecah, sembilan, bulan, Nor Razlinda Razli, hamil, empat, bulan, berharap,  menerima, tawaran, berlakon, Anak, penyanyi, Sheeda, mengakui, selektif, watak, mengambil, risiko, kandungan, pertamanya, senaman, suami, keizinan, aktiviti, beransur, sihat, artis melayu, artis malaysia, hiburan tempatan, artis wanita, hiburan terkini, artis cantik, hiburan asia, artis foto, artis gambar

Shinta tayang buah dada

Shinta tayang buah dada

SHINTA BACHIR terkenal dengan penampilan berani dalam filem-filem yang dibintanginya.

Terbaru, artis berusia 25 tahun ini nekad tampil seksi dengan menunjukkan sebahagian buah dadanya dalam filem terkininya, Mati Muda Di Pelukan Janda.

Shinta mengungkapkan sebelum menerima peranan itu, dia sudah memikirkan secara matang untuk melakukan adegan tersebut.

“Saya akan lakukannya dengan cara yang profesional,” tegasnya.

Sebelum ini sempat tersiar khabar, pelakon itu bersetuju untuk tampil seksi kerana menerima bayaran yang mahal. Saat ditanya tentang hal tersebut, Shinta mengaku sudah jatuh hati dengan peranan yang ditawarkan.

“Saya terima peranan itu kerana tertarik dengan wataknya. Saya akan menjadi seorang janda yang nakal. Itu (watak) yang lebih saya utamakan,” balas pelakon itu.

Malah dia juga sudah bersiap sedia dengan kontroversi yang bakal dihadapinya nanti. Dia juga berani menanggung impak yang bakal tercetus.

Katanya: “Jika esok nanti ia menjadi kontroversi, saya melihat itu sebagai satu tuntutan kerja saya dan saya melakukannya dengan profesional.”

Shinta, tayang, buah, dada, SHINTA BACHIR, terkenal, dengan penampilan, berani, filem, bintang,artis, seksi, buah, dadanya, Mati Muda, Pelukan Janda, profesional, pelakon, seksi, bayaran, yang mahal, Shinta, jatuh hati, peranan, watak, janda, nakal, balas, pelakon, kontroversi, berani, menanggung, impak, kontroversi, profesional, artis wanita, hiburan indonesia, Artis foto, Artis Melayu, Artis Wanita, galeri artis, gambar, gambar artis, hiburan asia, foto, gambar, web biodata