Tag Archives: Zhang Ziyi musik

Perkahwinan Zhang Ziyi, Vivi Ditangguh

7152009_zhangvivi(a)

Perkahwinan Zhang Ziyi, Vivi Ditangguh

Selepas menjalinkan percintaan selama 2 tahun, aktres kelahiran Cina, Zhang Ziyi dan kekasihnya, Vivi Nevo, mengambil keputusan untuk berkahwin. Namun perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung di sebuah pulau di Itali bulan depan itu terpaksa ditangguhkan buat seketika.

Perkara ini telah dimaklumkan beberapa rakan terdekat pasangan ini kepada The New York Post, baru-baru ini. Zhang dan Vivi tiba-tiba saja menjadi tumpuan pihak media sebaik saja berita pertunangan mereka didedahkan pada awal tahun ini.

Paling menggemparkan, pasangan ini menarik perhatian ramai apabila menghabiskan masa bersama di pantai kepulauan St Barts, French Caribbean dalam suasana mengggairahkan di mana Zhang kelihatan meniarap, berjemur dan bermesraan dengan Vivi dalam keadaan separuh bogel.

ziyi-zhang-wallpaper-131

Gambar itu telah tersebar di internet dan menimbulkan kecaman serta kemarahan ramai masyarakat China yang menganggap perbuatan Zhang itu sebagai melampau dan melanggar batas dan tingkah laku sebagai orang Timur. Namun Zhang tidak membalas apa-apa kenyataan.

Berbalik kepada soal perkahwinan mereka, sumber rakan mereka itu menjelaskan, perkahwinan mereka itu sudahpun ditangguhkan sejak Disember tahun lalu lagi.

“Sebab-sebabnya ialah kerana masing-masing terikat dengan jadual yang cukup padat. Namun, tiada siapa yang tahu sampai bila majlis perkahwinan mereka itu akan ditangguhkan. Malah, tiada sebarang tarikh baru yang diumumkan.

“Seperti mana Zhang yang sentiasa sibuk di lokasi, tunangnya, Vivi yang juga seorang kapitalis yang sibuk dengan tugasnya,” katanya sumber itu.

Zhang baru-baru ini telah menghabiskan banyak masa di China untuk mempromosikan filem terbarunya, Fei Chang Wan Mei yang akan mula ditayangkan di pawagam di sana Ogos nanti depan. Dalam pada itu, dia sempat terbang ke New Zealand untuk menjayakan sebuah siri komersial untuk sebuah syarikat barang kemas.

Zhang juga pernah melahirkan pendapatnya tentang perkahwinan dan bagaimana dia ingin berkahwin serta membina kehidupan keluarganya sendiri. Namun pada waktu yang sama dia juga tidak pasti sama ada berkahwin adalah satu keputusan yang tepat.

“Bagaimana kalau nanti saya gagal berkahwin dengan lelaki yang baik? Kalau sudah berkahwin, saya mahu ia menjadi seperti ayah dan ibu saya kerana mereka menghabiskan masa berdua untuk sepanjang hayat mereka bersama,” katanya yang percayakan kesetiaan.

Zhang Ziyi, Zhang Ziyi musik, Zhang Ziyi video, Zhang Ziyi foto, Zhang Ziyi cinta, Zhang Ziyi berita, Zhang Ziyi awek, Zhang Ziyi kontraksi, Zhang Ziyi Hiburan, Zhang Ziyi malaysia, Zhang Ziyi Melayu, Zhang Ziyi Indon, Zhang Ziyi Indonesia, Zhang Ziyi gambar, Zhang Ziyi cerita, Zhang Ziyi pilihan, Zhang Ziyi kl, Zhang Ziyi bf1,Berita Hiburan musik, Berita Hiburan video, Berita Hiburan, Berita, Hiburan cinta, Berita Hiburan berita, Berita Hiburan awek, Berita Hiburan kontraksi, Berita Hiburan Hiburan, Berita Hiburan malaysia, Berita Hiburan Melayu, Berita Hiburan, Berita Hiburan Indonesia,Berita Hiburan gambar, Berita Hiburan cerita, Berita Hiburan pilihan, Berita Hiburan kl, Berita Hiburan bf1, Artis musik, Artis video, Artis foto,Artis berita, Artis awek, Artis kontraksi, Artis Hiburan, Artis malaysia, Artis Melayu, Artis Indon, Artis Indonesia, Artis gambar, Artis cerita, Artis pilihan, Artis kl, Artis bf1, Artis foto, Artis Indon, Artis cinta, hiburan malaysia, hiburan melayu, hiburan korea, hiburan jepun, hiburan