Tag Archives: zizan

Zizan Raja Lawak Bintangi Filem Kapoww

Zizan Raja Lawak Bintangi Filem Kapoww, Zizan musik, Zizan mtv, Zizan berita, Zizan Web,Zizan galeri, Zizan foto, Zizan portofolio, Zizan album, Zizan info, Zizan filem, Zizan terbaru, Zizan pos, Zizan surat, Zizan mail.

Zizan Raja Lawak Bintangi Filem Kapoww

kapoww

kapoww2

Zizan memang seorang pelawak yang dilahirkan melalui rancangan atau program realiti menghiburkan Raja Lawak. Selepas dari itu rezeki Zizan bertambah dan bercurah-curah, kali ini dia diberi kepercayaan untuk membintangi filem Kapoww arahan Penulis Skrip dan Pengarah, Azizi Chunk. Artis-artis lain yang turut menjayakannya adalah, Bell Ngasri, Lisa Surihani, Mohd Aris, Awie, Harun Salim Bachik, Delyla, Afdlin Shauki, Norlia Ghani, Khir Rahman, Bob Kuman, Soffi Jikan, Usop Kopratasa, Rashidi Ishak, Zailani, Bandi Amok, Sherry Ibrahim, Aishah Sinclair, Henzi Andalas, Patrick Teoh dan Sathiya. Mari lihat sekilas gambar, macamana Zizan membintangi atau melakonkan watak dalam filem ini..

Watie Elite (Janda) Sedang Bercinta?

Watie Elite Artist, Watie Elite lagu,Watie Elite musik, Watie Elite mtv, Watie Elite berita, Watie Elite Web,Watie Elite galeri, Watie Elite foto,Watie Elite portofolio,Watie Elite album,Watie Elite info,Watie Elite film,Watie Elite terbaru,Watie Elite pos,Watie Elite surat,Watie Elite

Watie Elite (Janda) Sedang Bercinta?

watie1fv7

watie4tj4

Perkembangan terkini Wati Elite sekarang ini masih sibuk berlakon drama Sanggar Cinta Raudhah terbitan Suhan Movies, bergandingan dengan Zizan Nin, Aida Radzwill. Memang agak sibuk, mungkin kerana itu, Watie nampak seperti kurus dengan berat sekarang 52 kg. Tapi masa anak dara dulu, berat Wati 40kg! Sekarang menetap di Bukit Antarabangsa, Wati ingin terus berada dalam industri semampu yang mungkin.Di samping berlakon, pelakon yang berasal dari Selangor ini tidak lupa dengan tanggungjawabnya menjaga anak lelakinya Afif Daniel yang berusia 5 tahun. Dengar cerita, Wati sekarang dalam perancangan untuk kembali berumahtangga. Namun, sekarang ini masih dalam peringkat mengenali pasangannya yang sudah 3 tahun berkenalan. Kalau ada jodoh, adalah. Orang dalam industri jugak ke? Jawab Wati, tidak… hanya orang biasa-biasa aje.Plan masa depan, janda beranak satu ini ingin lebih maju ke hadapan, ingin buka bisnes restoran sebab di zaman kegawatan ekonomi sekarang ini, Wati rasa takut dan perlu bersiap sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan. Setakat ini, Wati ada menolak tawaran untuk berlakon filem kerana bayaran tak begitu setimpal

Takpelah, Itu Bukan Gambar Bogel Sarah…

Sarah ,Sarah Artist, Sarah lagu,Sarah musik, Sarah mtv, Sarah berita, Sarah Web,Sarah galeri, Sarah foto,Sarah portofolio,Sarah album,Sarah info,Sarah film,Sarah terbaru,Sarah pos ,Sarah surat ,Sarah mail.

Takpelah, Itu Bukan Gambar Bogel Sarah…

1212008_putrisaraha


KUALA LUMPUR,  4 DIS 2008: Seantero Malaya sudah tahu filem pertama lakonan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 23, bersama Mawi iaitu Aduh Saleha, masih terbengkalai dan mencetuskan kontroversi.

Selain itu, keghairahan Sarah yang berkongsi foto peribadinya bersama teman lelaki dalam sebuah laman komuniti tidak lama dulu, turut membuatkan namanya hangat diperkatakan. Teruknya juga dia dikecam.

Di tengah-tengah kontroversi itu jugalah Sarah yang baru saja menerima diploma dalam jurusan Pengurusan Hotel Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, dipilih pula untuk berlakon dengan Nabil Raja Lawak dalam filem Lu Fikirlah Sendiri de Movie.

“Mengenai filem Aduh Saleha yang tertangguh, itu bukannya salah Sarah. Cuma mungkin rezeki tidak menyebelahi Sarah lagi kerana masalah bajet untuk filem itu. Kalau nak cakap Sarah kecewa, memang Sarah kecewa dan sedih. Tapi apa nak buat, Sarah sendiri tak tahu bila agaknya filem ini akan dapat meneruskan pengambarannya semula.

“Sekarang tumpuan Sarah hanya kepada filem Lu Fikirlah Sendiri de Movie. Sarah pegang watak sebagai teman wanita Nabil, anak orang kaya yang sombong,” katanya kepada murai.com.my.

Filem berbentuk komedi romantik muzikal itu diarah oleh Aminah Rhapor dan masih menjalani penggambaran sekitar Lembah Klang.

Filem berbajet  RM1.5 juta yang diterbitkan SDAF Pictures Sdn Bhd itu turut menampilkan Tasha AF4, Umi Nazeera, Zizan Raja Lawak dan Meet Uncle Hussein serta penampilan istimewa Mila, Amy Search, Faizal Tahir, Zaibo Aziz M Osman, Harun Salim Bachik dan Liza Othman.

Sarah berkata, dua ‘tragedi’ yang menimpanya sebelum ini bagaimanapun tidak melemahkan semangatnya untuk terus aktif berlakon walaupun bidang berkenaan hanyalah sekadar pengisi masa lapangnya semata-mata.

Menyedari bidang pelajaran begitu penting, Sarah berkata dia bakal meneruskan pengajian ke tahap ijazah pula dalam bidang serupa tahun depan yang memungkinkan dia terbang di Perancis pula.

“Sarah tidak serik walaupun filem Aduh Saleha belum menjadi kenyataan. Harap-harap Lu Fikirlah Sendiri de Movie akan siap seperti yang dirancangkan.

“Tentang penyebaran gambar peribadi itu, Sarah tak mahu cakap lebih-lebih sebab orang yang menjadikannya sebagai kontroversi, hanya kerana Sarah berlakon filem Aduh Saleha. Baiklah Sarah berdiam saja. Sarah tak kisah apa orang nak cakap sebab Sarah tahu apa yang Sarah buat. Lagipun takpelah, itu bukanlah gambar bogel Sarah. Jadi biarlah Sarah diamkan saja,” katanya.

Terbaru Puteri Sarah yang meraikan ulang tahunnya yang ke-23 turut menerima tawaran berlakon drama Kisah Yusof dan Dendam. Gara-gara popularitinya itu, Sarah juga terpilih oleh pembaca majalah fesyen EH! sebagai salah seorang selebriti 20 Yang Anggun.